View: 2544|Reply: 55
|
[Tempatan]
Kerajaan henti penganjuran majlis besar-besaran dan hasil penjimatan yang dibuat itu akan disalurkan untuk membantu rakyat yang miskin - PM
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 22-12-2022 08:46 PM
Anwar (depan, sembilan dari kiri) bergambar bersama peserta HPPK2022 di PICC pada Khamis.
PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kerajaan akan menghentikan penganjuran majlis besar-besaran yang gah dan meriah bagi mengelakkan daripada amalan pembaziran terus berlaku.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil penjimatan yang dibuat itu akan disalurkan untuk membantu rakyat yang miskin.
"Ada antara jabatan-jabatan umpamanya setiap kali ada majlis atau perayaan-perayaan akan ada baju batik baharu dan persiapan-persiapan lain yang dibuat.
"Ada juga orang kata saya tolak (kereta) Mercedes perkara kecil, tak ambil gaji pun perkara kecil tapi kalau semua yang kecil-kecil ini termasuk amalan memberikan hadiah, tukar (baju) batik, sampin atau pakaian setiap kali majlis dihentikan sudah tentu (penjimatan) akan bergunung dan dapat dipulangkan kepada rakyat miskin," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Khamis.
Hadir sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Saraswathy Kandasami.
Anwar menjelaskan, beliau juga menyambut baik cadangan Ewon yang mahu mengadakan sambutan HPPK di Sabah pada tahun depan.
"Cadangan untuk adakan majlis ini di kawasan pasar di Sabah adalah cadangan yang baik dan tidak perlu kita sambut di sini (PICC) lagi.
"Biarlah untuk sebilangan (majlis) sahaja buat di dewan besar, namun majlis-majlis tertentu seperti yang libatkan penjaja sebegini biarlah dibuat di kawasan penjaja berniaga.
"Contohnya seperti di kawasan pinggir bandar supaya kawasan itu dibanjiri orang ramai dalam beberapa hari dan perniagaan mereka juga turut maju," ujarnya.
Sementara itu, Anwar menegaskan bahawa beliau akan memastikan dana yang disediakan kepada penjaja dan peniaga kecil semuanya sampai kepada kumpulan sasar susulan permintaan Ewon yang memohon kerajaan memberikan insentif atau bantuan khas kepada penjaja dan peniaga yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
"Pada hari ini saya tidak berhajat untuk umumkan inisiatif baharu tapi saya akan pastikan dana yang disediakan semuanya sampai kepada kumpulan sasar.
"Saya yakin dengan menteri KUSKOP yang masih muda, berketrampilan dan berwibawa serta jentera di bawahnya, kalau ada kesediaan untuk buat anjakan (perubahan), insya-ALLAH kita akan saksikan perubahan (dari segi budaya pembaziran) alam tempoh terdekat," ulasnya.
https://www.sinarharian.com.my/article/237391/berita/nasional/kerajaan-henti-penganjuran-majlis-besar-besaran---pm |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ooo ni kawan iols.pergi ni...
Hoho..
Sepatutnya mmg.takyah ade majlis2 neh.
Semestinya peruntukan berpuluh ribu dgn skrin beso nya..kelip2 bagai canggih manggih..
Grafik.ala powerpoint je |
|
|
|
|
|
|
|
beliau berkata tiada majlis yang besar akan diadakan...di majlis besar yang beliau hadiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
sokong utk sesetengah event mengarut tu ditiadakan.. cuma utk certain program mgkn bleh dipertimbangkan. kita pun ada rantaian ekonomi, ada program adalah duit utk peniaga/pengusaha jugak yg bg perkhidmatan n supply brg. Contoh mcm kedai printing, f&b, dekorasi dll... diaorg pun ada staff nak dibayar gaji |
|
|
|
|
|
|
|
Majlis hari khusus untuk mengiktiraf sesuatu kalangan atau benda macam Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru dan Hari Wanita serta Hari Pekerja patut mansuhkan sekali sebab ia semua tidak relevan di hati rakyat Malaysia yang tulen. Jimat duit rakyat.. Cukuplah Hari Merdeka dan Hari Malaysia aje.. Jom sokong Komuniti 365 Hari Setahun Malaysia!
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan setakat menyebut sebarang penjimatan akan disalurkheun semula pada rakyat tapi must be seen as being done..
Ie...contoh.....every quarterly buat announcement penjimatan yg telah berjaya dilakukheun dan the breakdown kemana penyaluran penjimatan iteww diperuntukheun
.. |
|
|
|
|
|
|
|
hayrin86 replied at 23-12-2022 08:51 AM
Majlis hari khusus untuk mengiktiraf sesuatu kalangan atau benda macam Hari Ibu, Hari Bapa, Hari G ...
Betul...apa apa majlis pung...
Meeting pung simple2 saja sudey..
Kuih je..
Ni siap.ada bihun goreng air teh susu.kuih 2 jenis..
Mak aih..kanduri ka apa..
Iols gi.company cina depa.bagi chinese tea je..kalau 2 3 jam tambah la sikit air mineral..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 23-12-2022 10:36 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
janji projek dapat juta-juta
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan sahaj majlis besar, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri patut membeli kenderaan tempatan sahaja seperti proton dan perodua utk kegunaan kakitangan awam dan pemimpin |
|
|
|
|
|
|
|
iols sokong jugak kalau gomen tak payah susah2 hantar staff pi kursus jejauh. ko buat bangunan tinggi2... sebeso alam, buat kursus kat hotel, hantar pi resort bagai melangkau 2-3 negeri.
private buat training in-house, takde training room guna aje meeting room.
jimat berganda2 |
|
|
|
|
|
|
|
Opis aku dpt projek dgn gomen manjang je tanya makanan lps meeting hadoi meeting pulak bukan sekali dua boleh kata every week kena supply refreshment |
|
|
|
|
|
|
|
dlm tv smlm nampak simple saja majlisnya..buat pun kat picc,bukanya hotel 5star |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 23-12-2022 01:08 PM
itu kalo..mesti gomen buat event kat balai raya kampung..tak pon..pinjam dewam sekolah...lampu kalimantang jer,sound sistem..pinjam set karaoke tok penghulu atau cikgu bosar...  |
|
|
|
|
|
|
|
Elokla pun tak buat,nanti semua payment penyediaan majlis kroni2 yg kenyang.
Mana yg baik iols sokong je.
|
|
|
|
|
|
|
|
hari guru dh jd tren pulak budak2 bagi hadiah kt cikgu. dulu tkde pun sekadar buat persembahan je
iols cadang mansuh jugak pemberian hadiah utk hari guru
sian yg tk berkemampuan
student jd org berjaya, hormat dan beradab dgn guru itu la hadiah paling berharga
|
|
|
|
|
|
|
|
stingergrumpy replied at 23-12-2022 09:01 AM
Bukan setakat menyebut sebarang penjimatan akan disalurkheun semula pada rakyat tapi must be seen as ...
Betul betul betul... Takat cakap gini gini gini tamau la.. nak tgk data |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dgn Pak Non . Tapi Pak Non, tolong bagi evidence bila dah ambik action. Marhein dah imune dgn gebang2 nih . |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 23-12-2022 10:43 AM
bukan sahaj majlis besar, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri patut membeli kenderaan tempatan ...
Ini iols setuju tp jgnlah pula maintenance service claim dari gomen mengalahkan guna mercedes atau bmw |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju.. Hari-hari pun adalah hari guru, 365 hari setahun..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|