View: 177|Reply: 0
|
[Dunia]
Kapsul kecil radioaktif hilang
[Copy link]
|
|
Kapsul kecil radioaktif hilang

FOTO HIASAN
Sydney: Kapsul kecil radioaktif dilaporkan hilang semasa diangkut dari lombong di Australia Barat, menyebabkan satu misi pencarian dijalankan segera pada Sabtu.
Kapsul perak berukuran 8 x 6 milimiter itu digunakan dalam operasi perlombongan dipercayai sejak pertengahan Januari, kata agensi kecemasan.
Jabatan Kesihatan Australia Barat memaklumkan, kapsul mengandungi bahan radioaktif Caesium-137 itu dipercayai terjatuh dari lori ketika dipindahkan ke tempat penyimpanan.
Pegawai kesihatan memberi amaran ia boleh menyebabkan luka melecur akibat radiasi atau sakit apabila mengendalikannya.
Ketua Pegawai Kesihatan Australia Barat, Dr Andrew Robertson berkata, apa yang membimbangkan sekiranya kapsul itu ditemukan individu lain yang tidak mengetahui mengenainya.
Pegawai bomba berkata, kapsul itu hilang antara bandar terpencil Newman, kawasan pinggir bandar kira-kira 1,400 kilometer dari utara Perth.
Pegawai memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mengendalikan kapsul itu, jika ia ditemukan.
Beliau menasihati orang ramai supaya segera menghubungi pasukannya sekiranya menemui kapsul berkenaan.
Jurucakap bomba berkata, pihak berkuasa hanya dimaklumkan pada Rabu, selepas syarikat menyedari kehilangan itu.
Pasukan pencarian mengutamakan kawasan berpenduduk semasa pencarian.
Misi pencarian itu berkemungkinan mengambil masa berminggu-minggu.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... l-radioaktif-hilang
|
|
|
|
|
|
|
| |
|