View: 1522|Reply: 20
|
[Tempatan]
7 petua rumah tangga kebal elak diserang ‘penyondol ‘, awas!
[Copy link]
|
|
Sekarang ini isu penyondol, si pihak ketiga yang menjelma dalam kehidupan rumah tangga pasangan lain semakin berleluasa. Perkara ini ibarat menjadi ‘trend negatif’ yang menjadi-jadi, di mana orang ketiga ini tanpa mempunyai segan silu berasa bahagia dan bangga menjadi seorang penghancur rumah tangga.
Melalui satu hantaran di laman Instagram milik Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, beliau ada berkongsi 7 petua nak kebal dari pihak ketiga yang menyondol dan kekal harmoni dalam rumah tangga. Bahaya kalau dibiarkan, orang sekarang makin lama, makin berani. Jom baca…
Ini 7 petua nak kebal dari pihak ketiga yang menyondol dan kekal harmoni dalam rumah tangga:
1. Sentiasa letakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah memang mengurniakan pasangan terbaik bagi kita.
Jika belum rasa dia terbaik dan banyak jumpa kelemahannya, bantu dia perbaiki kelemahan tersebut. Kerana satu hari nanti ia berubah menjadi kelebihan dan akhirnya berperanan sebagai pasangan terbaik sepanjang usia kita.
2. Sentiasalah memberi berbanding hanya menerima. Setiap hari kena renung semula, apa lagi kebaikan yang aku tak sumbangkan pada pasangan.
3. Sentiasa prihatin terhadap gerak hati isteri. Suami yang cemerlang menghormati pendapat pasangannya terutama perihal dirinya dan kasih sayang rumahtangga.
4. Sentiasa anggap konflik sebagai pintu mengenali pasangan dengan lebih akrab.
5. Sentiasa ingin berubah secara positif. Walaupun perubahan kecil, tetap kita raikan bersama pasangan.
6. Setiap malam kena saling bermaafan dengan pasangan sebelum tidur. Minta maaf macam kita minta maaf waktu hari raya tau. Barulah kita tidur dengan tenang dan esok bangun dengan ringan dan cergas.
7. Tidak berlumba nak menentukan pasangan betul atau salah. Apa yang penting adalah kebahagiaannya.
Anak cucu dan sahabat Tok Abah,
Tiada rahsia dalam rumahtangga, semuanya adalah soal dalam mencari keserasian, bertolak ansur, berusaha untuk membahagiakan serta sentiasa mengejar redha Allah yang mutlak.
Pasti, kita dapat wujudkan ‘taman syurga’ buat pasangan di atas dunia. Paling penting adalah kita berganding bahu bersama-sama menerokai kebaikan dalam diri pasangan dan diri sendiri.
Bila kita terlalu sibuk dengan pasangan maka tiada lagi ruang untuk sesiapa menyelinap masuk dalam rumahtangga kita. Biarpun kucing sendiri.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, semarak cinta bersama Tok Mak.
Sumber: Instagram Fadzillah Kamsah
https://siraplimau.com/ini-7-petua-rumah-tangga-kebal-elak-diserang-penyondol-awas/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Acik2 porem ada nk tambah tips2 lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 3-2-2023 10:13 PM
Acik2 porem ada nk tambah tips2 lagi?
8. If you can't beat em, join em!
 |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 3-2-2023 10:13 PM
Acik2 porem ada nk tambah tips2 lagi?
8. Lots of oral s*x
 |
|
|
|
|
|
|
|
Semuanya ketentuan Tuhan kata stad Fathul Bari. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini petua untuk suami kasi kurang merenyam. Tak tahulah berkesan ka idok dah namanya pun merenyam. Ubatnya nan satu tu jua.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aii dah tua .. kalau encik suami nak kawin lain lantak pi lah. Koser la nak menuntut ilmu itu ini. Dgn izin Yang Esa aii boleh survive dgn anak anak.
Rasa nak makan angin - gi makan angin
Rasa nak jumpa kengkawan - call them boleh gossip gossipan
Kalau malas layan jer cerita korea
Tak pun upload video utk channel Youtube daku yang idup segan mati tak mau
|
|
|
|
|
|
|
|
Takde tips
Kalau laki nak buat..dia buat juga..tak kira la ko miss universe ke apa..dia buat juga..doa jela banyak2 |
|
|
|
|
|
|
|
DARSITA replied at 4-2-2023 02:42 AM
Aii dah tua .. kalau encik suami nak kawin lain lantak pi lah. Koser la nak menuntut ilmu itu ini. ...
Kenapa hanya kerana ko dah tua? Baru datang kerelaan iteww? Jika ko ghaser he has been performing and executing his role well as a husbond to you and a father to the kids throughout your married life, and having another wife will not make his role any lesser, kenapa tidak beri dia izin while you are still young?
|
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 3-2-2023 10:13 PM
Acik2 porem ada nk tambah tips2 lagi?
9. Cari yg kurang hemsem. Kalau kena rampas pun tak sakit hati. Silap2 tak laku terus. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by VespaSilbe at 4-2-2023 05:30 PM
Nih berdasarkan melihat sekeliling ya
Jangan bawak kereta
Bagi laki jadi driver hatta nak beli bawang seulas
Sekolah tuisyen biaq deme hantar
Baru tok laki tak dak time nak curang |
|
|
|
|
|
|
|
10. tiru will dan jada smiths, open marriage jurr  |
|
|
|
|
|
|
|
misc replied at 4-2-2023 09:53 AM
9. Cari yg kurang hemsem. Kalau kena rampas pun tak sakit hati. Silap2 tak laku terus.
X nk kaka..Nanti zuriat muka basik.. dikutuk Ratu Gosip bernama Kurex!  |
|
|
|
|
|
|
|
laqoyah replied at 4-2-2023 05:40 PM
X nk kaka..Nanti zuriat muka basik.. dikutuk Ratu Gosip bernama Kurex!
 |
|
|
|
|
|
|
|
10. Sharing is caring |
|
|
|
|
|
|
|
misc replied at 4-2-2023 09:53 AM
9. Cari yg kurang hemsem. Kalau kena rampas pun tak sakit hati. Silap2 tak laku terus.
Yangg tak hensem pon kena caras |
|
|
|
|
|
|
|
banyakkanlah berdoa supaya sentiasa ditautka kasih sayang antara pasangan dan anak kerana Allah swt. Allah pemegang hati yang sebenar. selain usaha2 yg baik jgn dilupa berserah dgn Allah melalui doa2. tiada sesiapa berkuasa membolak balikkan hati sesiapa. |
|
|
|
|
|
|
|
misc replied at 4-2-2023 08:15 PM
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|