CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Polis Buru Lelaki Panah Anjing Sampai Mati Di Setapak

26-9-2022 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 687| Komen: 3

Description: KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan lelaki bunuh anjing liar dengan menggunakan busur panah di Sky Awani 3, Setapak, di sini seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan lelaki bunuh anjing liar dengan menggunakan busur panah di Sky Awani 3, Setapak, di sini seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.


Rakaman ideo berdurasi 18 saat itu memaparkan seorang lelaki memiliki busur serta anak panah mengekori seekor anjing dan memanah haiwan tersebut.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, laporan tersebut dibuat orang awam yang terkesan dengan video tersebut pada pukul 10.31 pagi hari ini.

Foto: Kosmo

“Kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 29(1)(e), Akta Kebajikan Haiwan 2015( Akta 772) dan Seksyen 6 (1) Akta Kakisan dan Bahan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.


“Polis masih meneruskan siasatan dalam usaha mengesan suspek dan memohon kerjasama mana-mana saksi awam yang melihat kejadian yang berlaku untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Susulan itu, orang awam yang mempunyai maklumat dalam kejadian ini, boleh menyalurkan maklumat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau DCC IPD Wangsa Maju di talian 0392899110. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 26-9-2022 02:35 PM
Baguslah sbb meolss hate stray vicious dogs
Quote fortiori13 26-9-2022 09:15 PM
Jahatnya buat binatang gitu...
Quote Adrif 27-9-2022 02:17 AM
hm? keciknya bow dia
shortbow? traditional bow?

that body size though. budak sekolah menengah?
still.. bunuh haiwan di usia muda, psikopath mungkin?
tapi psikopath sangat la calculative, this one is quite.. obvious..

yet, why bow untuk bunuh anjing? maksud aku, pesalah laku atas kekejaman terhadap haiwan lain, selalunya guna cara lebih kurang untuk bunuh haiwan liar.

is it for fun? pleasure? test skill archery?
or ada motive lain? dendam? marah?
I mean, kat taman perumahan lama aku dulu, ada sorang pakcik ni tembak banyak anjing liar, sebab ada kes gigit budak sekolah.

ahh, speku dalam porem cari ni apa je dapat

Lihat semua komen(3)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-2-2023 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.085833 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top