CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3059|Reply: 80

[Tempatan] Takkan hari ini kahwin,esok beranak:Baru Sahaja Anwar Ibrahim Dilantik PM Ke-10, Lelaki Ini Sudah Senaraikan Janji Yang Ditawarkan PH

  [Copy link]
Post time 25-11-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 25-11-2022 11:50 AM

Meskipun gembira dengan pengumuman Anwar Ibrahim sebagai PM ke-10, orang ramai turut berharap agar PH akan menunaikan janji dan manifesto yang telah ditawarkan kepada rakyat.






Setelah beberapa hari akhirnya terjawab segala persoalan rakyat Malaysia apabila Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 (PM) oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak Istana Negara itu secara tidak langsung telah mengundang perhatian ramai selepas pelbagai rundingan dilakukan untuk membentuk Kerajaan Persekutuna yang baharu.

Himpunkan janji yang ditawarkan PH jika menang dalam PRU15

Susulan dengan pengumuman tersebut, tular rantaian ciapan di Twitter oleh seorang pemuda yang dikenali sebagai @ZackAvaricious yang menghimpunkan beberapa janji yang ditawarkan oleh PH.

Menerusi bebenang tersebut, Zack telah menyenaraikan lapan janji yang ditawarkan oleh PH sekiranya mereka berjaya memenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan membentuk kerajaan.

Antara janji PH adalah:

Tiada tol di Lebuh Raya Utara Selatan
Datuk Seri Anwar janji gaji menteri akan dipotong
Anwar janji pulih ekonomi dengan pengaruh yang dimilikinya
Utamakan kenaikan gaji
4 janji untuk Sabah dan Sarawak
Siasat perbelanjaan RM500 billion yang digunakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
10 tawaran utama dalam manifesto
Tiada lagi ‘pembangunan terpilih’ jika PH menang

Perkongsian itu turut mengundang perhatian ramai apabila ada yang turut menyenaraikan beberapa lagi janji yang ditawarkan oleh parti tersebut.

Terdapat juga segelintir yang merasakan perlu untuk memberikan masa kepada PH dalam menunaikan janji tersebut kerana dibimbangi ia akan menjejaskan pelbagai sektor sekiranya dilunaskan dalam kadar segera.

Sumber: @ZackAvaricious


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah janji tunaikanlah…jgn nak betdolak dalik lagi…
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
I ok je.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 11:54 AM | Show all posts
Dan kita pun bukan bodoh nak expect esok lusa semua tu ditunaikan. Tapi pastikan nampakla usaha nak menunaikannya, bukannya hujung2 manipesto bukan kitab suci.

Apa2pun, kekal tenang ajelah, masing2 jangan cepat inzal sangat macam bbnu. Wait and see.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:06 PM | Show all posts
utk first day ...

aku demand yg kata dlm tempoh 24jam minyak turun...

yg turun tank minyak aku ja takat now
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:15 PM | Show all posts
takpa kita bagi la masa
3..5 bulan
harap semua ditunaikan
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:16 PM | Show all posts
Normal ler geng2 tak puah hati je suka buat benda macam ni cer kalau gengnya yang dipilih pasti lain nadanya
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 25-11-2022 12:35 PM

takpe nak...sampai 59 taun pon xpe...ckp jer bn 60 taun perintah....pon x boleh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
"Laksana hudud adalah bisikkan saiton" kata lobai masa dituntut manipesto hudud ketika jadi kerajaan
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Highflyer19 replied at 25-11-2022 11:50 AM
Dah janji tunaikanlah…jgn nak betdolak dalik lagi…

Bitter sungguh nmpk nya nih......

Igt, yg menang bukan menang semua, yg kalah bukan kalah semua....cuma, pejuang jer yg kalah semua....

Mana pi Abih fanatik Tua Kutuk celaka dlm forum nih? kah kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tora datang lagi.
Ala geng yg menang jangan la sentap.
Sbb tu jangan fanatik parti politik sangat.

Diorang yang menuntut janji ni tuntut kat wakil rakyat yg menang, kat yang jadi menteri bukan kat korang.

Dah calon yg diorang pilih kalah dan x jadi menteri camno nak tunaikan janji ye dak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 12:50 PM | Show all posts
naik gaji lagi... urmmm melingkup laaa

ko patut turunkan harga barang bukan naik kan gaji,
ko bagi gaji jutaliun pon .. tapi sebiji telor harga juta liun ...
sampai kiamat pon takde beze hidup rakyat wahai rafizi tolol
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru je Agong lantik dah nak berpiket. Tak boleh ke bawak2 bersabar.. koyak terok menggelabah sekor2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bitter tak habis2. Pi mengundi ke idok yg dok demand tu. Koya je lebih. suka sangat buat ayat provokasi
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 01:15 PM | Show all posts
DEJAVU laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru panas angkat sumpah. Tak per, kita tunggu. Bagi dorang masa yg sepatutnnya. Janji tetap janji, jgn dikencing dicapati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2022 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh aku macam dah lost sapa pembangkang sapa pro kerajaan di kalangan poremer..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 01:54 PM | Show all posts




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 02:02 PM | Show all posts
turunkan harga barang
turunkan harga rumah
eh tapi umah dah sign S&P...huhuhu
turunkan OPR lahnaikkan potongan cukai individu
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2022 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bitter x abes2. Agaknya klu ph ni yg tebuk atap tah mcm mana meroyannya puak2 ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

31-1-2023 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.122820 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list