CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 192|Reply: 0

[Dunia] Turkiye beri amaran kepada rakyatnya risiko serangan di AS, Eropah

[Copy link]
Post time 29-1-2023 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Turkiye beri amaran kepada rakyatnya risiko serangan di AS, Eropah


Orang ramai berjalan di sepanjang Istiklal Avenue yang dihiasi dengan bendera kebangsaan Turkiye selepas letupan membunuh enam orang dan mencederakan berpuluh-puluh, di Istanbul. - Foto REUTERS

BH29turkey-o -- Dunia / Eropah

Turkey alerts citizens to risk of attack in United States, Europe on heels of Western warnings

Turkiye beri amaran kepada rakyatnya

ANKARA: Turkiye memberi amaran kepada rakyatnya yang berada di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah 'kemungkinan berlakunya 'serangan Islamofobia, xenofobia dan perkauman' selepas sekutu Baratnya memberi amaran kepada rakyat mereka yang berada di Turkiye bahawa kemungkinan serangan pengganas di negara itu.

Kementerian Luar Turkiye dalam dua nasihat perjalanannya mengesyorkan rakyatnya di AS dan negara Eropah yang lain untuk kekal tenang dalam menghadapi kemungkinan gangguan dan serangan 'xenofobia dan perkauman' dan meminta supaya rakyatnya menjauhkan diri dari berada di kawasan kemungkinan demonstrasi diadakan.

Kementerian itu berkata, tindakan anti-Islam dan perkauman yang berlaku itu mencerminkan sikap tidak bertoleransi dan kebencian agama yang sangat bahaya di Eropah.

Beberapa kedutaan di Ankara termasuk AS, Jerman, Perancis dan Itali Jumaat lalu turut mengeluarkan amaran keselamatan kepada rakyatnya di Turkiye mengenai kemungkinan serangan balas oleh pengganas di tempat ibadat.

Amaran itu dikeluarkan susulan insiden pembakaran al-Quran di Eropah.

Minggu lalu, ketika mengadakan protes berhampiran kedutaan Turkiye di Stocholm, seorang ahli politik membakar al-Quran yang memberi mencetuskan ketegangan antara Turki dan Sweden.

Tindakan membakar al-Quran serupa yang berlaku di Belanda dan Denmark turut mendapat kecaman hebat - REUTERS

Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... -serangan-di-eropah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

24-3-2023 11:59 AM GMT+8 , Processed in 2.757672 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list