CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 328|Reply: 2

[Dunia] Virus purba berusia 48,500 tahun dihidupkan semula​

[Copy link]
Post time 27-11-2022 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Virus purba berusia 48,500 tahun dihidupkan semula​oleh TERJEMAHAN SINAR HARIAN26 November 2022 07:48pmMasa membaca: 2 minit


PARIS - Pencairan ibun abadi (permafrost) mungkin menimbulkan ancaman kepada manusia.

Amaran itu diberikan saintis selepas ia berjaya menghidupkan semula virus purba berusia 48,500 tahun yang membeku selama puluhan ribu tahun.

Penyelidik antarabangsa yang memerhatikan sembilan virus purba yang ditemui di permafrost Siberia itu mendakwa virus seperti itu masih berupaya menjangkiti organisma hidup.

Perkara itu dibuktikan selepas virus purba itu telah menjangkiti ameba di makmal.

"Virus paling lama yang dijumpai berusia hampir 50,000 tahun dan ia adalah satu rekod dunia," kata anggota kumpulan itu, Jean-Michel Claverie yang juga penyelidik di Aix-Marseille University di Perancis kepada New Scientist.

Anggota kumpulannya dilaporkan mengkaji tujuh virus purba di bawah penyelidikan terbaharu tersebut dan telah menerbitkan laporan pracetak baru-baru ini.

Sebelum ini, kumpulan itu yang terdiri daripada saintis dari Rusia, Perancis dan Jerman turut berjaya menghidupkan semula dua virus purba lain yang berusia 30,000 tahun.

Difahamkan, virus yang ditemui mereka dianggap sebagai paling kuno pernah dihidupkan semula walaupun terdapat penyelidik lain yang mengumumkan berhasil mengaktifkan semula bakteria berusia 250 juta tahun.

Kesemua virus tersebut adalah jenis pandoravirus iaitu kumpulan virus gergasi yang hanya mampu menjangkiti organisma sel tunggal seperti ameba.

Tetapi, kesemua virus purba itu dipercayai masih berupaya menjangkiti sel hidup setelah 'terperangkap' selama puluhan ribu tahun di ibun abadi dan berpotensi menular kepada tumbuhan, haiwan atau manusia.

"Ia adalah sangat berbahaya," kata Claverie sambil menambah terdapat bakteria dan virus baharu yang muncul setiap hari serta sukar untuk menentukan dengan tepat tahap bahaya sebenarnya.

Pada tahun lalu, wakil kanan Rusia di Majlis Artik, Nikolay Korchunov pernah memberi amaran permukaan yang membeku selama berabad atau ribuan tahun masih boleh mengandungi beberapa spora bakteria dan virus 'zombie' yang berdaya maju. - Agensi


Virus purba berusia 48,500 tahun dihidupkan semula



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Rupanya virus2 yang membeku ni memang tak mati.iols ingatkan dia dah mati once dah membeku tu..mungkin kalau kena suhu tinggi boleh mati agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Golongan saintis cerdik tapi bebal.
Yang kau pergi hidupkan virus lama tu apa hal?
Virus yg baru muncul ni pun tak dapat nak settle.
Takut virus lama tu jd supervirus......takde vaksin dan takde apa yg bolih lenyapkan dia..... akhirnya manusia akan pupus.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.085887 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list