CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bapa Tiri Dari Neraka Ditahan

22-9-2022 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6777| Komen: 120

Description: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pukul remaja perempuan yang merupakan anak tirinya seperti tular di media sosial.
Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pukul remaja perempuan yang merupakan anak tirinya seperti tular di media sosial.

Penahanan itu dibuat berikutan laporan dibuat mangsa berusia 19 tahun pada 18 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat yang mengesahkan penahanan itu berkata, remaja itu mendakwa dirinya cedera dipukul suspek yang merupakan bapa tirinya.


TANGKAP layar kecederaan yang dialami seorang remaja perempuan dipercayai dipukul bapa tirinya yang dimuat naik mangsa dalam Instagram miliknya. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL

“Pada 19 September lalu, tular dalam media sosial berkaitan laporan polis beberapa keping gambar seorang perempuan dipercayai dipukul oleh bapa tirinya.

“Susulan itu, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis (IPD) Kerian menerima satu laporan polis yang bertarikh 18 Ogos lalu yang dibuat oleh pengadu.

“Pengadu mendakwa mendapat kecederaan akibat dipukul oleh bapa tirinya dan hasil siasatan mendapati suspek merupakan bapa tiri kepada mangsa.

“Lelaki tersebut ditahan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Difahamkan, kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan akibat mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumahtangga.


Sumber: Utusan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 21-9-2022 04:54 PM
Ko ada carut kat mak ko ke sampai ayah tiri boleh naik hantu?
Quote lattehazelnut 21-9-2022 05:02 PM
Cilaka nye mak.. darah daging sendiri kne sampai teruk camtu siap nak suruh anak maafkan bapak tiri..
padahal in future mak dia pun bakal kena penarajang..
Quote Friska 21-9-2022 05:05 PM
[fbp]https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02CtgMLTVUekrHEFwGVE7HWVrDwiXmgDnj1F6Ao9bbFpPPpi7L8hVL2ooU1fNBCQh6l&id=100008204014610[/fbp]

[fbvlink]https://www.facebook.com/100008204014610/videos/pcb.3331792640437504/1376096146127392[/fbvlink]









Quote jazaa100 21-9-2022 05:22 PM
ezacbee replied at 21-9-2022 04:54 PM
Ko ada carut kat mak ko ke sampai ayah tiri boleh naik hantu?

Tak....

Aku rasa dia carutkan bapak tiri bewak tu...sbb tu mak dia tanak back up dia......
Quote Artemesiaa 21-9-2022 05:27 PM
Macam tu ler rata2 bila dah berbapak baru maknya mana nak backup dia lagi
Quote Friska 21-9-2022 05:45 PM


(Audio) 'Hangpa tak layak digelar mak ayah!' - Remaja dakwa dipukul bapa tiri hingga cedera & ibunya tak tolong
21 Sept 2022

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun mendakwa dia telah dipukul oleh bapa tirinya sehingga mengalami kecederaan teruk di bahagian muka.

Menurut laporan polis yang dibuat mangsa pada jam 6.33 petang Ahad lalu, 18 September 2022, mangsa terdahulu berjumpa dengan ibu kandungnya pada Sabtu jam 11 malam di Parit Buntar, Perak.

Bagaimanapun, berlaku pertengkaran di antara mereka yang menyebabkan bapa tirinya keluar dari bilik air dan terus menampar pipi, menendang bahagian belakang badan dan memijak kepalanya.

[fbvlink]https://www.facebook.com/100008204014610/videos/1376096146127392/[/fbvlink]

Tambah mangsa lagi, lelaki itu sekali lagi menendangnya di hadapan pintu rumah. Mangsa yang mengalami kecederaan kemudian dibawa oleh rakannya pulang ke rumah bapanya.

"Akibat dari kejadian itu, saya mengalami bengkak di bahagian pipi kiri, kepala, belakang badan serta kaki kanan dan kiri berasa sakit," kata mangsa.

Mangsa pada keesokkan harinya pergi ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan dan doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan, termasuk pengelihatan matanya terjejas akibat dari kejadian itu.

Gambar-gambar dan audio mangsa menjerit ketika dipukul bapa tirinya kini tular di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen yang mahu pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap bapa tiri mangsa.

https://www.thereporter.my/2022/ ... gelar-mak-ayah.html
Quote prettyuglybabe 21-9-2022 05:48 PM
nak dengar cerita sebelah lagi..
apa punca bapak tiri naik hantu belasah anak..
teenager kan..
umur tengah rebel ni macam-macam..
apa pun, memang gila la belasah anak macam tu..
anak pompuan pulak tu..
gila punya jantan..
Quote surih07 21-9-2022 06:16 PM
gilaa betul pukul sampai camtu
Apa pun kene dgr statement dua pihak
Adala tu trigger dia time meluah2 tu
Quote umbut 21-9-2022 06:27 PM
Dengar audio dia aku lak yg nangis... Dari kecik kena dera. Mak pak dari neraka tu wujud.. Kalo aku cepat2 keluar umah xmo balik2 lagi. Boleh trauma mental.. Tapi tazah semah kata kena maafkan mak pak utk hilangkan beban
Quote alieyrina 21-9-2022 07:37 PM
Bagus kau repot polis cepat2. Jgn tggu 4 5 tahun  baru nak repot
Quote sukacactus 21-9-2022 07:42 PM
Ishhh nak terkeluar gak airmata dgr audio tu
Tp nak jg dgr apa kesah sebenar dr pihak satu lg
Apa pun kekerasan xmenyelesaikan apa2
Menambahkan masalah lg ada
Quote dua_chzy 21-9-2022 07:46 PM
Pompuan sundal patutnya usah beranak pinak .

Seteruk mana pun si Dahli carutkan mak pak tiri dia, dia tak patut dibelasah seolah tenaga dia sama level dengan pak tiri sampai pak tiri tu guna sepenuh tenaga belasah dia habis habisan.
Quote Suchi 21-9-2022 10:32 PM
Tak berani nk dengar audio takut takleh tido, tak kira laa apa salah dia sekalipun tp bukan dgn belasah sampai gitu.
Kalau mati cemana? Lelaki jenis apa yg pukul2 pompuan ni?
Nak tahu gak apa motif bapak tiri dia belasah teruk2 gitu
Quote lyshafull 21-9-2022 11:16 PM
Dgr audio tu xde lak dia maki2 teruk
Mcm ade rasa hormat lagi kat mak pak dia
Bk harapkn mnteri dyrg sibuk pasg badan jaga muka
Ni mak dia jenis aslkan berlaki ke ape
Moga adik ni dapat ditempatkan jauh dri mak pak bodoh bebal nie ish
Quote cmf_premierleag 21-9-2022 11:19 PM
Walau akak x kenal kau dik, tp akak harap Tuhan lindungi kamu dr manusia2 durjana di luar sana....pesan akak, belajar rajin2 n make sure try apply job di negara lain.pastu merantau dan bina hidup sendiri dan semoga ketemu bahagia
Sedih baca bila mak kandung sendiri menangkan bapak tiri dia..sah la mak dia gila batang
Quote cmf_premierleag 21-9-2022 11:22 PM
hoi Rinaceros Harun...sila jalankan t/jawab kamu sbg menteri
Remaja perempuan seperti kes ni patut dilindungi oleh JKM
takkan nk tggu jd mayat kut.
Quote caramello 22-9-2022 02:10 AM
Mujur x dirogolnya ko dik..aku yakin klo kena rogol sekalipun, mak ko tetap akn backup bapak tiri setan ko tu..rasa puas je dgr ko maki hamun mak bapak yg xlayak bergelar mak bapak tu..
Quote sangbara2020 22-9-2022 09:17 AM
siannya......
Quote Friska 22-9-2022 09:42 AM
Edited by Friska at 22-9-2022 09:46 AM

Instastory, ndak ngerti saya gimana mau tempel videonya di sini

https://www.instagram.com/stories/highlights/18014726086450866/

[ig]https://www.instagram.com/stories/highlights/18014726086450866/[/ig]

Lihat semua komen(120)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-10-2022 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.096560 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top