CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2403|Reply: 55

[Politik] UMNO akan 'bersihkan' ahli yang pro-Bersatu

  [Copy link]
Post time 26-11-2022 06:40 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Ahli Umno kini menumpukan perhatian untuk “membersihkan parti” sejurus selesai memecahkan kebuntuan antara Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam pembentukan kerajaan selepas pilihan raya umum.

“Perlu bagi kami melakukan pembersihan. Masih ada dalam kalangan kami yang pro-Bersatu,” kata pemimpin tinggi Umno.



Bersatu yang ditubuhkan oleh sebahagian besar bekas ahli Umno merupakan parti dominan dalam PN, diterajui presidennya, Muhyiddin Yassin.

Awal minggu ini, Muhyiddin berkata, beliau mendakwa mempunyai akuan berkanun (SD) daripada 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyokongnya menjadi perdana menteri.

“Semua 10 mereka sudah menarik balik SD,” kata pemimpin Umno itu, “namun sudah terlambat, mereka sudah tunjuk siapa mereka. Kami tahu mereka tidak setia pada parti.”

Katanya, kesediaan 10 Ahli Parlimen itu menyokong Muhyiddin “dianggap senario terburuk yang boleh berlaku” memandangkan Bersatu dan rakan sekutunya dalam PN, PAS, akan mengambil peluang sepenuhnya demi memusnahkan Umno.

Umno dijangka akan mengadakan pemilihan parti dalam tempoh enam bulan, selepas pilihan raya umum, pada 19 Nov lalu.

Sumber itu berkata, pemilihan parti menjadi cara terbaik bagi Umno melakukan pembersihan terutama terhadap mereka yang tidak meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan.

Katanya, pimpinan parti berharap pada pemilihan parti, akar umbi Umno kembali mengingati nasihat bekas presiden, Najib Razak, yang disampaikan pada konvensyen BN Sabah, mengenai empat ciri ahli dalam BN.

Satu merujuk kepada “katak” atau pengkhianat, mereka yang “bersembunyi dalam gua” atau menghilangkan diri, menyokong Bersatu dan mereka yang setia pada parti.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi, berkata mereka yang tidak mematuhi keputusan bersama parti perlu disingkirkan.

“Mereka inilah yang menjadikan Umno lemah. Jadi, kita buat penelitian (semua pemimpin) dan singkir mereka yang menentang parti.” Katanya, Umno mesti merapatkan saf selepas pilihan raya umum, kembali bersatu dan bersedia berdepan pilihan raya umum seterusnya.

“Kita juga mesti memberi penjelasan kepada akar umbi mengenai keputusan bersama mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan sejajar dengan hasrat Yang di-Pertuan Agong bagi pembentukan kerajaan perpaduan,” katanya.

Pada pilihan raya umum ke-15, Umno menang 26 daripada 30 kerusi dimiliki Barisan Nasional, empat kerusi lain dimenangi MCA (2), dan masing-masing satu kerusi disumbangkan MIC dan PBRS.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan dibentuk Pengerusi PH Anwar Ibrahim, yang mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, pada Jumaat.

Kerajaan Anwar kini mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat melalui PH (82 kerusi), BN (30), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (6), Warisan (3), Parti Bangsa Malaysia (1) dan tiga Ahli Parlimen Sabah lain.

PN pula menguasai 73 kerusi sebelum ini sudah menyatakan akan menjadi pembangkang, selain bertindak sebagai semak dan imbang terhadap kerajaan dipimpin Anwar. PN dianggotai Bersatu yang mempunyai 30 Ahli Parlimen, PAS (41) dan dua lagi Ahli Parlimen lain.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/11/26/umno-dijangka-sisih-ahli-mesra-bersatu/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2022 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana2 pemimpin yg hatinya masih Bersatu, eloklah keluar dari BN, kosongkan kerusi mereka dan bertanding semula atas tiket PN dlm PRK2 yg boleh diadakan sekali bersama PRN Negeri.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak buang wakjaid bebal tapi jambu?


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingtkan nak bersihkan dr cluster mahkamah. Lg pun btl la tu target market umno, bersatu n pas sama sbnrnya. Buat apa la korang bergabung, rosak market.

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 26-11-2022 07:05 PM
Bila nak buang wakjaid bebal tapi jambu?

Tunggu aje pemilihan pemimpin Umno dlm tempoh x smpi 6 bln lagi nie.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Errkk bersih juga yg ada kluster.
Agak2 sapa lah ye 10 org tu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah penyokong2 umno ni bergerak sbb duit je pun. Bkn main ari tu nk turun wat demo desak zahid letak jawatan. Tetiba polis kawal pwtc, satu batang hidung pun x nampak. Sesuailah dibersihkan je umno ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dira mana dek….Diraaaaa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2022 07:35 PM | Show all posts
zahid buat apa kat korang???

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok do it. Carry on. We wanna see it. Jgn sekadar cakap je. Tak. Mustahil lebih separuh dari 30 MP yg menang PRU terlibat. Habislah jadi x cukup seat pula nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg pro-PH, apa citer? Itu layeeennnn
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Annuar Musa, H2O?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kena jampi kat wak Jahid ke org UMNO ni? Aku tak leh brain diorang boleh lagi follow wak Jahid. Dah kenapa dgn korang ni semua?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 26-11-2022 07:20 PM
Tunggu aje pemilihan pemimpin Umno dlm tempoh x smpi 6 bln lagi nie.

Simpanlah toksik banyak2.


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
SonicSiLandak replied at 26-11-2022 07:35 PM
zahid buat apa kat korang???

Nasik kang2?

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Berani ke nk usik h2o. Die another level. Nape die x kene sign aku janji utk watikah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2022 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Solokkk at 26-11-2022 07:56 PM
JunkMail replied at 26-11-2022 07:41 PM
Dah kena jampi kat wak Jahid ke org UMNO ni? Aku tak leh brain diorang boleh lagi follow wak Jahid.  ...


Jgn main2. Wak Jahid bawak bomoh special dari pronorogol indon. Special hebat
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 07:55 PM | Show all posts

macam dalam gambar kau tu ke lin??

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
SonicSiLandak replied at 26-11-2022 07:55 PM
macam dalam gambar kau tu ke lin??

Bukan.


Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2022 08:09 PM | Show all posts

abis tu?
apa salahnya ni??


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

31-1-2023 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.125505 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list