View: 4852|Reply: 4
|
[Tempatan]
1,500 bubur lambuk air tangan Permaisuri Agong diagihkan kepada rakyat
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Setiap kali menjelang Ramadan, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang cukup dikenali dengan bakat dan kebolehan memasak, pastinya tidak ketinggalan menyinsing lengan baju menyediakan juadah bubur lambuk Pahang untuk diagihkan kepada rakyat.
Tahun ini, Tunku Azizah sekali lagi berkenan mencemar duli memasak resipi tradisi rakyat Pahang itu di pekarangan surau utama Istana Negara.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut mencemar duli membantu menyediakan juadah itu.
Seri Paduka Baginda berdua dibantu kira-kira 200 pegawai dan kakitangan Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN) yang bergotong-royong seawal 10 pagi tadi.
Tunku Azizah bertitah, bubur lambuk Pahang mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia menggunakan pucuk paku merah.
Bernama |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Why bubur Pahang. Diakan orang Johor?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak bubur tu macam sedap, teringin nak makan bubur lambuk sefood |
|
|
|
|
|
|
|
Bubur lambuk sesetengah negeri memang letak pucuk paku merah. I makan bubur lambuk terengganu pun ada pucuk paku merah. Semua pun special. Yih |
|
|
|
|
|
|
|
Sedap tak dia masak? Ada sapa2 pernah try? |
|
|
|
|
|
|
| |
|