CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1620|Reply: 38

[Tempatan] Timbalan PM: 'Tok Mat' calon paling sesuai?

  [Copy link]
Post time 27-11-2022 10:41 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, selayaknya diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan berikutan kredibilitinya diterima rakyat dan parti.

EXCO Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, kemenangan besar Mohamad atau lebih dikenali Tok Mat di Parlimen Rembau dan pengamalan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan mampu memberi impak positif.

“Saya yakin rakyat dapat menerima Tok Mat (Mohamad Hasan) dan beliau dapat bersama membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memimpin Kerajaan Perpaduan menangani kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku tahun depan.

“Cabaran politik kini amat berbeza dan dinamika yang berlaku pada PRU-15 ini cukup luar biasa. Jadi gandingan baik dan mantap ini, pasti dapat mengekalkan kestabilan politik negara untuk beberapa tahun mendatang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun turut menyokong sekiranya Mohamad diketengahkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri yang disifatkannya mempunyai ketokohan untuk dilantik ke jawatan berkenaan.

Mengenai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan, Muqharabin berkata, antara pemimpin muda yang perlu diberikan ruang termasuk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

“Jika ingin melihat sebuah perubahan politik baharu buat negara, Perdana Menteri perlu berani mengangkat pemimpin muda untuk bersama beliau dalam mengemudi negara supaya setiap lapisan rakyat tidak tertinggal.

“Saya hanya mengharapkan kerajaan ini dapat membawa perubahan negara ke arah kemajuan yang mapan dan mengembalikan keyakinan pelabur kepada Malaysia.

https://www.buletintv3.my/politik/tok-mat-layak-diangkat-timbalan-perdana-menteri/

Berita terkait...

KUALA LUMPUR: Pemilihan calon Timbalan Perdana Menteri yang mewakili etnik majoriti, khususnya di Sarawak mampu menyerlahkan imej inklusif Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penganalisis politik berpendapat, ia akan meningkatkan momentum keyakinan rakyat khususnya dari kalangan masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak, selepas melihat suara mereka kini mampu diangkat apabila wakilnya diberi tempat dalam pimpinan tertinggi negara.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata cadangan menamakan Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, yang mewakili etnik Iban atau Dayak dari negeri itu mampu memberi imej positif kepada kerajaan pimpinan Anwar.

Katanya, menamakan pemimpin yang mewakili etnik terbesar di Sarawak itu juga, akan menzahirkan bukti pengiktirafan besar kerajaan kepada masyarakat Bumiputera di Malaysia.

"Kalau Timbalan Perdana Menteri itu Alexander, ini satu pengiktirafan besar kepada sumbangan masyarakat Bumiputera di Sarawak khususnya. Sebab Alexander adalah wakil Iban atau Dayak. Ia memberikan suatu tempat kepada imej Anwar itu sendiri yang mahukan penyertaan lebih insklusif dalam kerajannya.

"Jika menjadi realiti, ini pertama kali akan berlaku (Bumiputera dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri) dan dijangka mampu meningkatkan imej Anwar sendiri.

"Sebelum ini terdapat sentimen Iban di Sarawak mengenai kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN). Jika dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH), Anwar boleh buktikan dengan pelantikan Alexander dari GPS, ia mampu memberikan kesan yang cukup besar kepada pentadbirannya," katanya.

Khamis lalu, Anwar dalam sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-10, memaklumkan akan melantik dua Timbalan Perdana Menteri dibawah pentadbirannya, iaitu masing-masing seorang dari Barisan Nasional (BN) serta GPS.

Dua nama yang disebut-sebut untuk dinamakan GPS bagi mengisi jawatan itu iaitu Alexander, yang juga Ahli Parlimen Kapit serta Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof, juga Ahli Parlimen Petrajaya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1031932/calon-tpm-wakili-etnik-majoriti-borneo-serlah-imej-inklusif-kerajaan

Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 33 Users voted

Poll is finished

41.86% (18)
2.33% (1)
18.60% (8)
13.95% (6)
23.26% (10)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 10:43 AM | Show all posts
hoi hoi ya hoi

sapa sokong penyamun jadi menteri?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar Zahid jd TPM blk. Tok Mat pula jawat Menteri Kewangan
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 10:53 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 27-11-2022 10:50 AM
Biar Zahid jd TPM blk. Tok Mat pula jawat Menteri Kewangan

noooo!!!!! ada kes mahkamah baik tok sah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 27-11-2022 10:50 AM
Biar Zahid jd TPM blk. Tok Mat pula jawat Menteri Kewangan

Giler ke apa nak kasi cluster mahkamah? Pangai masa episode2 sinetron nak pilih PM10 pun hauk. Intergriti ke laut dalam
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 27-11-2022 10:43 AM
hoi hoi ya hoi

sapa sokong penyamun jadi menteri?

“Tak sabar nak update result pilihanraya”… khuenz?

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 11:18 AM | Show all posts
Kemaruk-Taikk replied at 27-11-2022 11:09 AM
“Tak sabar nak update result pilihanraya”… khuenz?

ko punya kredit lebih banyak dari jumlah post tu bagi bangkem satu keajaiban dunia
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Solokkk replied at 27-11-2022 10:57 AM
Giler ke apa nak kasi cluster mahkamah? Pangai masa episode2 sinetron nak pilih PM10 pun hauk. Int ...

Hello tanpa kluster mahkamah x merasa bang non jd PM. So have some respect sikit pd kluster mahkamah ok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
JohnDeSouza replied at 27-11-2022 10:53 AM
noooo!!!!! ada kes mahkamah baik tok sah

No worry. Bang non lebih tahu apa yg perlu dilakukan. Beliau pun cukup masak ngan mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Solokkk at 27-11-2022 01:14 PM
mojarean_X replied at 27-11-2022 11:20 AM
Hello tanpa kluster mahkamah x merasa bang non jd PM. So have some respect sikit pd kluster mahkam ...


Perlu ke ada respect walau secebis kat cluster mahkamah? Pak Non tuh peduli apa, walaupun prinsip disondol ke dlm tangki najis, yg penting jadi PM. Kalau dia solid mantap dgn prinsip dia yg giler2 dilaungkan, Pak Non takkan jilat cirit Zahid jawa dan kasi PN tubuh gomen gabung dgn BN
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Solokkk replied at 27-11-2022 11:27 AM
Perlu ke ada respect walau secebis kat cluster mahkamah? Pak Non tuh peduli apa, walaupun pri ...

Bang non bakal lantik Zahid jd TPM. Terimalah kenyataan jemin

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 27-11-2022 11:31 AM
Bang non bakal lantik Zahid jd TPM. Terimalah kenyataan jemin


Lantik la sapa2 pun, dah dia PM. Yg penting tunai janji2 yg dilaungkan berdegar2 macam tentera berkuda nak pegi perang . Jgn risau, especially geng2 panatik reformasi, kami sabar menunggu. Kami bukan bodoh, kami faham konsep: hari nih kawen, takkan besok beranak
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 11:37 AM | Show all posts
Papa misai....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurdianah replied at 27-11-2022 11:37 AM
Papa misai....

tgk muka tokmat teringat super mario

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 27-11-2022 01:02 PM
kemaruk replied at 27-11-2022 10:43 AM
hoi hoi ya hoi

sapa sokong penyamun jadi menteri?


sapa penyamun,sapa penyakau,sapa perasuah,sapa korup....udah tak dengar lagi 'orang tu' terjerit jerit,terpekik terlolong pasal 'mende ni'.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 01:04 PM | Show all posts
bakingsoda replied at 27-11-2022 12:13 PM
tgk muka tokmat teringat super mario

cilaka

waaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2022 01:05 PM | Show all posts
tok mat tak layak

yang palik layak dak stingergrumpy

takde sapa yang menyokong bekas banduan rasuah dan liwat jadi PM melebihi dia

khueeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeenzst

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Amik je la zahid jd tpm.. kan best fren dgn bangnon… biar berkubur terus krjn baru ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 27-11-2022 01:00 PM
sapa penyamun,sapa penyakau,sapa perasuah,sapa korup....udah tak dengar lagi 'orang tu' terjerit j ...

Ni tuju kat midin
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Solokkk at 27-11-2022 01:43 PM
Skuau replied at 27-11-2022 01:00 PM
sapa penyamun,sapa penyakau,sapa perasuah,sapa korup....udah tak dengar lagi 'orang tu' terjerit j ...


Dah senyap tak kedengaran coz, maybe, dah habis melalui process berkonsepkan: satu untuk aku, satu untuk nko. Prinsip2 memasing semua tuh dah kena cirit diselang seli dgn kentut
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-1-2023 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.148233 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list