CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Banyak Babak Panas, Fasha Sandha Tak Kisah Dikecam Jadi Sugar Mommy

22-9-2022 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3244| Komen: 33

Description: Melakonkan watak 'sugar mummy' dalam drama terbaru, Rampas Cintaku, aktres jelita, Fasha Sandha sedar dirinya menjadi sasaran dan 'bahan' netizen sebaik naskhah disiarkan, esok.
Melakonkan watak 'sugar mummy' dalam drama terbaru, Rampas Cintaku, aktres jelita, Fasha Sandha sedar dirinya menjadi sasaran dan 'bahan' netizen sebaik naskhah disiarkan, esok.


Namun, Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 38, percaya watak Datin Safieya yang menjalin hubungan dengan remaja digelar 'anak ikan' dalam drama terbabit, tidak lebih daripada paparan realiti kehidupan hari ini.

Foto: IG

Mengaku terkejut sebaik menerima skrip drama terbitan MIG Productions itu, Fasha bagaimanapun mahu melihat perkara itu dari sudut positif.

"Walaupun ada babak panas, saya lebih mementingkan pengajaran yang ingin disampaikan. Saya tahu kumpulan digelar 'jabatan netizen' akan menjalankan tugas mereka.


"Namun, saya tidak kisah kerana hanya bekerja menjayakan karakter.



"Saya hanya mahukan lakonan tampak 'real' dan saya mahu penonton tahu kisah seperti Datin Safieya yang menjalin skandal dengan 'anak ikan' memang wujud.

"Perkara ini tidak pernah dipaparkan secara mendalam dalam mana-mana naskhah.

"Melalui drama Rampas Cintaku, penonton dapat melihat bagaimana hubungan terlarang antara wanita berusia yang sudah berkahwin dengan gigolo," katanya pada sesi tayangan drama terbabit di Dadi Cinema di ibu negara, baru-baru ini.



Drama Rampas Cintaku berkisar rencam hidup Datin Safieya yang menjalin hubungan dengan 'anak ikan' serta konflik rumah tangga dengan suami, Datuk Jefri lakonan Zarul Husin disiarkan platform iQiyi, mulai esok.

Drama ini dilancarkan secara global di platform iQiyi dan iQiyi International merentasi 191 negara dan wilayah.

Fasha yang juga ibu kepada tiga anak mengaku bimbang lakonannya dalam drama terbabit tidak 'sampai' berikutan tiada pengalaman bercinta dengan 'anak ikan'.


"Semestinya saya berdebar andai lakonan tidak tampak 'asli'. Saya tidak pernah bercinta dengan mereka yang berusia lebih muda.

"Saya juga tiada kawan yang mempunyai hubungan seperti itu. Jadi, saya terpaksa rujuk kepada pengarah untuk membawa watak itu.

"Namun, saya seronok menjayakan drama ini dan berharap penonton dapat membuka minda mereka agar menjadi lebih positif.

"Saya dapati pengarah, Ejump Mohd sangat terbuka dan dia memberi kebebasan kepada kami untuk mencorakkan watak," katanya.



Fasha banyak merujuk kepada Ejump, termasuk berbincang dengan pelakon lain, terutama Afieq Shazwan yang menghidupkan karakter 'anak ikan' dikenali sebagai Rizal dalam drama itu.

Namun, biarpun perlu melakonkan aksi panas, Fasha tidak keterlaluan dan masih menjaga batas atas status sebagai isteri orang.

Fasha tidak bimbang kerana suaminya, Aidil Aziz turut membintangi drama berkenaan.



"Dalam set penggambaran, saya adalah Datin Safieya. Sebaik sahaja pengarah sebut 'wrap' (habis kerja), saya adalah isteri Aidil.

"Apa yang saya buat dalam drama ini hanyalah mengikut permintaan naskhah.

"Setiap apa yang kita buat, pasti ada batasan dan pengajaran. Sebagai pelakon, saya harus bersikap profesional," katanya.

Selain Fasha, Zarul, Afieq dan Aidil, melodrama ini menampilkan Ady Mohammad, Erynn Abdullah, Zarynn Min, Puteri Balqis dan ramai lagi. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kepot 22-9-2022 01:12 PM
lawa fasha ni tapi masih berisi lagi.
Quote cikatilia 22-9-2022 01:59 PM
ala... xhensem nya anak ikan dia
Quote Purplehaz 22-9-2022 02:05 PM
Asal ada fasha drama tu mmg best..
Quote LadyCarefree 22-9-2022 02:11 PM
Memang realiti pun hal gini. Dari zaman my mom lagi sbb dia ada kenalan retis yg terjerbak jd hanak hikan datin2.
Quote Perawankota 22-9-2022 02:38 PM
Ooo laki dia pon berlakon jugak dlm drama ni.. Anyway, tak semua anak ikan tu hencem... Janji mummy suka.. Tak gituuu
Quote selipar_hijau 22-9-2022 02:50 PM
amik la aedy ashraf tu jd anak ikan baru padan
Quote Mulotkoyak 22-9-2022 03:01 PM
Wahhh citer iols dh kuar zaman iols jd hanak hekan dh berlalu.
Quote dekmieDandy 22-9-2022 03:02 PM
mungkin dia selera anak ikan rempit, mana kita tahu kan

Quote Amelyn22 22-9-2022 03:46 PM
Kepot replied at 22-9-2022 01:12 PM
lawa fasha ni tapi masih berisi lagi.

At least tak ubah muka mcm nowa
Quote afie_m 22-9-2022 04:03 PM
cantik dia ni..
Quote casper2022 22-9-2022 04:07 PM
bangga ke anda sebagai isteri dan ibu melakonkan babak panas ? apa perasaan anak2 melihat ibu mereka beraksi sedemikian. hurm..
Quote miu84 22-9-2022 05:35 PM
Uiiii cam best citer ni. Tapi kat Iqiyi la pulak.
Quote bintangct 22-9-2022 11:01 PM
casper2022 replied at 22-9-2022 04:07 PM
bangga ke anda sebagai isteri dan ibu melakonkan babak panas ? apa perasaan anak2 melihat ibu mereka ...

tu la.. nnti bila dh berhijab mula la suruh tutup aib la apa la Tp masa skg ni tak nak fikir benda ni akan effect masa depn
Quote Addrianna 22-9-2022 11:15 PM
Aku pulak letih tengok dia sauk semua job x apalah kumpul duit lah sekrg nanti bersenang kemudian
Quote Addrianna 22-9-2022 11:17 PM
Next thread misti pushit akan berbunyi dengan tajuk diatas tapi kau x berbunyi  hairan pulak aku nanti misti dia fans pasha
Quote dudaberhias 22-9-2022 11:22 PM
cerita dia menarik dan jarang2 la orang nak buat cerita realiti apa yang berlaku kat malaysia ni sebab takut kena kecam... cumanya sugar baby tu semua tak herlokkk... yang dah kertu pun di ambik jadi sugar baby... kalau rhoper2 gitu... bayar rm5 pun iols tak rela... lebih rela acik2 marhaen beli kucing atau binatang peliharaan, kurang2 boleh jadi pembelai kesunyian....
Quote Kancilkering 22-9-2022 11:29 PM
no wonder buat surgery nk kurus….tpi respect le dia memang committed pada kerja…periuk nasik dia…
Quote tulip-rain 22-9-2022 11:41 PM
Bosannya tengok muka kau fasha..
Quote TerataiMelur02 22-9-2022 11:49 PM
tulip-rain replied at 22-9-2022 11:41 PM
Bosannya tengok muka kau fasha..

Lagi rela tengok fasha dari mira basic

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-10-2022 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.073308 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top