CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 915|Reply: 14

[Dunia] Kris Wu merengkok 13 tahun dalam penjara

  [Copy link]
Post time 27-11-2022 09:25 AM | Show all posts |Read mode
Kris Wu merengkok 13 tahun dalam penjara[size=0.8]Susunan Raja Nurfatimah Mawar Mohamed - November 27, 2022 @ 12:30amrajamawar@bh.com.my





Selain kes jenayah rogol, Wu didenda sebanyak 600 juta yuan (RM375 juta) atas kesalahan gagal membayar Perkhidmatan Cukai Perbandaran Beijing. - Foto AGENSI




KUALA LUMPUR: Bekas anggota kumpulan K-Pop popular, EXO, Kris Wu, 32, dipenjara 13 tahun atas kesalahan merogol tiga wanita oleh Mahkamah Daerah Chaoyang Beijing, kelmarin.
Hasil siasatan pihak berkuasa antara November hingga Disember 2020, model, penyanyi dan pelakon kelahiran Guangzhou, Guangdong, China yang dibesarkan di Kanada itu juga didapati mengumpulkan beberapa individu lain atas skandal pemerkosaan.
Bagi kesalahan jenayah rogol, Wu dihukum penjara selama 11 tahun enam bulan, manakala 22 bulan lagi atas hukuman mengumpulkan orang untuk aktiviti seksual.
Terdahulu, Wu yang memiliki 50 juta pengikut dalam aplikasi Weibo ditahan polis Chaoyang, Beijing pada 31 Julai, tahun lalu selepas didakwa memperdaya wanita untuk melakukan hubungan seks.
Pemilik nama Wu Yi Fan itu dilaporkan melakukan perbuatan seks bersama tiga wanita di kediamannya tanpa kerelaan mangsa.
Ketika kejadian antara November hingga Disember 2020, semua mangsa didakwa tidak sedarkan diri kerana berada dalam keadaan mabuk.
Tahun lalu, seorang pelajar Du Meizhu, 19, mendakwa Wu merogolnya pada usia 17 tahun.
Meizhu mendakwa, Wu memperdaya ramai wanita dan gadis bawah umur 18 tahun untuk melakukan hubungan seks dengannya dengan alasan merekrut pelakon.

Wu yang memiliki 50 juta pengikut dalam aplikasi Weibo ditahan polis Chaoyang pada 31 Julai, tahun lalu selepas didakwa memperdaya wanita untuk melakukan hubungan seks. - Foto AGENSI
Kes tersebut mula mendapat liputan meluas daripada pihak media sehingga mendapat kecaman orang ramai.
Rentetan kes berkenaan, beberapa jenama mewah membatalkan perjanjian untuk bekerjasama dengan Wu.
Malah, ada beberapa mangsa turut berkongsi perbuatan kakitangan Wu mempelawa ke pesta karaoke dan disuruh minum arak sehingga mabuk sebelum bertindak kasar.
Susulan itu, satu gerakan dikenali sebagai #MeToo di China diwujudkan yang menyaksikan ramai golongan wanita tampil ke hadapan bagi menyuarakan pengalaman menjadi mangsa gangguan seksual termasuklah membabitkan individu berpengaruh pada 2018.
Selain kes jenayah rogol, Wu didenda sebanyak 600 juta yuan (RM375 juta) atas kesalahan mengelak membayar cukai Perkhidmatan Cukai Perbandaran Beijing bagi Pentadbiran Percukaian Negeri.
Dilahirkan pada 6 November 1990, Wu adalah penyanyi, rapper, pelakon dan model.
Wu sempat bersama EXO selama dua tahun sebelum meninggalkan kumpulan popular itu pada 2014 kerana tidak berpuas hati dengan perjanjian kontrak bersama SM Entertainment.
Kemudiannya, Wu melebarkan kerjaya solo dan menceburi dunia lakonan. - AGENSI





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 12:13 PM | Show all posts
Tak berdenyut pon ai, euw
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat ye
EXO-L mesti nyesal jadikan idol dulu nihh
Jijikkk
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan dah kena. Sepatutnya langgan jer pelacur, duit kan banyak
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn bimbang. nanti boleh masuk calon. everything can nowadays.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hairannya, di negara kita dipuja-puja pula suspek sebegini, bekas Da'i itu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat plak confession mangsa dia. Mangsa dia tu budak bawah umur anak dara kirenye tak penah tgk lelaki bogel la. Masa nk mengeseks tu dia pelik apsal k**e kris ni besar lipstick mac tu je. Pastu siap ckp masa nak masuk tu,kalau sakit tahan je tau pdhal budak tu tak rasa ape pun lol
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 27-11-2022 03:20 PM
jgn bimbang. nanti boleh masuk calon. everything can nowadays.

Hehehe….
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 04:03 PM | Show all posts
bangsa etis berkulop
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 04:06 PM | Show all posts


Tetiber
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 27-11-2022 03:40 PM
Teringat plak confession mangsa dia. Mangsa dia tu budak bawah umur anak dara kirenye tak penah tgk  ...

Hahaha. Betul ke ada pengakuan mcm ni? Tak padan dgn kecik kemain kuat seks. Nak yg muda, anak dara aje. Cari lah pelacur2 china doll kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib macik minat Chen dan Kai
Kris Wu ni dari dulu berlagak
Elok ler masuk jail
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
amyza replied at 27-11-2022 04:09 PM
Hahaha. Betul ke ada pengakuan mcm ni? Tak padan dgn kecik kemain kuat seks. Nak yg muda, anak dar ...

Mungkin sbb tu la kot target dia budak bawah umur yg innocent gitu. Kalau ngan perempuan matang dan berpengalaman satgi wat kene gelak je
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 04:47 PM | Show all posts
annehuda replied at 27-11-2022 03:40 PM
Teringat plak confession mangsa dia. Mangsa dia tu budak bawah umur anak dara kirenye tak penah tgk  ...

X terpecah la dara kn sbb ketot..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sapa dia ni???...kris kross..kenal la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-2-2023 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.110700 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list