View: 4261|Reply: 7
|
[Tempatan]
Tiada virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini
[Copy link]
|
|
Edited by Highflyer19 at 26-3-2023 12:24 AM
SEGAMAT - Tiada penyakit virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
Bagaimanapun beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan terus membuat langkah pengawasan bagi mengurangkan risiko penularan virus berkenaan.
Katanya, pengawasan dan pemantauan terutamanya di pintu masuk antarabangsa negara akan diperhebat selain mengikuti perkembangan virus berkenaan dari semasa ke semasa.
Namun, setakat ini belum ada apa-apa lagi yang dikesan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas Tinjauan Mesra Bazar Ramadan 2023 Peringkat Negeri Johor di Bazar Ramadan Sekijang, Taman Utama di sini pada Sabtu.
Beliau menasihatkan kepada rakyat Malaysia yang baru pulang dari Afrika untuk membuat pemeriksaan di hospital dan klinik berhampiran sekiranya menunjukkan gejala kesihatan yang merosot.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malawi mengeluarkan amaran mengenai penyakit virus Marburg yang setakat ini telah meragut lima nyawa di wilayah barat laut Kagera, Tanzania. - Bernama
https://www.sinarharian.com.my/article/251402/berita/nasional/tiada-virus-marburg-dikesan-di-malaysia-setakat-ini |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
aihh macam2 virus lahai keluar |
|
|
|
|
|
|
|
setakat ini......tingat...acaner kes pertama covid 'mai' Msia... |
|
|
|
|
|
|
|
Macam pernah dengar je skrip macam tu suatu masa dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Africa populasi tinggi, bakal.lubuk penyakit |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. tapi virus ni nak mai dari mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 26-3-2023 11:26 AM
Macam pernah dengar je skrip macam tu suatu masa dulu
Eh..eh...sama la yer ....cer sessper share info on marburg... |
|
|
|
|
|
|
| |
|