View: 20471|Reply: 378
|
23Jun ni pilem Sol nak main kat cinema
[Copy link]
|
|
Filem Mat Kilau Bakal Jadi Biopik Terhebat Alaf Ini
Poster rasmi dilancarkan hari ini, 13 Mei 2022
Seperti pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama, itulah yang akan disaksikan oleh penonton lewat buah tangan terbaharu pengarah berprolifik, Syamsul Yusof.
Karya terbaharu yang diterbitkan oleh Studio Kembara ini membentangkan sejarah penting dalam filem biografi epik, Mat Kilau.
Latar perjuangan Mat Kilau disifatkan amat berharga bukan sekadar untuk mencetak rekod di dunia hiburan, tetapi juga mahu berkongsi kehebatan dan jati diri pahlawan dalam menyelamatkan negara kepada generasi masa kini.
Aktor Datuk Adi Putra diberi tanggungjawab menghidupkan darah pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau. Beliau kemudian dibantu dengan barisan pelakon yang bukan calang calang.
Ini termasuklah Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang), Johan As’ari (Yassin) dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.
Filem yang mengisah seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya, bangkit menentang penjajahan British ini turut dikuatkan dengan barisan aktor dan aktres terbaik tanah air seperti Datuk Jalaluddin Hassan, (Hj. Muhammad), Datuk Rahim Razali, (Imam Bottoqh) Namron, (Hj. Sulong), Shaharuddin Thamby, (Datuk Bahaman) dan Ellie Suriaty, (Ibu Yassin).
Menelan belanja RM8 juta, Mat Kilau menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi lain termasuk Pahang, Melaka dan Selangor.
“Sebagai penerbit kami berharap seluruh masyarakat Malaysia menonton filem ini dan terhibur.
“Filem arahan Syamsul Yusof ini akan membawa kita kembali ke zaman tersebut, merasai kepayahan, keberanian, pengorbanan dan jiwa kepahlawanan yang ada dalam memperjuangkan tanah air kita. Ini adalah sebuah sejarah yang sangat memberi inspirasi,” kata penerbitnya, Shahruddin Dali.
Mat Kilau dibikin dalam suasana tahun 1892 sewaktu pihak kolonial British telah menduduki tanah-tanah di Pahang. British mengaut hasil bumi Pahang milik orang-orang Melayu dan mencampuri urusan adat dan agama orang-orang Melayu.
Tidak membiarkan kebiadaban British di bumi Pahang berleluasa, Mat Kilau, Tok Gajah dan sahabat-sahabatnya bangkit menentang British.
Kebijaksanaan Mat Kilau dan Tok Gajah merancang penentangan telah menyebabkan pihak British mengalami tekanan dan kerugian sehingga berlakunya pertempuran yang sengit.
Tontonlah filem aksi tanpa henti ini, yang menyaksikan pengorbanan, keberanian, dan kesatuan pahlawan-pahlawan Melayu untuk membebaskan tanahair tercinta.
Poster rasmi filem Mat Kilau telah dipamerkan sejak 13 Mei 2022 di semua laman sosial. Manakala trailer rasmi akan dipertontonkan 16 Jun ini untuk khalayak. Filem hebat ini akan menemui penonton di 90 pawagam seluruh negara bermula 23 Jun depan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nak support bamtah tp nak boikot sol camne |
|
|
|
|
|
|
|
1. Wah ada Yayan Ruhian.
2. Akak tak minat filem2 Samsol ni. Pernah tengok Munafik ja - style pengarahan heshe tak ngam di hati akak so akak memang tak minat tengok filem Samsol tersendol ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Musti filem ini banyak historical inaccuracy. Tengok poster, kostum pun udah tahu. |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 14-5-2022 01:26 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 14-5-2022 01:29 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 14-5-2022 01:32 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
dua_chzy replied at 14-5-2022 01:21 AM
Musti filem ini banyak historical inaccuracy. Tengok poster, kostum pun udah tahu.
Tak sure la follow 100% true story @ sekadar mencantikkn story line jah
|
|
|
|
|
|
|
|
Entah la. Takut keciwa lg. Ramai tanya awat xpilih pizz peruz? Since heols boleh ckp longhat pahang. Adiputra dah la org SG |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 14-5-2022 01:55 AM
Entah la. Takut keciwa lg. Ramai tanya awat xpilih pizz peruz? Since heols boleh ckp longhat pahang. ...
maybe dr segi fizikal kurang sesuai
kena pulak bersilat bagai dan punya aura pahlawan
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 14-5-2022 01:19 AM
1. Wah ada Yayan Ruhian.
2. Akak tak minat filem2 Samsol ni. Pernah tengok Munafik ja - style penga ...
Kan. Sama.
Kenot go dengan style SY.
Tambah dengan cerita kurang enak terbaru.
Kosserr nak tengok.
 |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa ada kuda? Dulu2 British angkut kuda meh ke tanah Melayu ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Filem ini sesuai juga tayang masa musim Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali serta Krismas, itupun kalau selesai tayangannya di pawagam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Suka cerita tema mcm ni tapi nak tunggu yg free je nanti. Baru habis nengok the last kingdom. I am uhtred, son of uhtred. Best! Kecuali scene² sx. |
|
|
|
|
|
|
|
wolfheart replied at 14-5-2022 09:14 AM
Suka cerita tema mcm ni tapi nak tunggu yg free je nanti. Baru habis nengok the last kingdom. ...
Aku pun bantai tengok last kingdom sebelum raya hari tu. Ketagih aku nak habiskan semua..lepas tu dok hangin dengan brida..annoying gila saiko.  |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 14-5-2022 01:21 AM
Musti filem ini banyak historical inaccuracy. Tengok poster, kostum pun udah tahu.
Itu le. Rs mat kilau ni area lewat 1800an,meninggal pun tahun 1970. Dh knp tgk kostum yg pahlawan melayu mcm bang rajan je. Mcm melayu lama sgt. Tp yg omputih tu ok la. Tu lah payah klu org Msia ni klu buat filem. X rujuk dgn pakar sejarah ke, kurator ke. ( ye ye je rs dorg x wat homework) |
|
|
|
|
|
|
|
Nak boikot sb sol, tapi ada daddy tima..hmmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail replied at 14-5-2022 09:50 AM
Aku pun bantai tengok last kingdom sebelum raya hari tu. Ketagih aku nak habiskan semua..lepas tu ...
Memang geram nengok brida tu. Tak sabar nak nengok filem pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayooo ada beto, ada bamtah.
Tp tak suka sol. Acanerr? |
|
|
|
|
|
|
|
semoga flop sbb sol...tp ada fattah la pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|