View: 2327|Reply: 45
|
[Dunia]
Pelajar asing bakal disekat ke Britain
[Copy link]
|
|
Pelajar asing bakal disekat ke Britain
BRITAIN bakal mempertimbangan rancangan untuk menyekat kemasukan pelajar asing bagi mengekang kenaikan mendadak jumlah pendatang asing.-AGENSI
- Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
- 27 November 2022, 7:30 am
LONDON: Pelajar asing berkemungkinan disekat daripada memasuki Britain melainkan mereka mendapat tempat di universiti terbaik berikutan langkah terbaharu yang bakal diperkenalkan Perdana Menteri, Rishi Sunak bagi mengekang jumlah pendatang asing di negara itu.
Lapor Mail Online, Sunak dikatakan sedang mempertimbangkan langkah itu, bersama-sama dengan larangan menyeluruh terhadap pelajar luar negara yang membawa keluarga mereka bersama.
Sunak menegaskan jumlah pendatang asing akan dikurangkan dan membayangkan tindakan tegas terhadap visa pelajar selepas angka pendatang ke UK melonjak ke rekod tertinggi melebihi setengah juta tahun lalu.
Kerajaan Britain memberitahu bahawa rancangan untuk menurunkan jumlah tersebut mungkin termasuk meletakkan halangan kepada keluarga pelajar antarabangsa dan menyekat kemasukan ke universiti terkemuka.
Langkah itu selaras dengan cadangan yang diterokai oleh Setiausaha Dalam Negeri, Suella Braverman, yang sebelum ini mengadu tentang pelajar asing yang mengambil kesempatan untuk membawa bersama ahli keluarga lain menggunakan visa pelajar mereka.
Tetapi Presiden Universiti UK, Profesor Steve West berkata, sebarang langkah untuk menyekat bilangan pelajar luar negara akan memaksa sesetengah institusi pengajian ditutup kerana banyak yang bergantung kepada pembiayaan daripada yuran pelajar antarabangsa melebihi yang dibayar oleh pelajar UK sendiri.
“Langkah itu akan menjadi bencana besar di seluruh negara terutamanya dibandar-bandar besar yang bergantung kepada universiti untuk menarik pelaburan masuk.
“Perniagaan tertarik dengan kedudukan universiti dan kita bercakap tentang berpuluh bilion pound kepada ekonomi.
“Saya rasa kita tidak mampu untuk membelakangkan industri eksport yang amat berjaya ini,” katanya.
Menurut anggaran yang disusun oleh Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS), lonjakan itu didorong oleh faktor ‘unik’ termasuk skim visa untuk warga Ukraine dan Hong Kong serta pelajar yang tiba dari luar Kesatuan Eropah (EU).
Pendatang asing yang tiba dengan visa pelajar menyumbang bahagian terbesar migrasi jangka panjang bagi warga bukan EU, iaitu sebanyak 277,000 orang.
Canselor, Jeremy Hunt minggu lalu menegaskan bahawa migrasi pendatang asing diperlukan untuk meningkatkan pertumbuhan negara ini.
“Perlu ada rancangan jangka panjang jika kita mahu menurunkan jumlah pendatang asing dengan cara yang tidak memudaratkan ekonomi.
“Kami menyedari bahawa kami akan memerlukan migrasi untuk tahun-tahun akan datang kerana ia akan menjadi sangat penting untuk ekonomi,” jelasnya.
Pelajar asing bakal disekat ke Britain
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh my..anak aku baru berkira2 nk sambung ke London...biar betul |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan Rishi sunak ni pun pendatang asing ke...huh |
|
|
|
|
|
|
|
Dia bukan pendatang asing. Ibu bapa dia yang pendatang.
|
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 27-11-2022 09:14 AM
Dia bukan pendatang asing. Ibu bapa dia yang pendatang.
Samala keturunan pendatang |
|
|
|
|
|
|
|
wow.. double harmonic
memang harmonic la 
|
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah. Kita semua kena fikir kebajikan rakyat sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
utk student yg pergi single ok kot....from news nampak mcm dia nak kurangkan yg bawa family skali...
|
|
|
|
|
|
|
|
midori888 replied at 27-11-2022 11:28 AM
utk student yg pergi single ok kot....from news nampak mcm dia nak kurangkan yg bawa family skal ...
Oh....ok....moga dipermudahkan lah...kalau ada rezeki lah |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah..sunak kena utamakan pribumi england dh dpt mandat jadi pm takan nk angkut keturuan mumbai dia masuk. Lgpon my 3rd is pick japone 2025. |
|
|
|
|
|
|
|
InsyaAllah ada tu rezeki dia...all the best for your anak....
|
|
|
|
|
|
|
|
midori888 replied at 27-11-2022 11:33 AM
InsyaAllah ada tu rezeki dia...all the best for your anak....
Tq.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 27-11-2022 03:46 PM
Salah ni..... berita ini hanya sekadar fear mongering ya supaya orang benci Rishi... rishi sunak's main target is to improve UK economy post brexit so ini bermakna mereka akan giat mengadakan rundingan trade agreements...
EDUCATION is UK's main source of income... begitu juga FINANCIAL SERVICES
And UK is joining CP TPP (12 countries in total) sbb mereka nak menggalakkan kemasukan professionals among the 12 member countries... malaysia also one of member countries |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Wow pendatang nak sekat pendatang...takut pendatang lain jd PM kot... |
|
|
|
|
|
|
|
UK sekarang bagi graduate stay in UK untuk 2 tahun upon graduation. Just apply and approval is almost automatic janji bayar lah visa fee. Ini sahih. Sambil apply visa boleh cari kerja. Visa dah approve cuma tengah tunggu kerja yang bagus sambil tu buatlah apa yang patut. Uli pizza pun boleh 
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pribumi England jenis insecure tak kan merasa KJ masuk Oxford apa lagi Sunak ni nak jadi PM.
Jangan samakan dengan ummah satu lagi tu. Macam bumi dgn langit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mai la Msia...Sunway University tu..memacam orng ada... |
|
|
|
|
|
|
|
apa barang pergi UK
balik2 mintak keje gomen
tak dapat lantikan tetap dan taraf berpencen
sibuk pulak nak mogok nak hartal nak barbie apa semua
tak maluuuuuuuuuuuuuu
waaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkah
  |
|
|
|
|
|
|
| |
|