CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Dikutuk Bela Anjing, Fezrul Khan Kata Dah Rujuk Al-Quran

23-11-2022 05:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1794| Komen: 15

Description: Fezrul Khan berkata dia menjadikan al-Quran sebagai rujukan sebelum memelihara anjing bagi tujuan menjaga kebun miliknya.
Fezrul Khan berkata dia menjadikan al-Quran sebagai rujukan sebelum memelihara anjing bagi tujuan menjaga kebun miliknya.

Menyedari batas hukum sebagai seorang Muslim, Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidui, 40, memberitahu dia menjadikan kitab suci itu sebagai panduan menjawab sebarang keraguan.

Foto: IG

"Sebenarnya susah nak cakap hal ini sebab banyak sangat pandangan. Bagi saya, ikut sahaja al-Quran.

"Apa pun yang saya buat kenalah rujuk al-Quran dahulu sebab Allah turunkan kita suci ini sebagai panduan," katanya kepada mStar.


Fezrul berkata demikian ketika sidang media drama lakonan terbaharunya berjudul Aku Seorang Perempuan yang diadakan secara atas talian pada Rabu.

Drama ini merupakan adaptasi novel tulisan Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin memaparkan perjalanan kisah peribadi penyanyi Siti Nordiana.

Mengulas tentang kritikan segelintir pihak, aktor ini berpendapat orang ramai terlalu mudah menjatuhkan hukum dengan hanya mendengar ceramah tanpa membuat penyelidikan lanjut menerusi penghayatan al-Quran.




"Saya sendiri kalau tak faham selepas merujuk al-Quran akan bertanya lebih lanjut kepada mana-mana ustaz.

"Tapi ada orang pula hanya dengar ceramah ustaz dan terus percaya. Mereka tidak membaca dalam al-Quran," jelasnya.

Bercakap mengenai drama Aku Seorang Perempuan, Fezrul diberi tanggungjawab menggalas watak Fareez gambaran sebagai bekas suami Siti Nordiana iaitu Allahyarham Faizal Yusof.

Meskipun tidak pernah berlakon bersama arwah, pertemuan ketika di lokasi sudah cukup buat Fezrul mengenali Faizal dan boleh digambarkan menerusi lakonan drama arahan Hashim Rejab ini.



"Arwah sudah mula berlakon sebelum saya. Kami bertemu di sebuah lokasi drama sekitar tahun 2000 ketika saya bertugas sebagai krew. Walaupun berjumpa sekejap saya boleh dapat tangkap karakter arwah.

"Dalam drama ini tidaklah saya dedahkan peribadi sebenar arwah kerana ada perkara perlu dijaga dan bagi menghormati keluarganya. Arwah seorang yang sangat baik dan merendah diri," jelasnya.

Aku Seorang Perempuan lakonan Atikah Suhaime, Fezrul Khan, Adriana Adnan, Hafidz Roshdi dan Hasnul Rahmat bersiaran di TV9 sejak 19 November lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 23-11-2022 06:02 PM
Akak teringin nk dibela fezrul khan
Quote edayildiz 23-11-2022 06:06 PM
abg fezrul tak nak bela miko ke
Quote gideoncross 23-11-2022 07:18 PM
cmf_premierleag replied at 23-11-2022 06:02 PM
Akak teringin nk dibela fezrul khan

Kesitu plak sisthur.
Quote CardiGans85 23-11-2022 07:42 PM
X salah untuk jaga kebun. Kenapa bitter ?
Quote missyL 24-11-2022 03:02 AM
Klo jaga kebun jaga rmh
Bukan dibelai2 cm kucing iols yg jahil ni rase itu xpe
Quote missyL 24-11-2022 03:02 AM
cmf_premierleag replied at 23-11-2022 06:02 PM
Akak teringin nk dibela fezrul khan

Gituuuu
Kene soh fezrul rujuk kitab lain tu
Quote ellejo 24-11-2022 06:53 AM
anjing jaga kebun tu baka apa dek? ada kenalan ai tu la alasannya tapi anjingnya baka maltese
kebunnya pulak alahai kera kangkang pun boleh lepas
Quote prince_marhaen 24-11-2022 09:19 AM
abam fezrul ni mesti bau kepam kepam rokok, bau peluh2 jantan sikit kan...baju ada bau2 binatang sikit.. aummm...so kinky ye...ahahaha..tapi meols redflag sebab heols so defensive...takottttttt! Ada je benda heols nak pekikkan...semua benda nak sindir.. kalau berlakon jadi perogol meols yang feeling mangsa tau.. ahahahahahahaha!
Quote electricopop 24-11-2022 09:27 AM
Bela lah saya juga abam. Lahhh!
Quote Nnasda53 24-11-2022 09:32 AM
cmf_premierleag replied at 23-11-2022 06:02 PM
Akak teringin nk dibela fezrul khan

Hahahahaha...buang tebiat ke ni.
Gedik je bunyinya hahahaha.
Quote heythere123 24-11-2022 09:43 AM
cmf_premierleag replied at 23-11-2022 06:02 PM
Akak teringin nk dibela fezrul khan

nanti dia jerkah akak, menangis tak berlagu la

heols nampak garangzzz
Quote supernaturalee 24-11-2022 09:44 AM
cmf_premierleag replied at 23-11-2022 06:02 PM
Akak teringin nk dibela fezrul khan

amboi kakak....kemahen ekk
fezrul khan je kot



Quote chekacheku 24-11-2022 09:46 AM
Nk bela anjing rujuk al quran..nk pegang3 tgn pmpuan bkn muhrim..al quran xrujuk ke?
Quote KirazMevsimi 24-11-2022 06:10 PM
cmf_premierleag: Akak teringin nk dibela fezrul ...
hahahahahahaha haaa gituuu
Quote SonicSiLandak 24-11-2022 10:56 PM
cmf_premierleag replied at 23-11-2022 06:02 PM
Akak teringin nk dibela fezrul khan

dia suka puppy.. bukan pussy

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-2-2023 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.090160 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top