CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Kaut Semua Job, Tak Memilih Watak- Ameerul Asyraf Tengah Berusaha Glamourkan Diri

27-9-2022 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1951| Komen: 24

Description: Minat mendalam pada karier seni mendorong pendatang baharu, Ameerul Asyraf Mohammed, 30, berusaha mencari ruang dan peluang untuk menempatkan dirinya sebagai pelakon dikenali.
Minat mendalam pada karier seni mendorong pendatang baharu, Ameerul Asyraf Mohammed, 30, berusaha mencari ruang dan peluang untuk menempatkan dirinya sebagai pelakon dikenali.


Pernah menyertai pertandingan Mr Planet pada 2017 dan muncul juara ketika itu, ia adalah platform untuk Ameerul mengejar impiannya dan tidak sedikit pun berasa 'terlewat' kerana baginya perlu berani untuk mencuba dulu.

Foto: IG

Bertemu dengannya pada sesi fotografi baru-baru ini, Ameerul berkata, dia juga tidak kisah dengan watak diberikan asal sesuai dan boleh dibawanya sebaik mungkin.

Katanya, sebagai pelakon baharu semestinya belum masa untuk dia bersikap memilih.




"Buat masa ini, saya okey saja dengan watak diterima yang menjurus sebagai pelakon pembantu. Untuk saya, masih banyak watak perlu dicuba untuk menimba pengalaman dalam lakonan termasuk watak jahat.

"Saya boleh saja berlakon watak baik atau jahat kerana ini tanggungjawab pelakon. Seronok juga kalau dapat melakonkan watak jahat kerana penonton cepat mengenali kita.

"Apatah lagi, sekarang ini di media sosial cepat saja perkongsian dibuat. Jadi, jika lakonan dipersembahkan berkesan dan 'viral', ia juga membantu menaikkan nama seseorang pelakon itu dengan pantas," katanya.



Ameerul yang kini sudah membintangi lebih enam drama berkata, lakonannya yang berkesan dan masih diingati segelintir penonton adalah drama Leftenan Zana di TV3 pada 2019 sebagai Kapten Mustaqim.

Katanya, dia bersyukur dapat membintangi drama terbitan JS Pictures itu yang menggandingkannya dengan pelakon berkaliber lain seperti Janna Nick, Redza Rosli, Tunku Hanis, Nazrief Nazri termasuk penerbit Sheila Rusly sendiri.



"Kini saya mengharapkan supaya terus mendapat peluang dalam industri untuk menyerlahkan bakat. Tak dinafikan, perlu bersaing dengan bakat baharu yang ramai, namun saya akur bukan mudah untuk mengorak langkah hingga berjaya.

"Saya akan terus mencuba dan sentiasa percaya kepada rezeki Allah. Malah, walaupun agak berliku dengan pelbagai cabaran yang mendatang, ia adalah ujian kehidupan dan saya sedia menghadapinya dengan cekal," katanya.



Selain Lefternan Zana, antara drama lain pernah dibintangi Ameerul sebagai watak pembantu ialah Syurga Untukmu, Bougainvillea, 28 hari Mencari Cinta, Ancak dan Kerana Setitik Susu.

Masih lagi bujang, Ameerul berkata, sehingga kini dia belum memikirkan soal jodoh.



Katanya, bukan tidak mahu berumah tangga dan memiliki keluarga sendiri, tetapi dia perlu mengukuhkan kewangan dan menstabilkan kariernya dulu.

"Hendak memikul tanggungjawab sebagai suami dan ketua keluarga tidak mudah. Bagaimanapun, saya percaya kepada jodoh dan biar Yang Maha Kuasa tentukan. Buat masa sekarang, saya perlu menstabilkan karier dan kewangan. Alhamdulillah, keluarga amat memahami serta memberi sokongan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DayangKirana 27-9-2022 02:47 PM
rempit sangat la muka tu...aura B40 kuat sangat..
polish la dlu kalau nak meletup..
Quote cikatilia 27-9-2022 03:51 PM
tgk muka buat nak kalih ke channel lain aje..
Quote tootii 27-9-2022 04:32 PM
aku je ker yg tak kenal mamat nih ?
Quote Pak.dolla 27-9-2022 04:39 PM
Ini pun siapa pulak?
Dh 30an tu tak lewat ke nk glamer?
Quote jijilaaa 27-9-2022 04:41 PM
ini 2nd lead pun belum tentu boleh jual...tukar profesion la dekk...
Quote KamikuP 27-9-2022 04:56 PM
Nama tak glemer dekk.. cer tukar nama dan buat video leak ke OF ke pasti namamu menjadi bualan di twidderjaya dekkk
Quote Ferr_Remy 27-9-2022 05:10 PM
X paham aku retis sendu dgn acah2 instafemes kat Msia ni followers semua 20k ke atas. Padahal sendu jer. Retis ensem2 omputeh gred B berlakon Netflix satu dunia tgk pun byk yg bawah 10k jer followers.
Quote prince_marhaen 27-9-2022 05:18 PM
nama macam budak-budak muda urban macam aeddy ashraf, tapi wajah dan umur terlalu rempit ye.... dengan rambut messy macam tu...badan ketul tapi tak groom elok, mr.palnet ke kapten planet ke tetap ye dalam kategori ....."who are yussss??"
Quote prince_marhaen 27-9-2022 05:21 PM
Ferr_Remy replied at 27-9-2022 05:10 PM
X paham aku retis sendu dgn acah2 instafemes kat Msia ni followers semua 20k ke atas. Padahal sendu  ...

followers boleh beli uols....ape gile 75k follow sebab apaaaa...sendu di aidilfitri je..nak tahu beli ke tidak, tengok engagement likes & comment..kalau sendu...banyak tu je lah yang real followers pun..



Quote Ferr_Remy 27-9-2022 05:27 PM
prince_marhaen replied at 27-9-2022 05:21 PM
followers boleh beli uols....ape gile 75k follow sebab apaaaa...sendu di aidilfitri je..nak tahu b ...

Kenss.. tp klakar plak tgk instatipufemes acah2 wat review brg2 dr company beso hahaha
Quote unguaurora 27-9-2022 05:29 PM
Iols menahan diri utk tidak membody shaming org.
Lmbt sgt muncul jd retis. Bbnu biasanya belasan tahun atau awal 20an. Dh 30an ni, byk jd watak bapak org je la
Quote tobobon 27-9-2022 06:28 PM
Watak utama...mungkin tidakkk

Mungkin watak kawan jumpa kat kedai makan..borak2 kejap..
Quote laksmanabentan 27-9-2022 06:40 PM
Juara Mr Planet????
pertandingan apa tu nokksss...
Quote laksmanabentan 27-9-2022 06:41 PM
https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... eki-juara-mr-planet

masa 2017 ni wangi ler gakkk...
kenapa 2020 mcm kepam sikit ekkk...
Quote dudaberhias 27-9-2022 06:41 PM
jual produk je lah dik... produk pembesar... kalau rhoper gini jadi pelakon pembantu pun belum tentu ko top...
Quote DeLuna85 27-9-2022 08:15 PM
Serabai mcmni susah la nak popular. Glow up sikit bang
Quote Kentot_Wangi 28-9-2022 01:04 AM
Jambukan diri dulu..
Quote slyfynx 28-9-2022 01:15 AM
Harap maaf tuan. Muka kurang komersial.
Sedikit feminin, tapi bukan jambu.
Mmg agak payah nk laku.
Ade je muke x hensem, tp ade nilai komersial.
Tp yang ini, frankly, agak susah nk jadi watak utama.
Tempelan maybe, and yang jahat2 je
Quote slyfynx 28-9-2022 01:16 AM
Ferr_Remy replied at 27-9-2022 05:10 PM
X paham aku retis sendu dgn acah2 instafemes kat Msia ni followers semua 20k ke atas. Padahal sendu  ...

Followers 75k
Likes tiap2 post 1k pun x sampai kekadang.
Paham2 la ye

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-2-2023 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.085234 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top