CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1331|Reply: 0

Andika Mahesa Sambung Belajar, Malu Anak Tanya Taraf Pendidikan

  [Copy link]
Post time 22-11-2022 01:45 PM | Show all posts |Read mode
Vokalis Kangen Band, Andika Mahesa dilaporkan sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Terbuka Lampung.


Dalam kesibukannya sebagai pemuzik, lelaki yang sudah berusia 39 tahun itu baru menyambung pelajarannya di universiti. Dia diketahui mengambil jurusan undang undang.




IG Andika




Ada beberapa faktor yang mendorong dirinya kembali belajar meski usia sudah tidak lagi muda.


Kata vokalis yang sering diberi julukan Babang Tamvan itu, dia mahu melanjutkan pelajaran kerana tidak mampu berbuat demikian dahulu kerana tidak mampu.


"Ya kerana dulu tak mampu. Yang namanya kuliah atau belajar kan tetap memerlukan biaya, jadi dulu tak punya wang, bagaimana saya mahu sambung belajar,” jelas Andika seperti dilaporkan Detik.com.


Selain itu sebab utama dia mengambil keputusan untuk sambung belajar adalah malu ditanya taraf pendidikan oleh anak anaknya.




  



Lebih daripada itu, pelantun lagu hit Cinta Sampai Mati ini mengaku dia mahu memberi motivasi dan contoh yang baik buat anak anaknya mempunyai masa depan yang cerah dengan mengejar pendidikan.


“Sebagai ibu bapa kita selalu mahu anak belajar dan menjadi yang terbaik. Tapi tiba tiba anak saya bertanya ‘memang ayah dulu sekolah peringkat tinggi?’.


“Saya tidak sekolah, dari pertanyaan anak saya daftar diri sambung belajar supaya bila ditanya anak lagi, saya tak malu menjawab tentang taraf pendidikan saya,” akuinya.


Dengan usaha yang dilakukan, Andika berharap anak anaknya melihat dan mahu belajar dengan baik.


“Kerana misalnya kalau seorang penarik beca punya anak, saya pasti dia tidak mahu anaknya mengikut jejak langkah sebagai penarik beca juga. Jadi mesti mahu anak belajar dan ada taraf pendidikan yang lebih baik.


“Jadi bagi saya, kalau mahu anak pintar, kita sebagai ibu bapa juga perlu menunjukkan contoh yang lebih bagus. Sebab itu saya sambung belajar sebab tak ada istilah terlambat kalau mahu belajar,” tutup Andika.




Sumber: Gempak








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

31-1-2023 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.079411 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list