CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9558|Reply: 90

Jawapan balas Zizi Kirana dakwaan langgar kontrak

  [Copy link]
Post time 29-10-2021 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Edited by fadz84 at 29-10-2021 10:08 AM

ISU dakwaan Zizi Kirana gagal melangsaikan baki penggambaran drama Jamu Nesan arahan Datuk Rafiena menarik perhatian ramai apabila ia melibatkan perubahan imej penyanyi itu yang kini bertudung.

Tampil menjelaskan situasi di pihaknya, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil berkata dia mendapatkan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman Abdullah berhubung cadangan pihak produksi agar dia mengenakan rambut palsu.

Katanya seperti yang dinasihatkan mufti, perbuatan memakai rambut palsu ketika dia sudah menutup aurat dengan memakai hijab adalah berdosa.


"Saya tak kata pun tak nak teruskan penggambaran. Saya tetap nak teruskan tapi dengan imej bertudung.


"Memang pihak dia (Rafiena) ada alternatif lain seperti memakai rambut palsu tapi saya tetap dengan keputusan nak bertudung.

"Sampaikan saya berjumpa dengan mufti Wilayah Persekutuan untuk bertanyakan pendapat dan mufti pun kata haram untuk pakai rambut palsu walaupun atas urusan kerja," katanya ketika dihubungi mStar.


Isu ini hangat diperkatakan selepas mStar menyiarkan kenyataan Rafiena atau Rafiena Ezanee Ramli, 39, mendakwa Zizi melanggar kontrak drama Jamu Nesan iaitu pelakon yang terlibat tidak dibenarkan menukar imej sepanjang penggambaran diadakan.


Menjawab isu berkenaan, Zizi berkata dia terpaksa berbuat demikian berikutan sudah mempunyai komitmen dengan program televisyen yang didakwa sudah ditetapkan lebih awal.


Menurut isteri kepada aktor Yusuf Bahrin ini, dia hanya mengetahui wataknya sudah digantikan dengan pelakon lain selepas dimaklumkan pengurusnya.


"Soal tarikh pula, memang pihak produksi ada cadangkan tarikh baru untuk penggambaran tapi mereka maklumkan saat-saat akhir. Kebetulan tarikh yang mereka cadang tu saya dah ada program lain sudah lock.


"Pengurus saya pun bagi tarikh lain... tapi mereka nak bincang dahulu. Tunggu punya tunggu pihak mereka senyap saja. Sampailah pengurus saya dapat tahu yang mereka dah gantikan watak saya dengan pelakon lain.


"Pengurus saya pun hubungi produksi tanyakan status saya macam mana. Tapi pihak mereka kata dah ada pengganti,” ujarnya.

Tambah Zizi isu ini sepatutnya tidak timbul jika segala perancangan dapat dilaksanakan mengikut jadual sebelum dia memakai tudung sepenuhnya.

Bagaimanapun perancangan terganggu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila aktiviti seni tidak dibenarkan.

"Saya terima tawaran itu pada Mac lalu dan ketika itu belum berhijab tapi pengurus sudah memaklumkan kepada produksi yang saya akan bertudung pada bulan Ramadan (April).


"Datuk Eizlan Yusof yang sepatutnya jadi pengarah drama itu dah susun jadual saya agar bulan Ramadan dapat selesaikan penggambaran.

"Tapi apabila dah mula penggambaran, Datuk Eizlan tak jadi pengarah pula. Lepas itu, penggambaran ditangguhkan sebab PKP.

"Apabila dah mula dibenarkan penggambaran semula, saya dah memang berhijab. Saya bersama pengurus pun ada berbincang mengenai imej saya dengan Rafiena menerusi Google meet," katanya.


Nur Asyikin Mayudin. Zizi Kirana jawab dakwaan langgar kontrak, tanya pendapat ahli agama hukum pakai rambut palsu - "Mufti kata haram walaupun atas urusan kerja". Kuala Lumpur, 2021. MStar Online. Web. 28 Oktober 2021.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2021 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
semua salah pkp hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
retis privilegezahhhh.. pasal rambut pelsu pn jumpa mufti.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 10:21 AM | Show all posts
Tak boleh sesuai kan watak dgn pemakaian tudung? Gubal sikit perjalanan cerita?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 10:53 AM | Show all posts
dah mula menunggang ke zizi ni?
dulu masa baru nak up.. takde pun tanya mufti boleh seksi2 ke tak
takkan skarang baru kenal mufti?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 11:27 AM | Show all posts
zizi ni dpt watak ketua gangster kan?
mcmana nak bertudung, melainkan ketua gangster dah insaf
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2021 01:02 PM | Show all posts
dh tu ko xyah la jd retisssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah gitu, bayar la ganti rugi kepada pihak produksi & buat permohonan maaf kepada krew & pelakon lain. Kesian kat dorang... jangan fikir diri sendiri je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2021 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis kalau bercakap memang bodoh keluar dulu. Kalau dah tak sabar tunggu sampai habis kontrak nak bertudung sebab seru dah sampai, kau make sure dulu ada duit nak bayar penalti! Datuk Rafiena tu dah kira baik tak nak panjangkan cerita walaupun dia di pihak yang teraniaya. Padahal kalau dia nak saman anytime pun boleh sebab Zizi yang langgar kontrak. Tapi apakan daya mesti ada yang sokong Zizi sebab dah bertudung. Lepas tu mesti Datuk yang kena kecam. Yang mengecam ni selalunya makcik and pakcik kepam kat FB lah ramai. Jijik!
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kakuzu replied at 29-10-2021 10:53 AM
dah mula menunggang ke zizi ni?
dulu masa baru nak up.. takde pun tanya mufti boleh seksi2 ke tak
ta ...

Pedih jawapan uols
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 29-10-2021 01:10 PM
Kalau dah gitu, bayar la ganti rugi kepada pihak produksi & buat permohonan maaf kepada krew & pelak ...

Imagine kena shoot balik semata2 dia bertudung. Yg selama ko tunjuk teks pon xkisah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana ada ketua gengster pakai tudung sisterrrr... Agak2 la nak suruh olah balik jalan cerita pun. Jadi ketua kelas boleh la pakaian tudung imej muslimah bagai. Dah tak boleh nak teruskan tu, kau bayar la balik ganti rugi. Itupun tak boleh fikir ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah2 shooting je la pakai rambut palsu tu... Macam la bila bertudung terus terhapus dosa2 masa sebelum ni tak bertudung... Plus engkau hanya nak selesaikan tuntutan dunia boleh jer pakai rambut palsu tu... Lepastu istiqomah la betul2 jangan pergi ambik job menari joget goyang juboq sudah... Cehhh alasan jah retis2 ni padahal dah berlaki seronok di lambung ke syiling dalam bilik tu sampai terhentak kepala eh choiiii
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah sambung jelah sambil dia pki tudung. X yah lah shoot blk. Penonton pun faham. Zizi bknnya suruh reshoot drama blk. Dia nk sambung tp pki tudung. Tu je...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula dah jap lg ko dh sendu mendu jatuh miskin jgn buat comeback lak
Aku kalau retis2 malaysia mmg tk yakin mana
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada je yg bertudung gengster.. kakak kawasan.. bila tudung sekadar sarung or bungkusan fesyen saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2021 01:57 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 29-10-2021 01:49 PM
Alah2 shooting je la pakai rambut palsu tu... Macam la bila bertudung terus terhapus dosa2 masa sebe ...

adoi..komen xpnh menghampakan kaka dud!mengekek ai iolss ketawa baca
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 02:03 PM | Show all posts
betul meols tetap rasa zizi patut habis kn kerja apa yg patut dulu sebelum nak berhijrah lagipun tinggal 30% je lagi kan
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 02:08 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 29-10-2021 01:49 PM
Alah2 shooting je la pakai rambut palsu tu... Macam la bila bertudung terus terhapus dosa2 masa sebe ...

haiyooo kaka dud, kaka penyebab iols tergelak kuat kat opis skrg
ayat yg last tu kemain smp ke siling katanya, sakit pipi trgelak tetiba


Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2021 02:10 PM | Show all posts
hmmmm bayar la kerugian yang orang lain tanggung gitu gakk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-9-2023 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.109258 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list