View: 5551|Reply: 4
|
Doktor Pelatih Sorok Kamera Dalam Gelang, Simpan Ribuan Foto Dan Video Por*ografi Kanak-Kanak
[Copy link]
|
|
Mahkamah Persekutuan Boston di Amerika Syarikat pada Selasa tidak membenarkan ikat jamin terhadap seorang doktor pelatih yang didakwa mengumpul koleksi por8ografi kanak-kanak, serta merakam kanak-kanak secara sembunyi semasa peperiksaan perubatan.
Dr Bradford didakwa polis, merakam dirinya memeriksa kanak-kanak menggunakan kamera yang disembunyikan dalam gelang.
 BayState Health
Susulan pendedahan itu, pangsapurinya di Amherst, Massachusetts, termasuk rumah agam ibu bapanya di Winchester digeledah pihak berkuasa dan menemui beribu-ribu imej dan video tidak senonoh melibatkan kanak-kanak yang disimpan dalam 61 peranti.
Dr Bradford juga dituduh menggunakan barang kemas yang dilengkapi kamera tersembunyi untuk merakam kanak-kanak seawal enam tahun.
Siasatan bermula pada Januari lalu selepas didapati imej terlarang melibatkan kanak-kanak bawah umur disyaki telah dimuat naik menerusi satu akaun Google.
Dua daripada muat naik tersebut dilakukan menggunakan alamat IP berhampiran sekolah perubatannya dan kandungan selanjutnya didapati telah dimuat naik di alamat IP di rumah keluarganya.
Tertuduh diarah Hakim Majistret, Jennifer C. Boal untuk berada dalam tahanan sehingga dibicara semula pada 21 Mac.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Muka macam gay kesepian dek. Macam akak lah tu dek.  |
|
|
|
|
|
|
|
kalau duduk sini, mesti aman2 je asalkan pandai  |
|
|
|
|
|
|
|
masuk jail ni lunyai kooo |
|
|
|
|
|
|
| |
|