CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 872|Reply: 6

Wujud Diskriminasi Gender, Song Hye Kyo Pun Dapat RM600,000 Je Satu Episod ‘The Glory'

[Copy link]
Post time 30-1-2023 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Wartawan media Korea Selatan, Ahn Jin Yong mendedahkan barisan pelakon Korea gred A di negara tersebut menerima bayaran sekurang-kurangnya RM1 juta bagi satu episod drama pada 2023.


Memetik laporan Allkpop, beberapa aktor Korea termasuk Song Joong Ki, Lee Jong Seok dan Ji Chang Wook menerima sekitar 300 juta Korean Won (RM1,035,079) bagi setiap episod.




IG




Tambahnya lagi, bayaran yang diterima untuk drama 16 episod boleh mencecah hampir 4.8 bilion hingga 5 bilion KRW atau kira-kira RM17 juta.


"Mereka menerima jaminan lebih daripada 300 juta KRW untuk setiap episod drama bersiri.


"Jumlah pendapatan yang diterima berdasarkan drama 16 episod pula boleh mencecah hampir 4.8 bilion hingga 5 bilion KRW," katanya.


Sementara itu, Jin Yong mendedahkan pelakon wanita didakwan menerima bayaran lebih rendah berbanding aktor lelaki yang menjelaskan wujud diskriminasi terhadap gender dalam kalangan pelakon di negara berkenaan.


Bagaimanapun, Jeon Ji Hyun dan Song Hye Kyo antara pelakon wanita yang menerima bayaran termahal iaitu sekitar 200 juta KRW (RM690,053) untuk setiap episod.


Jin Yong menganggarkan pelakon Song Hye Kyo menerima sekitar 200 juta Korean Won untuk satu episod lakonannya dalam drama siri The Glory yang disiarkan di saluran penstriman digital Netflix.


Wartawan berkenaan turut memberi jangkaan bahawa aktres berkenaan bakal menerima lebih banyak lagi bayaran untuk projek yang seterusnya.




  



Untuk rekod, Hye Kyo memegang watak sebagai seorang wanita yang mengalami trauma dan ingin membalas dendam dalam siri drama The Glory.


Siri itu telah disiarkan pada 30 Disember lalu dan bakal muncul dengan bahagian kedua yang dijangka akan menemui penonton pada Mac depan.




  





Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2023 01:29 PM | Show all posts
Erghhhh lambatnyeeeeeeeeee Part II..!!!!! meols rengsek ye season I tak habis balas dendam... rasa macam ko dah bagi syok sedap-sedap tapi tak ancut gitu.. hahahahaha... btw laki pompuan jahat tu dap-dap ye daddy tu.. emmm..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 02:05 PM | Show all posts
kalau dia ni, mmg layak pun rate bayaran mcm tu. berlakon dari zaman autumn of my heart lagi pon...soal diskriminasi tu takde. nama pun artis gred A kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la citer SHK yg best bg aku. Mmg layan. X cringe mcm citer dgn ex-husband dia. Cuma hero tu muda sgt, klu yg suami pembuli tu kena sikit dgn SHK.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 03:38 PM | Show all posts
can't wait for season 2
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 04:43 PM | Show all posts
sambaldurian replied at 30-1-2023 07:12 AM
Ni la citer SHK yg best bg aku. Mmg layan. X cringe mcm citer dgn ex-husband dia. Cuma hero tu muda  ...

A'ah...aku pun setuju. muda sangat hero nya
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2023 06:12 PM | Show all posts
best cite the glory ni.. pisangg nk tggu march oii
tah hapa2 style baru ke apo.. ber part 1 part 2 plak
abih kan jela haktuii btl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

25-3-2023 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.536401 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list