View: 1038|Reply: 22
|
[Politik]
'Jumpa kawan PAS dituduh pengkhianat, jumpa PH dianggap hero penyelamat UMNO'
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menafikan terdapat pertemuan tertutup membabitkan pemimpin BN dan PAS di sebuah kelab golf di Petaling Jaya, semalam.
Ismail Sabri berkata, segala tindakannya kini disalah tafsir sehingga dianggap pengkhianat jika bertemu dengan rakan daripada PAS, manakala pihak yang bertemu dengan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dianggap hero.
"Tak betul (pertemuan itu). Mana ada perjumpaan membabitkan 10 orang itu. Tengok senarai nama tu lima orang sahaja. Ini semua fitnah jahat untuk merosakkan nama saya.
"Hari ini nak jumpa kawan-kawan pun tak boleh. Jumpa kawan PAS (dianggap) jadi pengkhianat, jumpa orang PH jadi hero penyelamat parti. Semua orang dah gila," katanya seperti dilaporkan portal Malaysiakini.
Malaysiakini turut melaporkan pertemuan itu dikatakan membabitkan 10 pemimpin BN dan PAS.
Selain Ismail Sabri, pemimpin lain yang didakwa terbabit dalam pertemuan itu ialah Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.
Ismail Sabri berkata, beliau hanya menghadiri majlis perpisahan bersama bekas kakitangannya di Jabatan Perdana Menteri tetapi ada fitnah mengatakan beliau bersama Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Kata beliau, pemimpin UMNO lain seperti Khairy Jamaluddin Abu Bakar, turut difitnah bahawa beliau membuat gerakan untuk melawan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Sekarang ini, kerana nak sokong orang lain bentuk kerajaan dan angkat orang jadi Perdana Menteri, pemimpin UMNO memaki hamun sesama sendiri dan memecahbelahkan UMNO," katanya.
Sementara itu, Ka Siong menerusi hantaran di Facebook, menzahirkan rasa kesal kerana difitnah kononnya terbabit dalam pertemuan itu.
"Ya, pagi semalam saya memang pergi ke Tropicana Golf Club atas jemputan dua orang usahawan Cina untuk bersama-sama brunch dim sum di Chinese Restaurant, di kelab itu.
"Apabila tiba di Tropicana, saya terserempak dengan Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bersarapan di kafe sebelah dengan Chinese Restaurant," katanya.
Beliau berkata, hanya bertegur sapa dengan Ismail Sabri sebelum dua rakannya tiba dan terus masuk ke Chinese Restaurant apabila dua rakannya itu tiba. |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg geng2 umngok tgh pakat nk mintak naikan ( wak jahit jd tpm (aku rasa ni mmg strategi wak la hantar proxy), klau beend mng besar pru 15 ko ghaser mrnda yg sama x jd kt ko ke pak mael? |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 26-11-2022 10:27 PM
Skrg geng2 umngok tgh pakat nk mintak naikan ( wak jahit jd tpm (aku rasa ni mmg strategi wak la han ...
Wak Jahit tuh, jadi pencuci jamban kat pejabat TPM pun tak layak  |
|
|
|
|
|
|
|
Haruslah...dah parti ko sokong blok lain. Kalau sokong PN xde la dituduh pengkhianat. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Pak mail ni PM paling pendek tempoh la kan |
|
|
|
|
|
|
|
Jarang wei pemimpin terserempak tanpa sengaja kat mana2 secara beramai ramai..dia kalau dah pengkhianat ni memang menipu la makanan dia  |
|
|
|
|
|
|
|
Org yg aku sangka pro pas rupanya ph dan bercomolot dgn ph. Dunia ni penuh dgn kekeliruan |
|
|
|
|
|
|
|
Wak Jahit mmg anti kt Mail sbb tak tolong kes dia...tgk Bung Nuwar tolong ke tak... |
|
|
|
|
|
|
|
sah hang ni melayu bangsat pengadu domba 
|
|
|
|
|
|
|
|
cecari replied at 27-11-2022 10:19 AM
sah hang ni melayu bangsat pengadu domba
Lepas tu kenapa kau ingat wartawan dok follow je pengkhianat2 ni kemana mana hotel? pasal pengkhianat mmg tak boleh dipercaya.
yg percaya org bodoh mcm kau je  |
|
|
|
|
|
|
|
sah melayu penyebar berita adu domba.... penyebar berita adu domba dijanjikan azab yg pedih... peringatan
|
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 26-11-2022 10:27 PM
Skrg geng2 umngok tgh pakat nk mintak naikan ( wak jahit jd tpm (aku rasa ni mmg strategi wak la han ...
Aku pun ada baca tajuk artikel zahid disyor tpm .baca tajuk jela.malas aku.tapi aku ada baca statement dari presiden mic.ckp yg ..bn
boleh sokong kerajaan ph tapi tak boleh mintak jawatan.kalo bagi jawatan..ambik.bagus aney tu |
|
|
|
|
|
|
|
no anwar
no dap
no bersatu
pas kalu no hal |
|
|
|
|
|
|
|
cecari replied at 27-11-2022 10:27 AM
sah melayu penyebar berita adu domba.... penyebar berita adu domba dijanjikan azab yg pedih... pe ...
Kah kah..penyimpan kunci sorga sudah koyak
kita beroleh kemenangan yg ke 1000  |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 27-11-2022 10:30 AM
no anwar
no dap
no bersatu
Kalau DAP keluar dari PH dan masuk PN.. maka apek DAP boleh masuk ke syurga lalu la pintu2 mana yg apek mahu  |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nurdianah at 27-11-2022 12:30 PM
Rabakkk?

|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Aku sangat menyokong wak jahit jadi TPM
Wak jahit pernah ada pengalaman jadi TPM
Semoga wak jahit terus dpt menyumbang sebagai TPM  |
|
|
|
|
|
|
|
Azharitubunga replied at 27-11-2022 12:41 PM
Aku sangat menyokong wak jahit jadi TPM
Wak jahit pernah ada pengalaman jadi TPM
Semoga wak jahit te ...
Masih terngiang2 di telinga ketika Zahid jowo bagi ucapan di PBB ketika jadi TPM  |
|
|
|
|
|
|
| |
|