CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

"Makin Kuat Berteriak, Tengah Hari, Malam, Pagi Buta Menjerit,"-Orang Hina Azan Di Manjung

24-11-2022 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3063| Komen: 51

Description: LUMUT: Polis membuka kertas siasatan terhadap ciapan dalam Facebook yang didakwa menghina laungan azan yang dilaungkan di sebuah masjid di daerah ini.
LUMUT: Polis membuka kertas siasatan terhadap ciapan dalam Facebook yang didakwa menghina laungan azan yang dilaungkan di sebuah masjid di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, ciapan tersebut menyentuh sensitiviti dan kebebasan mengamalkan ajaran agama Islam. 

Menurut beliau, perbuatan tersebut juga boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini.


Add Image Caption Here


“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerima satu laporan polis kira-kira pukul 5.45 petang semalam mengenai penularan satu ciapan dalam ruangan aplikasi Facebook mengenai penghinaan terhadap laungan azan di sebuah masjid dalam daerah Manjung.


“Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan  Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihak polis akan menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook dikenali sebagai ‘Jacky Chan’ yang memuat naik ciapan berkenaan.

Nor Omar menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan meminta orang ramai agar cakna serta prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti perkauman dan keagamaan di kalangan masyarakat. 

Jelasnya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

Terdahulu, tular ciapan ditulis ‘Jacky Chan’ yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan laungan azan didakwanya terlalu kuat sehingga mengganggu dia tidur. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 24-11-2022 04:16 PM
Maka bermulalah geng2 errrrr fhm sendirila...akan mula besar kepala lututnya...bersiapla..kereta polis err kene geledah lg x lps ni???? Kehkehkeh mgkinla die geledah sbb curious nak.tau apa yg ada dlm kereta polis kut... kehkehkeh bongok..
Quote BartholomewKuma 24-11-2022 04:30 PM
Tu diaaaa
Awai mula operasi naaaa???
Quote 123456 24-11-2022 04:32 PM
Tau tau jelah golongan yg suka menggantikan "tak" ngan huruf "x" ni golongan yg mana
Quote supernaturalee 24-11-2022 04:33 PM
pm pun x angkat sumpah lagi dah berbunyi

mmmmm




Quote rospinki 24-11-2022 04:36 PM
konsep azan ni memang kena kuat agar didengar jelas tapi skrg zamn teknology speaker pembesar suara dah ada maka tak perlu dijeritkan lagi laungan azan. memadailah azan pada kadar sederhana. ni dia kuatkan tambah dijerit itu mmng tidak menyenangkan bagi penggemar ketenangan disubuh nan hening atau maghrib senja nan merah. dulu2 kena jerit kuat masa tu manade speaker mcm sekarang, sekarang tiap taman ada surau/masjid lagi kt tv/radio/internet automatik berbunyi. kadang takyah azan kita dh siap2 tunggu. cumanya..volume tu dah kuat tak perlu jeritkan lagi. harap maklum.
Quote insulin 24-11-2022 04:41 PM
Pm pilihan naik je terus besar kepala ya?
Quote AbukRokok 24-11-2022 04:45 PM
bukan azan ni
Quote pinggan 24-11-2022 04:46 PM
Datang balik dah perangai gila dok probok probok bak kata tajuddin.
Tapi elok lah periksa, klau terlalu kuat sampai ganggu yg sebenar benar ganggu, kurangkan la volume tu. Harap siasat elok2
Quote DeLuna85 24-11-2022 04:48 PM
Wow mula dah.
Quote kerunai 24-11-2022 04:51 PM
mula dahhhh ...puak2 taik dh mula kaduk naik junjung

taniah la ..2018 berulang kembali ... bodoh semua
Quote rashiman 24-11-2022 04:51 PM
Biar polis aje yg buat SJR.......jangan ada pihak lain jugak yg buat SJR...
Quote krustykrab 24-11-2022 04:51 PM
rospinki replied at 24-11-2022 04:36 PM
konsep azan ni memang kena kuat agar didengar jelas tapi skrg zamn teknology speaker pembesar suara  ...

Azan ni kan, kalau yg suara sedap lunak tu mmg tak rasa pecah gegendang, kita pun rasa best je dengar..tp kalau yg suara (paham² je la) mmg buat sakit telinga rasa nk ketuk² kepala org ty
Quote ladybugz 24-11-2022 04:51 PM
mcmana nk pergi ke world cup qatar ni? kat sana sekuat2 alam dipasangnya azan setiap hari. mau menggelupur ni.
Quote rashiman 24-11-2022 04:56 PM
ladybugz replied at 24-11-2022 04:51 PM
mcmana nk pergi ke world cup qatar ni? kat sana sekuat2 alam dipasangnya azan setiap hari. mau mengg ...

dalam stadium pun ada corong speaker utk azan
Quote rospinki 24-11-2022 05:04 PM
krustykrab replied at 24-11-2022 04:51 PM
Azan ni kan, kalau yg suara sedap lunak tu mmg tak rasa pecah gegendang, kita pun rasa best je den ...

mana nk cari suara jamal abdillah kt suro2 taman kita..suara semua kuat siap sengau. tapi ada je yg sedap2 didengar sebab dia dh kuatkan volume tapi tak jerit bole je kita dengar.
Quote epullipan 24-11-2022 05:06 PM
harap jgnlah  kes seperti arwah adib berulang...kes pasangan suami isteri menghalang tugas penjawat awam dan sebagainya..bab puak satu tu dah ada kuasa
Quote Triple_8 24-11-2022 05:09 PM
Dalam situasi ini, beliau sudah semestinya:
(A) mental
(B) lupa makan ubat
(C) ada kad OKU
(D) mabuk
(E) tengah high isap syabu

4 markah.
Quote lightheaded67 24-11-2022 05:14 PM
jap heshe muslim ke idok mulayu kah yg komen2 pasal suare azan itu?? siasat lah dlu, kadg2 mmg ade ahli masjid lebih2, tempt meols ni mikropon ade time kuat ade time idak, tp kalau time kuat tu heshe jerit lagi tambah pakej batuk2 smbil azan.   tp skrg dh selow lah azan tak pasti ngaper
Quote relaxjek 24-11-2022 05:26 PM
Harap kerajaan phdap amik tindakan tegas terhadap org yg hina azan ini..

Lihat semua komen(51)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-11-2022 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.096429 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top