View: 1138|Reply: 45
|
[Tempatan]
5 kudapan enak dari Sabah dan Sarawak wajar dicuba
[Copy link]
|
|
Edited by mojarean_X at 18-5-2023 12:51 PM
Kuih sarang semut dari Sarawak mirip kuih karas dari Semenanjung. - Foto hiasan
Kemeriahan menjelang tiba apabila di Malaysia Timur warga tempatannya bakal meraikan dua perayaan terbesar mereka.
Di Sabah dan Labuan, Tadau Kaamatan disambut setiap tahun pada 30 dan 31 Mei, manakala suku Dayak di Sarawak menyambut Hari Gawai pada, 1 dan 2 Jun.
Memandangkan Tadau Kaamatan dan Hari Gawai sinonim dengan hasil tuaian lumayan, tidak
hairanlah makanan adalah antara aspek yang paling dinanti-nantikan.
Sempena cuti perayaan ini, pastinya ramai di antara kita yang tidak sabar lagi untuk berkumpul dengan keluarga serta sahabat sambil menikmati pelbagai makanan lazat.Mari kita kenali lima kudapan unik dari Sabah dan Sarawak yang wajib anda cuba.
1. Kuih sarang semut atau kuih jala
Sarang Semut dari Sarawak yang mirip dengan kuih karas dari Semenanjung ini diperbuat daripada adunan tepung pulut, tepung ubi kayu dan gula.
Ia digoreng panjang dan nipis, memiliki tekstur yang lembut serta sedikit kenyal. Kuih ini turut dikenali sebagai kuih jala, dan menjadi kegemaran kanak-kanak mahupun orang dewasa kerana tekstur serta rasanya yang lazat.
Ketika menikmatinya, kami mencadangkan agar anda menghayati setiap gigitan, kunyahan dan rasa kuih sarang semut yang rangup ini untuk meningkatkan meningkatkan kepuasan makan anda.
2. Penganan
Penganan dari Sarawak adalah makanan tradisional digoreng dengan adunan tepung beras, gula, dan santan.Kek mini' ini rasanya manis-manis dan sedikit masin, dengan memiliki bahagian luar yang rangup namun bahagian dalam yang lembut dan kenyal.
Ia sesuai dijamah ketika masih panas, tapi disebabkan ia makanan bergoreng, amalkan
kesederhanaan dan kawalan porsi dengan menikmati sekeping sahaja pada satu-satu masa.
3. Hinompuka (kuih pulut kukus)
Hinopuka, iaitu makanan tradisional Kadazan yang lazat. Kuih pulut kukus melekit dibalut
dengan daun pisang ini manis dan lemak berkrim dengan tekstur kenyal.
Sesetengah resipi menggunakan santan untuk meningkatkan lagi rasa lemak berkrim. Ada yang menggunakan gula merah untuk menambahkan rasa manis.Rasanya yang unik juga terhasil daripada penambahan ekstrak pandan, pisang atau keladi parut ke dalam adunan, menjadikannya pemanis atau kudapan sesuai bagi yang menggemari perisa lebih halus.
Selain mengawal kuantiti makanan, tingkatkan kepuasan deria anda dengan mengelakkan gangguan dan nikmati makanan anda dengan perlahan-lahan.
Sebelum mencapai kepingan hinompuka yang seterusnya, semak dengan diri sama ada anda sebenarnya sudah puas dengan kuantiti yang dimakan tadi.
4. Tebaloi
Tebaloi atau biskut sagu adalah makanan tradisional masyarakat Melanau, namun turut
mendapat permintaan tinggi dari serata Borneo.
Diperbuat daripada tepung sagu, kelapa, gula dan telur, tebaloi boleh didapati dalam pelbagai perisa dan warna-warna menarik.Nikmati kepingan tebaloi dalam porsi yang sederhana sambil menghayati tekstur, warna serta rasanya unik hasil daripada panggangan kayu api untuk meningkatkan pengalaman gastronomi anda.
5. Bambangan
Buah istimewa dari kepulauan Borneo ini sering dikelirukan dengan mangga.
Ia memiliki kulit coklat tebal dan haruman yang tersendiri, boleh dimakan masak atau dituai mentah untuk dijeruk dengan garam, parut biji bambangan, dan potongan cili untuk menghasilkan hidangan.
Jika dimakan begitu sahaja, bambangan mempunyai rasa masam dan unik yang serupa dengan mangga atau nangka.
Sama ada dinikmati mentah, dimasak atau
dijeruk, nikmatilah setiap kunyahan untuk meningkatkan kepuasan anda.Mencuba kudapan-kudapan lazat ini adalah cara terbaik untuk menghayati kekayaan warisan
budaya sambutan Hari Kaamatan dan Hari Gawai, sambil memuaskan selera makan anda. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa orang2 S'wak di Semenanjug tak nak buat kueh2 trs dn jual kat sini?
Satu lagi buah sayur yg saya suka ialah terug bulat S'wak, berwara kuning. Campur dlm gulai asam pedas, enak sagat. Petani2 S'jung pun tak ade pulak nak tanam pokok terung tu di sini. |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 18-5-2023 04:03 PM
Kenapa orang2 S'wak di Semenanjug tak nak buat kueh2 trs dn jual kat sini?
Satu lagi buah sayur yg s ...
try pi pasr borneo sri kembangan ari sabtu..kot2...ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Bambangan tu bau dia menyengat bila dah buat ala tempoyak.
Lama tak mkn buah tarap, member2 ckp makin mahal dah mcm harga durian. Apapun yg paling best kat sabah skrg ni dapat dok ranau je lah, cuaca sejuuukk. KL panas bahang. |
|
|
|
|
|
|
|
ada 2 the best food from sarawak is Laksa Sarawak dan umai ikan@udang

 |
|
|
|
|
|
|
|
nak try jugaa makanan sabah & sarawak sbb nampak menarik sngt. di kl ni memang tk dpt laa merasa |
|
|
|
|
|
|
|
mkanan dorg nmpk sedap.. tringin nk cuba mkanan org sabah.. pasal aku tngok iklan petronas tuu.. nasi ke pulut yg time osindak makan dgn nenek dia tuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
tu nasik weh, sbb pasal pesta kaamatan smbutan dorg kat sabah. yg iklan tu pun pasal mimpi padi si osindak. tapi iklan dia memang style 
|
|
|
|
|
|
|
|
Baru beli gula apong kat sarawak,sedap ya rasa gula tu.
Tp tak reti plak nk guna. Iols nk buh lam cendol so kena cairkan dulu la kan masak dlm periuk.
Beli dlm bekas ni takla keras pun gulanya lembik2 mcm gula tarik. Tp rasa sedap, mcm caramel butterscoth gituh.
Mmg rasa ori nya gitu yaa?ni mmg beli kat sarawak bkn order kat shopee so harap mmg original la.
Iols mmg penggemar gula merah/nisan/kerek/kabung/melaka bagai ni so ni nk try apong plak buh lam sambal tumis |
|
|
|
|
|
|
|
Wah menarik.. Baru tahu Sabah and Sarawak pun ada hasilkan banyak jenis kuah. Ada yang saya pernah rasa, ada lagi yang belum pernah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan? Tengok maca sedap je semua.. Budaya n makanan negeri Sabah and Sarawak macam seronok je untuk kita pelajari. Suka tengok tarian dorang and baju2 tradisional dorang yang mengikut adat, tak lapuk dek zaman. Cantik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yup, setiap negeri ada budaya and adat mereka tersendiri. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal tarian2 kat Sarawak, maybe boleh layan Iklan Gawai Petronas..
|
|
|
|
|
|
|
|
yumentos replied at 1-6-2023 09:09 AM
Yup, setiap negeri ada budaya and adat mereka tersendiri. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal tarian ...
Wahhh petronas pun ada buat iklan hari gawai eh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Petronas kalau bab iklan sentiasa win, kena tengok ni.. ada ke link dia?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada, setiap perayaan kat Malaysia ni, Petronas ada buat iklan ikut perayaan tersebut tau. Petronas anjurkan keistimewaan dalam kepelbagaian budaya, adat resam dan bangsa kat Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|