CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Penat Aku Nak Cuci Kencing Berak Kucing Jiran", Pemuda Makin Stres, Jiran Pula Pura-Pura Tak Ngaku

23-11-2022 08:45 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 7032| Komen: 159

Description: Bukan semua bernasib baik mempunyai jiran yang memahami, tidak penting diri dan menghormati jiran tetangga.


Gambar hiasan


Bukan semua bernasib baik mempunyai jiran yang memahami, tidak penting diri dan menghormati jiran tetangga.

Itulah yang dialami oleh seorang pemuda yang membuat luahan di Facebook mengenai sikap jirannya terhadap kucing peliharaan sehingga mengganggu ketenteraman dia sekeluarga.

Menurut Arif Nizam, dia terpaksa menahan sabar apabila saban hari berdepan bau busuk akibat lambakan najis kucing disekitar rumahnya, lapor Mstar.



"Dikurniakan jiran-jiran yang mencintai kucing. Malangnya tidak menghormati jiran tetangga.

"Kucing nak datang main silakan aku boleh layan. Tapi kalau dah kencing berak kat rumah aku, Macam mana aku nak layan"

"Penat aku nak kena cuci kencing berak kucing jiran,: luahnya menerusi halaman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.

Lebih malang kata pemuda itu, jiran-jirannya tidak pernah mengaku apabila ditanya mengenai najis tersebut, sekali gus membuatkan dia semakin geram.

Rata-rata netizen turut mengecam pemilik kucing itu dan menceritakan pengalaman sama apabila berdepan jiran yang menjadi pencinta kucing.

"Percayalah apabila sekali dia dah kecing dan berak dia dah tanda tempat tu dia akan terus buat sebab bau dia melekat kat situ. Aku dah puas kena macam ni jira jenis pencinta kucing tapi yang bernajisnya rumah kita."

"Kes macam ni cekup tahi dia letak depan rumah owner. Kalau tak masuk kepala otak juga memang owner dia gila"

"Moga tuan kucing tersebut dipersoalkan di akhirat kerana tidak menjaga keharmonian untuk tetangganya," tulis beberapa netizen.

Namun tak kurang juga mengatakan ia hanyalah perkara kecil saja dan tak perlu diperbesar-besarkan.

"Aduhai, bnde kecik je bang, umah aku kucing tah mana berak dlm palsu, berak atas lantai, basuh je, kite bkn hidup dlm syurga, dunia sentiasa ade masalah, Bani melayu xkan maju kalu masalah kecik terus nk share merintih kt public, baik ngn haiwan Tu sunnah, mudahkan urusan pon sunnah, ingat X hadis org badwi kencing dlm masjid? Nabi suh bilas je, xyah rumitkan bnde" kata Fahmi Imba Aziz.

Adakah anda juga mengalami masalah yang sama seperti pemuda ini? Apa saranan anda untuk meneyelesaikan kes seperti ini dari berulang? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 23-11-2022 08:11 AM
Amenda ni?

54-3000-0 (1).jpg
Quote Kitty_catz 23-11-2022 08:21 AM

IMG_2573.JPG
Quote bakingsoda 23-11-2022 08:22 AM
ntah2 betul je cite jiran tu kucing tak bertuan. biasanya kucing tak bertuan dia tak nak berak rumah yg bagi dia makan sbb nnt berbau kat makanan dia, jd dia cari tempat lain utk membuang aku letak mknn dgn litter box skali kat porch tapi kena jauh/ada penghadang antara tpt makan dgn litter box.
Quote supernaturalee 23-11-2022 08:24 AM
bakingsoda replied at 23-11-2022 08:22 AM
ntah2 betul je cite jiran tu kucing tak bertuan. biasanya kucing tak bertuan dia tak nak berak rumah ...

owhhh
padan laaa

ok2
Quote ChildrenOfBodom 23-11-2022 08:25 AM
beli la daiso cat repellant boh kat kawasan rumah hang,

Quote pinggan 23-11-2022 08:31 AM
Kat Malaysia boleh ke buat report kat majlis daerah ke majlis perbandaran utk kucing2 bertuan yg duk berak kencing kat rumah kita?
Mcm US boleh kan.

Bang, ye la tu. Jiran tu mesti jenis kesian bagi makan je kat kucing tu. Tapi x bela pun bg masuk rumah etc. Jadi mmg bukan kucing dia la
Quote SedihPedih 23-11-2022 08:34 AM
ChildrenOfBodom replied at 23-11-2022 08:25 AM
beli la daiso cat repellant boh kat kawasan rumah hang,

i rasa x jalan la benda ni. U try jadi ke?
Quote apam 23-11-2022 08:35 AM
Kasi makan la kat kucing tu baru dia tau tu tmpt dia makan. Kucing pun tau dont shit where u eat. Jiran2 kau semua dah tau tektik tu. Nampak sgt kau kemut
Quote ayahibu85 23-11-2022 08:36 AM
some people dah cukup stress dengan kehidupan seharian
so keje membersihkan najis kucing akan add the burden into their life

sebab...kalau kucing dah sekali berak, dia akan berak lagi ktsitu
cat owner kenala bertanggungjawab kalau membela
elakkan menyakiti hati jiran tetangga
Quote ChildrenOfBodom 23-11-2022 08:39 AM
SedihPedih replied at 23-11-2022 08:34 AM
i rasa x jalan la benda ni. U try jadi ke?

tak totally menghalau kucing, depa mai tapi tak berak..
dulu kat rumah kucing2 ni selalu dok atas bumbung rumah, then kadang2 dia berak, so letak atas tu beberapa ketui, dia x berak dah...
Quote bakingsoda 23-11-2022 08:39 AM
pinggan replied at 23-11-2022 08:31 AM
Kat Malaysia boleh ke buat report kat majlis daerah ke majlis perbandaran utk kucing2 bertuan yg duk ...

boleh  dah ramai pon kucing mati kena bunuh sbb manusia rasa kucing tak layak hidup atas bumi ngan dorang. yg buat kandang semata2 nak kurung kucing sampai mati pon adoo. nun di negeri acah2 zuhud mmg sial gila
Quote apech 23-11-2022 08:40 AM
SedihPedih replied at 23-11-2022 08:34 AM
i rasa x jalan la benda ni. U try jadi ke?

Menjadi kaka sedih. pun jenis tak larut kalau kena hujan. Pecahkan bagi ketul kecik dalam sebunjut camtu. letak dekat tepi2 dinding.

Bau dia pun blh tahan busuk perit.
Quote bakingsoda 23-11-2022 08:41 AM
ni lagi kes wayang buat tandas kucing https://www.facebook.com/100064616113079/posts/477380407759159/?mibextid=Nif5oz
Quote saviour_09 23-11-2022 08:42 AM
kucing aku 10 ekor tapi main dalam porch rumah je

sesekali aku lepas diorang gi la main sebelah2 je pun

tapi nak berak kencing pandai balik cari litter box

& kucing2 jiran aku pun pagi petang datang paw makan aku bagi je

kalo ko berak aku scoop buang

malas nak besar benda kecik

buat sakit kepala naik darah tinggi je

hidup bukan lama menongkat langit

tapi tu la tu

lain padang lain belalang
lain orang lain ragam
Quote akies 23-11-2022 08:42 AM
pinggan replied at 23-11-2022 08:31 AM
Kat Malaysia boleh ke buat report kat majlis daerah ke majlis perbandaran utk kucing2 bertuan yg duk ...

Boleh je buat aduan kt majlis perbandaran.
Amik gambar siap2 sebagai bukti.
Jiran iols siap amik sekor kucing yang asyik datang ke rumah dia..pi bawa ke kedai dia dan lepaskan di sana
Quote bakingsoda 23-11-2022 08:44 AM
SedihPedih replied at 23-11-2022 08:34 AM
i rasa x jalan la benda ni. U try jadi ke?

ada lagi satu nama gel kencing harimau, yg tu org kata dgn anjing pon jadi. bukan racun tapi repellent jugak, bau dia kot buat haiwan tak nak datang rumah korang.
Quote cranell 23-11-2022 08:50 AM
bagi vietnam je setel masalah
Quote mekfazura 23-11-2022 08:53 AM
Malang sungguh nasib dia. Aku alhamdulillah dapat jiran yang penyabar dan pendengar yang baik, tak pernah tunjuk muka atau balas cakap aku... tiap kali aku mengadu yang kucing dia berak dalam lama rumah aku , dia selalu sedekahkan senyuman dan selang seminggu selalunya dia akan mengadu kat aku yang kucing dia hilang...aku sedekah senyuman... inilah cara hidup berjiran... kes taik pun nak bawa isu.

nota kaki : sekarang racun tikus jenis biskut mmg susah dapat ke?
Quote cmf_ctrl 23-11-2022 08:59 AM
banyak je kes macam ni. jiran bodoh fikir minat dia je.kalau kurung je kucing lepas dalam rumah dia tak apa lah jugak,. tu komen yang kata benda kecik je bang mesti jiran bangkai yang bela kucing perangai hamsap jugak.. bodoh

Lihat semua komen(159)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2023 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.119674 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top