CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 23769|Reply: 70

Datin Sri Zizie Izette

  [Copy link]
Post time 27-4-2021 08:22 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Burong_Hantuk at 27-4-2021 08:32 AM

Beliau merupakan anak kepada pelakon Khaty Fauziah dan suaminya, Abdul Samad Jaaman. Adiknya, Shaheizy Sam juga bergiat aktif dalam bidang lakonan. [1]

Beliau telah berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin pada Disember 2009. Walaupun pada mulanya dikatakan pernikahan mereka tidak sah kerana tidak mendapat persetujuan dari isteri pertama Datuk Bung Mokhtar, mahkamah kemudiannya mengesahkan pernikahan mereka.[2][3]

*sumber wikipedia*

Aku ada follow IG Datin Sri Zizie,pada aku hidup dia gila mewah...ada beberapa kali di IGS Iphone anak2 dia selamba letak tepi gelas yang airnya dah tertumpah ..rakyat marhaen sikit punya jaga handphone walau cuma pakai handphone samseng,huakwei,vivot,oppa..

Tapi memang tak dinafikan anak2 sheol memang gebu & come
l..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2021 08:24 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Seri Zizie Ezette, menepis dakwaan segelintir pihak yang menganggap, dia terlalu bergantung kepada pengasuh, terutama dalam urusan berkaitan penjagaan anak.

Zizie atau nama penuhnya Zizie Izette Abdul Samad, 40, berkata sebagai ibu, dia tidak menyerahkan seluruh tanggungjawab pada pengasuh, sebaliknya tetap memberi perhatian kepada anaknya.

“Tugas pengasuh lebih kepada mencuci pakaian anak, merapikan tempat tidur mereka, selain membersihkan rumah. Tetapi, hal lain, terutama perkara berkaitan membesarkan anak, itu di bawah tanggungjawab saya.

“Saya sentiasa bersama anak, malah memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang buat mereka. Saya mahu mendidik dan melihat setiap perkembangan mereka di depan mata.

“Tugas saya lebih besar kerana anak ialah amanah Allah untuk saya sebagai ibu. Saya bukan seperti yang difikirkan ramai iaitu hanya bersalin, tetapi selepas itu, pengasuh yang buat. Jauh sama sekali pandangan itu,” katanya.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette, setahun.

Zizie dalam satu perkongsian menerusi Instagram turut memaklumkan, dia bersyukur kerana kesemua anaknya begitu rapat dengannya, meskipun mempunyai pengasuh.

“Alhamdulillah, anak paling rapat dengan saya walaupun ada pihak berpendapat sebaliknya, terutama apabila mempunyai pengasuh.

“Ada juga yang berpendapat, anak akan ingat pengasuh ialah ibu mereka. Silap sama sekali andaian mereka itu,” tulisnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2021 08:27 AM | Show all posts




KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Sesyen yang mendengar kes rasuah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Ezette A. Samad kecewa kerana terpaksa melapangkan perbicaraan kes itu yang sepatutnya bersambung minggu ini.
Ia berikutan Ahli Parlimen Kinabatangan itu perlu menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, lapor Bernama.
Hakim Rozina Ayob turut menegur tindakan peguam Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, lewat menghantar surat kepada mahkamah iaitu pada 17 Dis lepas, bagi memohon perbicaraan yang ditetapkan pada hari ini sehingga 24 Dis dilapangkan.
"Saya amat kecewa, saya pasti kamu sudah mengetahui jadual persidangan DUN Sabah lebih awal, saya rasa 14 hari sebelum persidangan? Pendakwaan sudah menyemak prosedur DUN Sabah, apa kehendaknya? Jadi saya pasti sudah tahu lebih awal, kenapa saat akhir pada 17 Dis baru (surat) dikemukakan?


"Kalau sememangnya tidak boleh nak jalankan kes ini, sekurang-kurangnya saya boleh panggil kes lain untuk didengar, jadi sekarang kamu telah membuang masa saya sepanjang minggu," katanya.
Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pihak pembelaan menyambung soal balas saksi pendakwaan kesembilan, pegawai khas bekas pengerusi Felcra Nazrul Aswad.
Peguam Datuk K. Kumaraendran yang mewakili Zizie Ezette kemudian berkata pihaknya mengambil tanggungjawab penuh terhadap teguran itu dan memohon maaf kepada Rozina bagi pihak peguam bela Bung Moktar, M. Athimulan, yang tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini.
Zizie Ezette dan seorang lagi peguam Bung Moktar, Ridha Abdah Subri hadir ke mahkamah.
Jelas Kumaraendran, pihak pembelaan dimaklumkan bahawa Bung Moktar yang juga Anggota DUN Lamag mendapat pemakluman pada saat akhir bahawa beliau perlu menjawab beberapa soalan di DUN.
"Sekurang-kurangnya beri kami pemberitahuan sementara yang kamu mungkin tidak dapat hadir kerana apa pun alasan atau mesyuarat ini (DUN), jadi saya tidak mahu perkara seperti ini berlaku lagi pada saat akhir.
"Kalau tidak, saya dah boleh isi dengan kes-kes lain yang memang ada yang belum selesai, bukan hanya kes kamu yang harus saya dengar, ada perkara kepentingan awam lain yang harus saya dengar. Sebagai pegawai mahkamah, saya pasti kamu mengetahui amalan mahkamah.
“Saya terpaksa memberi penangguhan kerana kita tidak boleh meneruskan (kes) tanpa kehadirannya kerana ini kes jenayah dan saksi berikutnya adalah saksi penting.
“Walaupun peruntukan undang-undang ada yang membenarkan kita untuk meneruskan kes (tanpa kehadiran tertuduh) tetapi untuk keadilan dalam hal ini, saya pertimbangkan semua tarikh yang dipohon (untuk dilapangkan) dibenarkan yang mana mahkamah terpaksa menjadual semula (perbicaraan) ke tarikh lain," kata Rozina.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa pendakwaan akan mengemukakan 17 saksi pendakwaan lagi selepas saksi pendakwaan kesembilan selesai memberi keterangan.
Rozina menangguhkan perbicaraan kes itu sehingga 11 Jan ini dan meminta pihak pembelaan mengemukakan tarikh persidangan DUN Sabah yang lengkap bagi memudahkan mahkamah menjadual semula tarikh-tarikh lain perbicaraan kes itu.
"Pada 11 Jan, (pihak pembelaan) sila sahkan mengenai tarikh yang ditetapkan sebab saya tak nak dapat surat seperti ini yang menyatakan terpaksa bersidang, ia tidak elok kerana kedua-duanya (kes mahkamah dan DUN) adalah kepentingan awam dan kedua-duanya penting di sisi rakyat," katanya.
Pada 3 Mei tahun lepas, Bung Moktar, 60, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah sejumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif pada ketika itu, dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid, 38, menerusi isterinya Zizie Ezette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.
Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai untuk dirinya sebanyak RM335,500 daripada seorang lagi ejen pelaburan Public Mutual Norlaili Ahmad Mokhtar, 42, di bawah nama Zizie Izette atas sebab yang sama.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di tempat yang sama pada 19 Jun 2015.
Zizie Ezette juga mengaku tidak bersalah atas tiga kesalahan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara yang sama, di tempat, tarikh dan masa yang sama.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2021 08:29 AM | Show all posts
ingat lagi..lama Datin Dri ZiZie nih bercinta dengan seorang bekas penyanyi...tapi jodoh tak ada
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 10:55 AM | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 27-4-2021 08:29 AM
ingat lagi..lama Datin Dri ZiZie nih bercinta dengan seorang bekas penyanyi...tapi jodoh tak ada

bercinta dengan caseykan-jangan ada benci.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2021 11:42 AM | Show all posts
izzah_mia replied at 27-4-2021 10:55 AM
bercinta dengan caseykan-jangan ada benci.

Yup...ujung2 casey kawen dengan perempuan pilipin.. status janda anak satu..
ramai cakap casey dh convert islam,sebaliknya dia macam balik ke ugama asal dia istri pun kristian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2021 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols anak polis. Sambunglah sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 12:56 PM | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 27-4-2021 11:42 AM
Yup...ujung2 casey kawen dengan perempuan pilipin.. status janda anak satu..
ramai cakap casey dh ...

baru tawu dia bersinta dgn casey tu.... gebu gebas betul zizie ni ye

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2021 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni ada mix apa2 ke belah nenek ke... Gebu gebas betul kulit dia...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 27-4-2021 06:19 PM
Dia ni ada mix apa2 ke belah nenek ke... Gebu gebas betul kulit dia...

iol ada tgk citer turki, ada sorang pelakon tu mmg macam seiras zizi ni. Mungkin kot zizi ni ada mix2  dgn area turki tu... dari dulu2 mmg tertanya sheol ni mix apa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakyung teringat ade makcik kat kampung kakyung dulu tengok tv citer tinzi ni.. Tetiba cakap patut laa bung tu sayang kat dia ni.. Dapek apam putih melopak.. Dah laa putih pink agak eh... Berdekah kot masing2 gelak.. Apo yg pink xtau laa...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel2 betul anak2 dia. Jangan besar nanti transform ke rupa apaknya sudah...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
AKAZ85 replied at 27-4-2021 06:52 PM
Kakyung teringat ade makcik kat kampung kakyung dulu tengok tv citer tinzi ni.. Tetiba cakap patut l ...

Satu gila duit,satu gila pink..sekufu lahhh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 27-4-2021 07:32 PM
Satu gila duit,satu gila pink..sekufu lahhh.

Sekufu.. Bung xnak wat ucapan macam tok misai wish kat tokti ke.. Umur dah bangka tapi anak kecik2 lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
AKAZ85 replied at 27-4-2021 07:57 PM
Sekufu.. Bung xnak wat ucapan macam tok misai wish kat tokti ke.. Umur dah bangka tapi anak kecik2 ...

Duit banyak biarlah. Bukan dia minta zakat atau sedekah
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 10:48 PM | Show all posts
pernah nampak dia ni kt melawati mall
anak ramai
maid ramai
sorang maid jaga sorang anak
memang dia putih gebu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 27-4-2021 07:32 PM
Satu gila duit,satu gila pink..sekufu lahhh.

Puteh gebu pun hati hitam buat apa khennn
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Wpun ak ni memandang reta... Ak pandang jugak Rupe.. Seyes weyyy x blh ak tdo sebelah bung
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 27-4-2021 06:19 PM
Dia ni ada mix apa2 ke belah nenek ke... Gebu gebas betul kulit dia...

ada duit, kulit cow pun blh gebooo dik...

alu pernáh jumpa dia kat giant sblm dia kawin dgn bung.....

biase biase jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sfrnna at 28-4-2021 12:29 AM

Rezeki la. Jadi tai tai. Anak pun helok tp tula suami kertu sangat. Umo sama dgn tok k. Anak dah 20 tahun dia dah 80 lebih agaknya. Camna dia tidur malam tutup lampu tapi rasa skin cam atok2.. I cannot, walaupun billionaire
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-9-2023 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.124467 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list