CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

‘Yang Menang Tak Menang Semua, Yang Kalah Tak Kalah Semua’ – Agong

24-11-2022 03:52 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 2388| Komen: 30

Description: Setelah empat hari menanti, Malaysia akhirnya dikejutkan dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 selepas mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat selaras d ...


Setelah empat hari menanti, Malaysia akhirnya dikejutkan dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 selepas mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

‘Yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua’. Demikianlah nasihat oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seri Paduka Baginda YDPA bertitah sedemikian menerusi perutusan rasmi Istana Negara oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin selepas perkenan melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 sebentar tadi.

“Seri Paduka Baginda mengingatkan kepada semua pihak bahawa yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.

“Justeru, bagaikan biduk lalu, kiambang bertaut, hulurkan tangan antara satu dengan yang lain bagi merapatkan semula saf antara semua ahli-ahli Dewan Rakyat demi masa depan negara tercinta,” titahnya menerusi perutusan rasmi Istana Negara hari ini.

Kredit foto : Istana Negara


Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda YDPA turut menegaskan bahawa negara ini umpama harta pusaka di mana para pemimpin adalah pemegang amanahnya.

“Harta pusaka ini perlu dijaga kerana ianya bakal diwarisi oleh generasi muda yang akan membawa negara terus ke mercu kejayaan.

“Seri Paduka Baginda turut berpesan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan baharu Baginda yang bakal dibentuk untuk mengambil resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

“Hakikatnya, rakyat jelata tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tiada kesudahan tatkala negara memerlukan sebuah Kerajaan yang stabil untuk merancakkan lanskap ekonomi dan pembangunan negara,” titahnya.

Loading FB Post...

Dalam masa yang sama, ahli-ahli Dewan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat turut diingatkan supaya mempamerkan solidariti dengan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. 

Terdahulu, parlimen tergantung selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tiada parti memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada 219 kerusi dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang diadakan pada Sabtu lalu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 24-11-2022 03:57 PM
Puitis bak puisi penulisan SPBYDPA
Quote MoonRise 24-11-2022 04:18 PM
Yang kaya terus kaya, yang marhaen sila la mengais.

Nak berpuitis jgk saya disini
Quote jiwakacau06 24-11-2022 04:20 PM
MoonRise replied at 24-11-2022 04:18 PM
Yang kaya terus kaya, yang marhaen sila la mengais.

Nak berpuitis jgk saya disini

tggu fb dpb nk update pantun apa lps ni
Quote Babai 24-11-2022 04:28 PM
MoonRise replied at 24-11-2022 04:18 PM
Yang kaya terus kaya, yang marhaen sila la mengais.

Nak berpuitis jgk saya disini


Tsk minat corn.
Quote Reymz 24-11-2022 04:30 PM
Yang pasti PN menang sorak kampung tergadai heheh
Quote Kak-Rohana 24-11-2022 04:36 PM
Betol lah tu.. kenapa kita nak berpecah belah kerana satu PRU.. kita ni dek dlm satu unit bergerak utk yg terbaik demi masa depan rakyat n negara. Kalau asyik nak hasot, pecah belah, ejek mengejek susah lah. Majlis raja2 pun dah bersuara dek utk keluar dr kemelut ekonomi dan politik…rapatlah saf hormat lah process demokrasi.. tak payah nk sentap..meroyan dek..ni bukan PRU last besok tukar2 lg kalu tak setuju…gitchew akak berleter dek!
Quote Nurdianah 24-11-2022 04:55 PM



Quote pinggan 24-11-2022 04:58 PM
Lalu Bang Non pun senyum lah hingga ke telinga & Muidin muncung la mulutnya
Quote daisy71 24-11-2022 05:28 PM
Alhamdulillah semua dah selesai.
Quote Noraniza_Iblis 24-11-2022 05:30 PM
yg bauksit tak bauksit semua..
tinggal sikit bg x kantoi.. Eh
Quote Perwira2022 24-11-2022 05:36 PM
Yang pasti the tru winner is Zahid.... Berjaya menyelamatkan diri dari masuk penjara.... Terima kasih cikgu tersayang....
Quote sufi^_^ 24-11-2022 05:38 PM
jiwakacau06 replied at 24-11-2022 08:20 AM
tggu fb dpb nk update pantun apa lps ni

fb dbp memang best sentiasa up to date, laju je berpantun
Quote jiwakacau06 24-11-2022 05:41 PM
Perwira2022 replied at 24-11-2022 05:36 PM
Yang pasti the tru winner is Zahid.... Berjaya menyelamatkan diri dari masuk penjara.... Terima kasi ...

semoga cikgu dia x khianat dia....cikgu dia ank didik tun m....xmgkin dia nk simpan lma2
Quote iraizz 24-11-2022 05:45 PM
sufi^_^ replied at 24-11-2022 05:38 PM
fb dbp memang best sentiasa up to date, laju je berpantun

Tak keluar lagi pntun nyer hari ni yg berkaitan dgn situasi
Quote Skuau 24-11-2022 05:47 PM
MoonRise replied at 24-11-2022 04:18 PM
Yang kaya terus kaya, yang marhaen sila la mengais.

Nak berpuitis jgk saya disini

yg miskin msk 'bersamamu'...yg kaya msk Fortune.
Quote Skuau 24-11-2022 05:49 PM
Perwira2022 replied at 24-11-2022 05:36 PM
Yang pasti the tru winner is Zahid.... Berjaya menyelamatkan diri dari masuk penjara.... Terima kasi ...

Mohon abeh angkat sumpah ni..terus tanya 'kes mahkamah zahid acaner'..mesti terlopong dia...
Quote wnwa05 24-11-2022 05:58 PM
So adakah bossku akan diampunkan...dan apa pula reaksi tun lepas ni..menarik ni
Quote fortiori13 24-11-2022 06:23 PM
Perwira2022 replied at 24-11-2022 09:36 AM
Yang pasti the tru winner is Zahid.... Berjaya menyelamatkan diri dari masuk penjara.... Terima kasi ...

Wak harus berterima kasih kpd pihak2 atas, tengah dan bawah yg tak kenal penat lelah demi membantu dia & bang non.

So kes wak, LGE & syed sadik leh lepas ke camna pasni?
Quote juboqhang 24-11-2022 06:25 PM
Dah.. dah pergi masak nasik..goreng ikan apa yg patot.

Yg kaya tetap kaya yg hampa dok gadoh dlm ni caci mencaci.

Lihat semua komen(30)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-11-2022 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.251130 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top