CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Demi GV9 Dan Netizen, Tom Nekad Tanggalkan Dreadlocks,"Tak Akan Buat Lagi, Sakit!"

27-9-2022 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5985| Komen: 85

Description: Tom bakal tampil dengan imej terbaharunya di pentas Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) Ahad ini apabila mengambil keputusan untuk menukar gaya rambut jenis dreadlocks yang sinonim dengan dirinya.
Tom bakal tampil dengan imej terbaharunya di pentas Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) Ahad ini apabila mengambil keputusan untuk menukar gaya rambut jenis dreadlocks yang sinonim dengan dirinya.


Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram berkata, keputusan itu dibuat kerana sedar tidak ramai yang boleh menerima penampilannya itu selain ingin membuktikan dia bersungguh-sungguh untuk kembali ke persada muzik tempatan.

Foto: IG

"Sebenarnya berat hati nak tanggalkan dreadlock ini tetapi untuk GV, saya kena tukar penampilan.

"Bukan semua orang boleh terima imej saya ini. Demi buat comeback saya sanggup," katanya kepada mStar.


Dalam pada itu, Tom berkata, meskipun berasa sedih terpaksa mengubah imej tersebut namun itu adalah kali terakhir dia akan tampil dengan rambut dreadlocks.



Tom memberitahu, dia sudah puas dengan imej dibuat sejak 2007 selain tidak sanggup mengharungi proses mengikat dreadlocks yang menyakitkan.

"Barangkali ini yang terakhir dan saya tak akan buat dreadlocks lagi... sakit!

"Kali ini memang akan buka terus. Kalau dah buka nanti, tak tahu macam mana rupanya. Kalau boleh selepas buka rambut ini, saya tidak mahu tunjuk kepada sesiapa sehinggalah persembahan minggu ketiga Ahad ini," ujarnya.



Kata Tom, sejak 2007 dia sudah tiga kali memasang dan membuka ikatan rambut dreadlock dengan anggaran harga di antara RM800 sehingga RM1,000.

Sementara itu, Tom mengaku menyesal mencacah tatu pada tubuhnya disebabkan terpengaruh dengan rakan-rakan suatu ketika dahulu dan menyifatkan perkara itu sebagai isu sensitif buat dirinya.




Meskipun tidak dapat memutar waktu, namun Tom berazam untuk membuang tatu tersebut sekiranya mempunyai rezeki suatu hari nanti.

"Mestilah menyesal, tapi benda pun sudah berlaku... kalau nak buang pun lagi sakit daripada buat dan kosnya mahal. Insya Allah kalau ada rezeki, memang saya nak buang tatu menggunakan lazer yang tidak menyakitkan.





"Walaupun bertatu, tapi saya tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Islam dan selebihnya saya tawakal sahaja kepada Allah," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 27-9-2022 11:26 AM
BAGUSLAH BUANG....meols tak sanggup nak bayangkan semua crew, mua, designer, dan rakan artis menahan hidung bau kepam, hanyir & peluh kering rambut tu sehingga akhir GV...ada bakat, tonjolkan bakat, bukan imej pelik2 gitu.. kita ni yang tak basahkan rambut sehari pun dah tak selesa bau rambut, apatah lagi sejak 2007 ye..
Quote bulanbulat 27-9-2022 11:50 AM
Cantik tom ni. Klasik muka dia
Quote babelina 27-9-2022 11:53 AM
elok la.. nmpk kepam sgt ko nie.. rasa nk di basuh dlm mesin basuh..
Quote ezacbee 27-9-2022 11:54 AM
Geli tengok rambut ni..

Harap2 dia boleh menang GV. Tibe.
Quote irvene 27-9-2022 11:57 AM
lama dh la tak mandi wajib ye?
Quote TomyamPuteh 27-9-2022 12:00 PM
Full pakej. Rambut deadlock + tatoo. Mandi wajib tak? Tok aji jiran saya suruh tanya.
Quote laksmanabentan 27-9-2022 12:07 PM
TomyamPuteh replied at 27-9-2022 12:00 PM
Full pakej. Rambut deadlock + tatoo. Mandi wajib tak? Tok aji jiran saya suruh tanya.

tok aji taste ker dgn tom tu... siap tanya2...
#tanyajer

hahahhaa...
Quote lazim 27-9-2022 12:10 PM
Kadang2 xphm dgn manusia sendu yg nk jd retis.  Xkji ke sentimen masyarat..  Klu dh rmbut kepam org mlyu mn minat..  Org mlyu minat retis image sopan..  Rambut mop ni org mlyu cop x smyang lerr tewww.
Quote shernazz 27-9-2022 12:10 PM
Ahhh sudah lah kau...
Masih terkenang laginkebusukan kau tu..
Masih busuk.lagi
Quote mawarkhayalan99 27-9-2022 12:24 PM
finally sheols buang jugak rambut kepam ituuu. tak sabar nak tgk new look sheols
Quote prettyuglybabe 27-9-2022 12:25 PM
dah beranak pinak pun nak rebel..
satu geng dengan makgad..
Quote hasniey 27-9-2022 12:29 PM
lazim replied at 27-9-2022 12:10 PM
Kadang2 xphm dgn manusia sendu yg nk jd retis.  Xkji ke sentimen masyarat..  Klu dh rmbut kepam org  ...

Mcm mana nk smyang kalau buka bru 3 kali dr 2007.
Mne telus mandi wajib tiap2 bulan
Quote Note8687 27-9-2022 12:30 PM
Kalau pejam mata time dia bercakap, mcm suara eina kan. Manja je bunyi.
Quote bottombikini 27-9-2022 12:39 PM
elok lah apa pekdahnye pon
Quote KamikuP 27-9-2022 12:50 PM
Tapi suara dia sedap dan unik meolls like... tapi tu le dah imej dreadlock ni sah2 tak mandi wajib khuenzz
Quote myvi132806 27-9-2022 12:55 PM
dah jadik mak-mak dah puuunnn ...
tunjuk yang elok2 je la depan anak2 ..
Quote mamajawie 27-9-2022 01:15 PM
Dreadlock ni bukan ke payah nak basuh ke memang tak perlu basuh?iyerrkkk
Quote tikusmontok 27-9-2022 01:16 PM
Awak nampak busuk
Quote casper2022 27-9-2022 01:16 PM
mcm mn nk syampoo rmbut tu?

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-2-2023 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.098150 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top