CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Hawa Rizwana Takut Terlebih Gedik Nanti Orang Menyampah Tengok

23-11-2022 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1250| Komen: 12

Description: Lebih lima tahun menjadi pembaca berita dan mengacara program serius menjadi lembaran indah dalam kerjaya Hawa Rizwana.
Lebih lima tahun menjadi pembaca berita dan mengacara program serius menjadi lembaran indah dalam kerjaya Hawa Rizwana.

Pengalaman itu cukup mendewasakannya untuk cuba perkara baharu.

Foto: IG

Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 27, akhirnya memutuskan untuk melebarkan sayap lebih tinggi.

Diumumkan hos tetap program sensasi MeleTOP baru-baru ini jadi pemula langkahnya.



Yang pasti, timbul perasaan bercampur baur walaupun dia sudah memegang tugas pengacara profesional.

Mana tidaknya, program hiburan adalah satu 'dunia baharu' yang asing baginya buat masa ini.



"Sangat-sangat berdebar sebab satu dunia baharu. Dulu mula kerja pada 2017, saya terus baca berita dan wartawan. Sangat serius, 'straight forward', belajar pun kewartawanan kan.

"Untuk cakap lebih tak boleh sangat, tapi benar-benar mengujakan. Ini sebab baru dapat nampak sisi seronok dalam dunia kewartawanan ini. Yang boleh jadi diri sendiri dan gembirakan orang.

"Saya buat ini kerana nak buat orang gembira. Bila tengok hiburan, nama pun menghibur, insya-Allah bila tengok saya dan Nabil yang kelakar itu, orang terhibur," katanya.


Hawa menyifatkan keputusan menyertai bidang hiburan adalah langkah besar buatnya. Tidak menafikan menjadi wartawan sebati dengan dirinya, namun dia perlu ada fokus jelas.

Disebabkan itu, dia sangat bersyukur mendapat dorongan positif ramai untuknya menakluk dunia baharu ini. Walaupun masih kekok, dia perlu buktikan dia boleh dengan iringan kerja keras.

"Bidang sebelum ini, bidang yang saya sangat minat. Tapi, untuk buat kedua-duanya, serius dan hiburan agak bercanggah sebab dua genre berbeza. Bagi saya, kalau minat mana pun dan ingin jadi serba boleh, tapi kita kena ada fokus.



"Memang rasa kekok sebab saya buat berita sejak umur 22 tahun. Lima tahun buat perkara serius, tiba-tiba buat hiburan. Tapi, saya belajar banyak daripada orang lain dan kawan-kawan serta keluarga suruh 'enjoy' saja.

"Rakan hos lain pun suruh jadi sendiri saja sebab risau kalau terlebih 'gedik' atau kasar buat orang terasa. Saya pun baru sangat dan banyak lagi nak kena belajar," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 23-11-2022 11:04 AM
memang kena gedik ke?
Quote prince_marhaen 23-11-2022 11:36 AM
TETAPIII...estro amik ko jadi hos meletop pun sebab muka ko sama ngan jahlop je pun....nak harapkan kau yang suara plain, bosan, control cun...lambettt lagii...kelakar apatah lagi.. tunggu je lah abis kontrak.. for sure semusim je..
Quote aciksenah 23-11-2022 11:50 AM
Tapi tak dinafikan dia pandai bergaya... Walaupun kadang2 memang nampak gedik..ha..ha...Tak ada orang lain ke nak jadi pengacara melodi??
Quote KamikuP 23-11-2022 01:00 PM
Tapi dia shomel meolls like.. ekekeke
Quote maxim 23-11-2022 01:07 PM
"Saya buat ini kerana nak buat orang gembira. Bila tengok hiburan, nama pun menghibur, insya-Allah bila tengok saya dan Nabil yang kelakar itu, orang terhibur," katanya.

gembira jubo kau la..makin stress aku tgk meletop tu
Quote rain2169 23-11-2022 01:16 PM
ok je dia ni...
i lagi suka Hawa dari Lopa.....
you go girl  
Quote laksmanabentan 23-11-2022 03:26 PM
maxim replied at 23-11-2022 01:07 PM
"Saya buat ini kerana nak buat orang gembira. Bila tengok hiburan, nama pun menghibur, insya-Allah b ...

hahahahaa...
Quote bankerpencen 24-11-2022 12:12 AM
Tak perlu pun gedik… jadi lebih bersahaja pun ok
Quote rosedemon 24-11-2022 10:06 AM
masalahnya ko mmg dah buat org menyampah
Quote ren14 24-11-2022 12:39 PM
memang tak tengok pon.kozerrrr
Quote puteribunga 24-11-2022 12:51 PM
mmg dah tak layan meletop
Quote emera 24-11-2022 12:54 PM
Tengok gambar tu ingatkan ina naim.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.076603 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top