CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Mizz Nina Punca Avaa Vanja Dalami Islam Dan Pakai Tudung

26-9-2022 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2330| Komen: 14

Description: Sepuluh tahun tidak bersua muka, namun perkongsian Mizz Nina tentang ilmu agama di media sosial menjadi pendorong buat pelakon Avaa Vanja untuk berhijrah serta mendalami ajaran Islam dengan lebih baik ...
Sepuluh tahun tidak bersua muka, namun perkongsian Mizz Nina tentang ilmu agama di media sosial menjadi pendorong buat pelakon Avaa Vanja untuk berhijrah serta mendalami ajaran Islam dengan lebih baik.


Avaa, 42, yang kini tampil berhijab memberitahu dia sering membaca perkongsian sahabat lamanya itu di Instagram dan disebabkan itu juga ia telah mengerakkan hatinya untuk menyertai salah satu program keagamaan yang turut menampilkan Nina sebagai salah seorang panel.

Foto: IG

"Nina adalah sahabat lama saya, tetapi kami sudah lama tidak berhubung... rasanya sudah lebih 10 tahun kami tidak berjumpa. Perkongsiannya tentang agama selama ini membuatkan saya sentiasa rasa dekat dengannya.


"Saya dapat tahu Nina terlibat dalam salah satu program dan terus beli tiket untuk menyertainya. Saya berdoa untuk bertemu dengan Nina jika ini adalah satu permulaan baru dalam hidup saya.

"Perkongsian Nina selama ini adalah salah satu sebab untuk saya berubah. Pertemuan kami semalam (Ahad) sangat bermakna walaupun hanya sempat berbual cuma seketika," katanya kepada mStar.



Dalam pada itu, Avaa berkata, serangan kebimbangan melampau (anxiety) yang dihadapinya turut membuka hatinya untuk mencari makna sebenar dalam kehidupan.

Akuinya, sebelum ini dia terlalu sibuk mengejar hal duniawi sehingga membuatkan dia tidak pernah berasa puas dengan apa yang dimiliki.

"Beberapa bulan lalu saya terlibat dalam sebuah penggambaran drama dan ketika itu saya rasakan dikelilingi persekitaran yang toksik! Situasi itu membuatkan saya diserang anxiety sehingga tidak boleh keluar rumah.

"Banyak perkara yang saya fikirkan dan Alhamdulillah sekarang saya sudah dapat jawapan. Semoga jalan ini berkekalan. Hari ini apabila bangun pagi, saya rasa puas dengan kehidupan baru ini," jelasnya.

Mahu terus mendalami ilmu agama, Avaa juga memaklumkan sudah mendaftar untuk mengikuti pengajian agama di sebuah cawangan universiti di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun kata pelakon ini, perubahannya itu bukan bermaksud dia akan meninggalkan dunia seni tetapi sebaliknya berharap dapat berkongsi ilmu penghijrahan bagi memberi manfaat kepada orang lain di masa hadapan.

"Kalau mahu mendekati usaha dakwah, saya perlu cukupkan ilmu di dada. Jadi saya mendaftarkan diri bagi mengikuti pengajian Islam di sebuah universiti.

"Saya tetap akan berlakon dan mahu kongsi ilmu yang bermanfaat kepada ramai orang selepas ini," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chekacheku 26-9-2022 06:03 PM
Alhamdulillah avaa..semoga istiqomah dan sabar dlm..nghadapi pelbagai cabaran..
Quote dejure 26-9-2022 06:39 PM
Artis wanita bila bertudung ni sbb nak cover rambut aje dari uban..mcm shiera ijoy tu dia kata dulu dia bertudung sbb tak larat selalu kena warnakan rambut.
Quote missyL 26-9-2022 10:01 PM
Alhamdullilah
Ava ni lawa..
Dpt laki abusive tros hilang seri
Semoga berseri kembali
Quote mamastoney 26-9-2022 10:07 PM
Ni bukan 1st time sheols bertudung....lepas kawen dgn ek lakinya, dia tk aktif dlm industri, tp keluarkan produk kecantikan berasaskan kunyit....dia bertudung  elok je, bdn pun menggemuk. Pastu bila marriage dia start bermasalah, pelan2 dia cabut tudung semula, then kembali aktif berlakon, off tudung terus. Syukur la skrg dah kembali bertudung. Harapnya istiqomah la yerrr.
Dia time muda dolu, joined grup Elite....time tu kurus, mmg cun, smpai boleh takel anak Taib Mahm*d. Tp kena physical abuse......ms dia berlakon Kak Limah pun, masih lawa. Feature muka dia ada aura seksi semulajadi..
Quote dua_chzy 26-9-2022 10:13 PM
Avaa ni bagi ai, laawa tapi macam tak menonjol kelawaan dia.
Quote sharlenetexas 26-9-2022 11:09 PM
Masa sheols bbnu dulu hot nya dia.


Quote mendeluk 27-9-2022 05:44 AM
dejure replied at 26-9-2022 06:39 PM
Artis wanita bila bertudung ni sbb nak cover rambut aje dari uban..mcm shiera ijoy tu dia kata dulu  ...

Color rambut hitam tahan sampai bila?
Quote lasagna 27-9-2022 08:23 AM
mamastoney replied at 26-9-2022 10:07 PM
Ni bukan 1st time sheols bertudung....lepas kawen dgn ek lakinya, dia tk aktif dlm industri, tp kelu ...

lorrr ex dia abusive kaa? kesiannya dgr..
rsenya iols tgk dia last msa cite antu kak limah tu ler..
pastu tak nmpk dah dia berlakun.

Quote Nnasda53 27-9-2022 09:31 AM
Alhamdulillah,semoga terus istiqomah.
Quote Safirania 27-9-2022 09:35 AM
Avaa vanja ni aku ingat dia pasal watak hantu bau sabun popinjay
Quote casper2022 27-9-2022 09:48 AM
Alhamdulillah.... terus kan ...
Quote ainonymous 27-9-2022 10:54 AM
masa sehols muda dulu hot gilerrrrrrr. skrg dah mcm mak-mak la kann..standard la
Quote prince_marhaen 27-9-2022 11:36 AM
sheols dengan Mona Allen sebijik muka adik beradik... dulu sheols hot gila..muka seksi effortless..muka mahal.. harap sheols pasang badan balik..
Quote dudaberhias 27-9-2022 11:38 AM
alhamdulilah la... berbaloi bercerai dengan laki panas baran tu...
teruskan istiqomah... kadang2 bukan kita tak nak berubah tapi laki2 yang mencomotkan kita macam contohnya kondo retak dengan datin pangsapuri tu...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-2-2023 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.084222 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top