CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Baru 3 Bulan Kahwin- Isteri Panas Baran, Suka Mencarut Dan Maki Hamun Suami, Mulut Sentiasa Cakap "Ceraikan Aku"

16-11-2022 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2830| Komen: 22

Description: Lazimnya, majoriti individu mengaitkan sifat panas baran dengan kaum Adam.
Lazimnya, majoriti individu mengaitkan sifat panas baran dengan kaum Adam.

Namun kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini menceritakan hal sebaliknya apabila dia bertemu jodoh dengan seorang wanita yang memiliki sifat sedemikian.


Dalam luahannya, lelaki yang tidak mendedahkan identiti itu berkata, dia tidak tahan dengan perangai baran isterinya sehinggakan perkahwinan yang dibina sejak tiga bulan lalu dirasakan seperti satu kesilapan.


Gambar Hiasan

"Aku kenal dia dah lama since zaman universiti, hampir tujuh hingga lapan tahun. Dia hati dia baik, cuma perangai baran dan cepat burst buat aku tak tahan. Dia cepat melenting dan tak boleh kena tegur, semua kena ikut caranya.


"Kalau tak ikut cara dan rentak dia nanti mulalah bergaduh. Aku ni pula tak ada la maksum, bukan 100 peratus sempurna, tapi aku cubalah sabar, lagi-lagi baru tiga bulan kahwin," kongsinya dalam satu luahan yang disiarkan di laman Twitter @twtmalaywedding.

Sepanjang usia perkahwinan, pasangan ini terpaksa menjalani hubungan jarak jauh kerana masing-masing mempunyai komitmen kerjaya di negeri yang berbeza.



"Lepas kahwin kami belum sewa rumah atau beli rumah lagi sebab keluarga dia ada bisnes dekat Selangor dan aku handle bisnes sendiri dekat Melaka.

"Sekarang dia tak bekerja, baru habis masters, dan ada la tolong sikit-sikit bisnes famili dia. Bermakna, punca pendapatan kami adalah daripada aku. Aku tak kisah sebab ia adalah tanggungjawab aku dan aku okay.

"Tapi ini bukan pasal duit tapi pasal sikapnya yang baran dan cepat burst. Kau bayangkanlah, dia sangat mudah untuk keluarkan kata-kata maki dekat aku.

"Aku tak minta dia sembah cium kaki aku, tapi cukuplah cakap elok-elok dengan aku. Dan perkataan 'cerai', 'lepaskan aku', 'I regret marrying you' senang sangat keluar dari mulut dia.

"Aku speechless, apabila aku being unresponsive terhadap baran dia, dia hantar pula borang cerai dekat aku," luahnya.

Tambah lelaki tersebut, pernah terjadi satu peristiwa di mana dia dituduh dan dimaki wanita tersebut hanya kerana terpaksa pulang ke Melaka untuk menyiapkan urusan kerja.

"Masa aku baru sampai Melaka untuk buat job bisnes aku, dia demam dan keracunan makanan dekat rumah di Selangor, tapi aku memang tak dapat patah balik pada hari sama dan hari-hari seterusnya sebab aku kena settlekan kerja.

"Kalau aku tak buat kerja ni, mana nak datang income? Dah lah aku seorang yang kerja. Dia marah aku, maki-maki aku kata aku abaikan dia, padahal aku keep on checking up with her sister, parents in law, call dia, ambil tahu pasal dia.

"Dan aku dah minta maaf banyak kali dah sebab aku tak dapat balik. Tapi dia masih marah dan maki-maki aku," kongsinya.

Ujarnya, peristiwa tersebut benar-benar membuatkan dia buntu sehingga terfikir sama ada mahu meneruskan perkahwinan ataupun berpisah.

"Aku sedih isteri aku senang nak marah, maki hamun aku tapa rasa bersalah pun. Salah ke keputusan aku kahwin dengan dia? Patut ke aku teruskan perkahwinan ni?," soalnya meminta pandangan netizen.

Menyusuri komen netizen, rata-ratanya memuji sikap sabar lelaki tersebut namun menasihatkannya agar bertindak menegur sikap isteri demi kebaikan perkahwinan.

"Nasihat aku, communicate dulu. Kau sebagai lelaki nasihat apa yang patut. Cerita pasal tujuan sebenar korang berkahwin. Explain baik-baik pasal adab suami isteri.

"Bagitahu saja direct apa yang kau tak suka mahupun dia. Berbincang! Then bawa terus jumpa pakar kaunseling

"Ini ujian awal kahwin. Syaitan paling benci orang nikah. Jadi bersabarlah, Allah bersama orang sabar. Dalam tempoh setahun kalau tak ada perubahan, it's your call," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 16-11-2022 03:48 PM
Ko cerai je lah noks pompuan mulut puaka ni.. hujung2 nnti dia meroyan le mcm Lufya tiak lecak dan RR
Quote Meiizu 16-11-2022 04:05 PM
Dpt laki baran awat org suruh sabar syorrggaa.
Dpt bini baran awat takleh sabar
Quote copy_paste 16-11-2022 04:30 PM
owhhhhhh patut la x kena bare ni be
Quote nurul_akmar 16-11-2022 04:59 PM
Baca komen kat bawah tweet tu, gerun betul. Yg screenshot ex bini maki laki dia. Pon sama jugak. 3 bulan je kawen
Quote gideoncross 16-11-2022 05:33 PM
KamikuP replied at 16-11-2022 03:48 PM
Ko cerai je lah noks pompuan mulut puaka ni.. hujung2 nnti dia meroyan le mcm Lufya tiak lecak dan R ...

Aiol pun stuju tang cerai kn tu, asek nak maki hamun tnpa sbb, iol klau dlm keadaan cmni pun iol mlas nak tahan lama & netz boleh plak sruh sbar, lanjioooo.
Quote Adrif 16-11-2022 06:23 PM
aku malas layan kes manusia baran ni

selalunya cakap apa pun tak jalan. emosi dah membutakan mata, memekakkan telinga

maka, aku kunci mulut, palingkan muka aku dan dada aku ke arah lain, berlalu pergi. baik aku blah daripada tambah luka dan barah

takde istilah, "Dia ni mulut je jahat, hati baik.", nope. no such thing
percakapan tu cerminan hati.
baik hati dia, baik la bahasa dia. buruk hati dia, buruk la bahasa dia. simple

kadang2 bercakap nak ke syurga, pakaian ahli syurga
tapi perangai macam VVIP ahli neraka
Quote lightheaded67 16-11-2022 08:06 PM
Istigfar mintak ampun bnyk bnyk la dek. Mana tau awk dgn anak beranak kurang ajar tak bsebab,  kawen dpt bini cash dari langit.
Quote Supersirap 16-11-2022 08:18 PM
Susah juga jika dapat isteri atau suami yang baran, tahap kesabaran kena tinggi
Quote lanacondor 16-11-2022 09:02 PM
Kalau sblm kawen ok tp lps kawen je panas berubah perangai elok la g berubat.. Kazen iols gini la rupa2 de saka keturunan.. Sian tau.. Kalau xkuat iman mmg la sng cerai..
Quote makita 17-11-2022 07:59 AM
Biasanya lah kan..baik suami atau isteri yg meratip berzikir ugut cerai ni ..bila pasangan dorg yg pasif tiba2 ckp 'okay kita proceed proses cerai'...terus diam terkejut konon2 mcm x dpt terima hakikat akam berpisah.

Dia x tahu pasangam yg kene ugut cerai cerai ni tersiat2 hati sampai dpt kekuatan utk lepaskan jodoh dari neraka ni
Quote maharani_gebu 17-11-2022 03:29 PM
faktor paling nyata benda jadi gini sebab PJJ jer...

terjadi pada diri sendiri beb... bila PJJ ni banyak bnda susah nak berkompromi... sedangkan itulah tips paling teratas kalau nak PJJ...

laki ni dah kenal bini dia bertahun beb... PJJ time bercinta tak sama dengan lepas nikah...

my advise... si bini kena ikut laki dok sama, buat bisnes sama... baru keadaan blh tenang...
Quote Cassieopeia 17-11-2022 03:40 PM
kenal kemain lama 7-8 taun tp kawin terus lain perangai. takut de org dengki hantar bende je.. try la berubat. bincang elok2
Quote minguk 17-11-2022 04:30 PM
semoga abang tabah ya,
Quote ladybugz 18-11-2022 01:09 AM
maharani_gebu replied at 17-11-2022 03:29 PM
faktor paling nyata benda jadi gini sebab PJJ jer...

terjadi pada diri sendiri beb... bila PJJ ni b ...

yg ni i stuju. maybe ada aje pasangan yg mampu pjj wlpn dah lepas kahwin but for me it is not healthy to keep doing it for a long time. i for one, entahla gave up my permanent job after marriage n rela ambil job yg less pay n x permanent just because to be with my husband. masa tu i rasa sgt berat tp i cekalkan hati sbb i think the marriage institution mcm janggal kalau tinggal berjauhan. i am not saying every wife should give up her job tp husband n wife wajib kena ada perancangan utk tinggal bersama once married. kalau the marriage does not work pon we know that we have tried our very best to keep it together.
Quote eyansss 19-11-2022 05:44 AM
makita replied at 17-11-2022 07:59 AM
Biasanya lah kan..baik suami atau isteri yg meratip berzikir ugut cerai ni ..bila pasangan dorg yg p ...

sangat betul...  aku ada kawan yang laki dok ratib cerai setiap hari mostly masa awal perkahwinan...  sikit2 : kalau camni baik kita cerai je...  susah sangat - kata dia...  pastu makpak adik perempuan kaki hasut...  gigih la kawan aku sabar...  sekali, one fine day, kawan aku meletup n terus setuju bila laki ugut nak cerai, siap ajak makpak mertua sekali pegi mohon cerai, terdiam terus anak beranak...  
serious aku tak suka orang ugut2 cerai semata2 nak pasangan tunduk kat telapak kaki dia (dan mertua dan iparduai lahanat)...
Quote Vellfire 19-11-2022 10:05 AM
Ko kan lelaki
Takkan tak boleh nak fikir
Kalo dah perempuan dah tak hormat kita
Baik tinggalkan jer dia bang
Quote maharani_gebu 21-11-2022 09:02 AM
ladybugz replied at 18-11-2022 01:09 AM
yg ni i stuju. maybe ada aje pasangan yg mampu pjj wlpn dah lepas kahwin but for me it is not heal ...

Ai ni sedang PJJ.. dah hampir 11 bulan... 6 bulan pertama mmg panas sokmo rumahtangga ai... hampir 4x nak naik tangga pejabat agama...

semua punca dari isu remeh temeh sangat...

masuk bulan ke 7 baru sikit-sikit mula faham dan boleh tolak ansur...
sekarang pun dua-dua masih dalam fasa berhati-hati sebab emosi masing--masing sangat fragile bila PJJ ni...

si laki kalau sayang rumahtangga dia, dia kena guna psikologi tuk pujuk bini dia follow dia. Bini baran takleh guna kekerasan...

Lgpun bini dia bukan ade komitmen sgt just bantu family bisnes... and her parent pun takleh nak halang sebab isteri wajib ikut suami...

ai doakan diorang kuat dan dapat selamatkan rumhatangga dorang...aamiin...


Quote salimrock 21-11-2022 09:46 AM
kalo bangsa melayu diorang pn ada consultant perkahwinan tp dlm kata lain nye bomoh . dukun

selalu nya cm kes2 cam ni alasan dia bini kau ada saka... laki kau ada saka..

Quote sufi^_^ 21-11-2022 10:30 AM
Hidup ni pilihlah untuk bahagia, dan hidup dengan maknusia baran memang susahlah nak bahagia. Hari2 nak kena makan caci maki, dengar jerit pekik tengking, sikit2 mengamok sikit2 merempan.

Hati boleh tenang ke cam tu?

cerai jelah dik, find your happy.

Lihat semua komen(22)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2023 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.090996 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top