View: 1911|Reply: 14
|
[Dunia]
Alahai boleh pulak tersalah dos vaksin..apooo
[Copy link]
|
|
SINGAPURA: Seorang kakitangan Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC) diberikan secara salah lima dos vaksin Pfizer-BioNTech akibat kesilapan manusia.
Demikian didedahkan institusi jagaan kesihatan awam itu hari ini (6 Feb).
Kesilapan itu berlaku pada 14 Januari semasa vaksinasi dijalankan di SNEC bagi kakitangannya.
"Kesilapan itu disedari dalam masa beberapa minit selepas vaksinasi itu dimulakan, apabila kakitangan tersebut sedang berehat di kawasan yang disediakan selepas itu," menurut SNEC dalam kenyataan medianya.
"Para doktor kanan segera dimaklumkan dan kakitangan berkenaan diperiksa dan didapati sihat, tanpa sebarang tindak balas atau kesan sampingan."
Program vaksinasi di pusat mata itu dihentikan serta merta dan baki kakitangan diberi suntikan di Hospital Besar Singapura (SGH), menurut SNEC.
"SNEC tidak terlibat dalam program vaksinasi Singapura bagi kumpulan-kumpulan lain," tambah pusat itu.
Menurut SNEC, siasatan menunjukkan ia adalah kesilapan manusia akibat kelemahan dalam dalam komunikasi antara pasukan-pasukan vaksinasi pada waktu itu.
"Kakitangan yang bertanggungjawab
mencairkan vaksin dipanggil untuk mengendalikan perkara lain semasa mempersiapkan vaksin dan kakitangan kedua tersilap anggap dos yang belum dicairkan itu sudah siap untuk digunakan," menurut SNEC.
Pusat mata itu sudah menjalankan "semakan teliti" ke atas proses-proses dalamannya dan sudah mengambil langkah bagi memastikan kesilapan sedemikian tidak berlaku lagi, kata Pengarah Perubatan SNEC, Profesor Wong Tien Yin, sambil meminta maaf atas insiden itu.
"SNEC memandang serius insiden itu. Keselamatan mereka yang menerima vaksin semasa program vaksinasi ke atas kakitangan kami adalah keutamaan kami. Kami amat kesal insiden ini berlaku," kata beliau.
"Kami sudah meminta maaf kepada kakitangan tersebut dan juga keluarganya. Kami akan terus memantau kesihatan kakitangan itu dan menyediakan sokongan yang diperlukan."
https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/kakitangan-pusat-mata-nasional-s-pura-terima-5-dos-vaksin-covid/4570302.html |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terlebih dos...... minggu depan jadi zombie kah   |
|
|
|
|
|
|
|
TravellingBear replied at 7-2-2021 01:02 AM
terlebih dos...... minggu depan jadi zombie kah
uolsss nak sgtkahhh semua kita jadik zombie cam train to busan tu? ..
|
|
|
|
|
|
|
|
adelea replied at 7-2-2021 01:15 AM
uolsss nak sgtkahhh semua kita jadik zombie cam train to busan tu? ..
kalau ikut dos tkde jadik zombie. Ni dos utk 5 org dia tapau . jadik zombie ler
imaginasi ku semata-mata kihkihkihhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya..
Harap takdak apa2 lah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak sangat tak profesional.bab nyawa manusia kottt. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat s'pore dia jadi 'Train to Bishan'
|
|
|
|
|
|
|
|
Kakitangan tu tak sedar ke dia dpt 5 dos beksin?
SINGAPURA: Seorang kakitangan Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC) diberikan secara salah lima dos vaksin Pfizer-BioNTech akibat kesilapan manusia. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul2 kes nyaya harap dia baik2 saja tak ada kesan sempingan teruk |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 7-2-2021 10:15 AM
Kakitangan tu tak sedar ke dia dpt 5 dos beksin?
SINGAPURA: Seorang kakitangan Pusat Mata Nasiona ...
Bukan cucuk 5x..cucuk 1x tp 5x ganda dos sbb vaksin tu x dilute |
|
|
|
|
|
|
|
haiyoo... tukang bancuh beksin tak diajar ke??? 
harap2 ok la
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 7-2-2021 11:36 AM
haiyoo... tukang bancuh beksin tak diajar ke???
harap2 ok la
ralat teknikal ni klu jadi mmg sesuatu yg ralat laa .. bende yg x di sengajakan , tapi kesan nya buruk ... |
|
|
|
|
|
|
|
adelea replied at 7-2-2021 01:01 PM
ralat teknikal ni klu jadi mmg sesuatu yg ralat laa .. bende yg x di sengajakan , tapi kesan nya b ...
Huhuhu.. silap kira, teruih jadi 5x dos asal... |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 7-2-2021 01:11 PM
Huhuhu.. silap kira, teruih jadi 5x dos asal...
itu laaa , tapi klu ada apa2 jadi tetap boleh di saman kerana kecuaian pekerja hospital |
|
|
|
|
|
|
|
adelea replied at 7-2-2021 01:14 PM
itu laaa , tapi klu ada apa2 jadi tetap boleh di saman kerana kecuaian pekerja hospital
Risiko alergi je kott.. tgk je la org tu slamat ke tak |
|
|
|
|
|
|
| |
|