CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Gosip Socmed Lihat artikel

"Sebenarnya Rancang Hamil Anak Ketiga Lagi 5 Tahun" Anak Kedua Baru 6 Bulan, Fiza Frizzy Kini Hamil Lagi

29-11-2021 01:27 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 5700| Komen: 25

Description: Pengacara Fiza Saad atau lebih mesra disapa Fiza Frizzy, 33, yang selamat melahirkan anak keduanya enam bulan lalu mengesahkan dia kini sedang hamil anak ketiga.



Pengacara Fiza Saad atau lebih mesra disapa Fiza Frizzy, 33, yang selamat melahirkan anak keduanya enam bulan lalu mengesahkan dia kini sedang hamil anak ketiga.

Menurut pengacara rancangan Wow Shop ini, pada awalnya dia agak ragu-ragu sehinggalah dia ditegur oleh kenalannya untuk membuat ujian kehamilan.

“Saya baru sahaja melahirkan anak kedua, Mohd Fahad Syamel yang kini berusia enam bulan. Seperti wanita lain yang baru melahirkan, sudah pasti semuanya ingin kembali ke bentuk asal dan pasang badan semula.



“Apabila pergi ke gimnasium, bahagian badan lain semua menunjukkan perubahan, tetapi saya hairan kerana perut tak mengecil? Akhirnya saya ke sesi fitting baju dan dia bertanya mengenai bentuk perut saya.

“Dia meminta saya membuat ujian kehamilan. Saya buat kelmarin dan syukur Alhamdulillah, saya hamil. Saya masih belum pasti usia kehamilan, mungkin baru empat atau lima minggu. Selepas ini saya akan buat pemeriksaan lanjut apabila berjumpa doktor,” katanya.

Biarpun agak terkejut apabila mendapat tahu jarak kehamilan agak dekat, Fiza dan suami, Mohd Fazli Zulkifli tetap bersyukur dan gembira.

“Sebenarnya saya rancang untuk hamil anak ketiga lagi lima tahun, tapi rupa-rupanya rezeki Allah nak bagi lepas beberapa bulan kehadiran anak kedua. Apa pun saya mendoakan yang baik-baik sahaja, insya-Allah.


“Suami turut sama terkejut tapi tentunya dia gembira. Kalau nak tahu, sebelum kami dapat mengenai kehamilan ini, rezeki kami berdua mencurah-curah. Syukur Alhamdulillah, kami rasakan kami menumpang rezeki anak.

“Saya idam anak perempuan sebab sudah ada dua anak lelaki. Apa pun saya kita kisah mengenai soal jantina. Memadai anak yang bakal lahir sihat sempurna seadanya, kami sudah bersyukur,” katanya.


Fiza bertemu jodoh dengan jejaka pilihannya yang juga bekas pemain bola sepak Kuantan FA, Fazli Zulkifli, 39, pada 18 Februari 2018. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohd Faeeq dan Mohd Syamel. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 29-11-2021 02:42 PM
Maaf sapela ni ..tak kenal
Quote Rajawali 29-11-2021 03:09 PM
dah menutuh tak mau mau,buat buat terkejut pregnant pulak...pungkoq
Quote bondeh 29-11-2021 03:19 PM
murah rezeki sheolls erk semalam memula host kat RTM1 pastu terus g belakang pentas GV8. pakai baju sama je
Quote missyL 29-11-2021 03:33 PM
Hahaha. Rezeki. Mase lepas beranak. Mmg hormone lain mcm lol

Ptt la dok tgok wowshop asek pregnant je.
Rupenye pregnant baru dah hahaha
Quote hareeeesah 29-11-2021 04:34 PM
Orang lepas deliver kan lain-lain. Ada yang datang period elok normal ada yang tak. Hormone still tak balance so tak mustahil pun dia terkejut tak tau pregnant lagi..
Quote babelina 29-11-2021 04:40 PM
cousin aku..3ank berderet.. btl2 hbs pantang 2bln.. dia mengandung lg.. untung la subur.. aku je x dpt2 ank lg..hrp2 aku pn dpt la..
Quote Belibis 29-11-2021 05:25 PM
babelina: cousin aku..3ank berderet.. bt ...

Petua nak cepat hamil..suami rajin,isteri pemurah..
Quote Mopiko 29-11-2021 06:51 PM
Rajawali: dah menutuh tak mau mau,buat b ...


Tak pakai protection kot...pil condom semua tu

Quote kivio 29-11-2021 07:43 PM
Rajawali: dah menutuh tak mau mau,buat buat terkejut pregnant pulak...pungkoq


Haha tu lah aku duk pikir. Terkejut camno tuh?
Kalau dah tiap masa beromen, tak anak celah mana.

Quote Duta lover 30-11-2021 08:33 AM
Bodohnya.
Kalau kau terkejut sbb da merancang kehamilan barulah logic.
Tapi kalau bersetubuh mcm biasa tanpa protection or jenis rancang2 sendiri pastu ngandung nak terkejut ni mmg aku cringe dengar.
Quote babynina30 1-12-2021 07:28 AM
Lakinya herlok. Dan x seperti 39 thn
Quote cruz2 1-12-2021 08:08 AM
Tahniah! Iols suka fiza ni.mengacara smooth jer.beranak la ramai2 time muda ni.lgpon depa mampu
Quote awenda507 1-12-2021 09:06 AM
penah tgk dia live kat shopee..duduk bersila dgn pakai baju ala2 sejengkal je lg nk tunjuk tuttttt..bertalu2 org komen baru dia ubah posisi duduk.hahahha aku lak yg malu tgk dia buat gitu
Quote mamajawie 25-1-2022 10:32 AM
iollss anak baru 11 bulan tup2 iollss baru tau da preggy 2bln..haishhh..ingatkan x preggy sbab iolllss dulu mse nk dpat 2nd baby ni jarak 5 tahun..papepun rezeki cuma pasni iolls pakai perancang la lepas bersalin 3rd baby ni..
Quote pinkzara 26-1-2022 01:11 PM
Belibis replied at 29-11-2021 05:25 PM
Petua nak cepat hamil..suami rajin,isteri pemurah..

Tak jugak. I tak pemurah sgt. dan tak suka budak. Allah uji dgn bagi anak berderet.. takde la bengandung selang 2 bulan. tapi ni selang 2-3thn pun i rasa berderet gak ni. hahahah



Quote Belibis 26-1-2022 03:49 PM
pinkzara replied at 26-1-2022 01:11 PM
Tak jugak. I tak pemurah sgt. dan tak suka budak. Allah uji dgn bagi anak berderet.. takde la beng ...

Pemurah bagi bila suami mintak..
Quote bottombikini 30-1-2022 02:45 PM
pinkzara replied at 26-1-2022 01:11 PM
Tak jugak. I tak pemurah sgt. dan tak suka budak. Allah uji dgn bagi anak berderet.. takde la beng ...

iols fikir iols je manusia yg tak suka budak dalam dunia ni
ada juga yg camni rupanya ya


saja tanya, kalau uols tak suka budak camne uols mengadaptasi masa mula2 ada baby tu


Quote lilydandelion77 30-1-2022 09:21 PM
Sheols ni friendly gila! Jenis lincah, cergas. Takpalah selagi larat..beranak. lepas tu katup tutup..besarkan anak2 pulak. Ni jenis subur la. Asal terlepas je, menjadi
Ada jugak ye org dah 2022 ni masih tak tau kalau belum period lepas beranak tak bermakna kau boleh tembakan jitu atau pun cabut sebelum tembakan penuh
Yg pre tu pun boleh menjadi seketul bayi
Quote pinkzara 30-1-2022 09:32 PM
bottombikini replied at 30-1-2022 02:45 PM
iols fikir iols je manusia yg tak suka budak dalam dunia ni
ada juga yg camni rupanya ya

Kita punya Baby takde masalah.
Tapi I tak suka anak2 org yg mengada2 (dimata mak diorang, maybe anak dia cute. Tapi di mata kita anak dia mengada ya amat, mcm nak piat2 je).
terutama yang tengah melasak. Tambah pulak kalau mak2 nya jenis tak jaga anak, dia biar je anak dia melalak dan selekeh etc).

I rasa, punca I jadi mcm ni sbb I tak bebas di zmn remaja.
Anak2 sedara berderet 7org (3 ibu). masa tu semua umur 2,3,4,5 gitu.
Pastu kakak i biar je anak dia. Dia suruh I jaga (I rasa dia pun jenis tak suka budak). Dah tu kita plk kena jaga anak dia. Dah la dia garang asik nak marah aku je.
I rasa ni lah puncanya.

Bawah I ada 3 adik. tapi adik2 I semua behave, mak I jaga betul dan tak harapkan I jaga.


Lihat semua komen(25)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-6-2022 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.089776 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top