CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Tersinggung Dan Sakit Hati Dengan A.Aida, Amelia Handerson Tetap Lawan

24-11-2022 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1618| Komen: 9

Description: Amelia Henderson tetap dengan pendirian dia tidak bersalah atas tuduhan melanggar kontrak seperti didakwa oleh penerbit Datuk A. Aida sebelum ini.
Amelia Henderson tetap dengan pendirian dia tidak bersalah atas tuduhan melanggar kontrak seperti didakwa oleh penerbit Datuk A. Aida sebelum ini.

Sebaliknya Amelia, 27, berkata pihak produksi berkenaan tidak mengikut perjanjian awal seperti mana yang telah ditetapkan ketika dia menerima tawaran terlibat dalam drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali itu.

"Saya tidak melanggar kontrak! Kontrak dilanggar oleh pihak plaintif. Disebabkan itu saya tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelakon drama tersebut," katanya.


Foto: mStar

Amelia berkata demikian di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan pada sebutan kesnya, Khamis.


Dalam pada itu, Amelia juga mengakui tersinggung dan sakit hati atas dakwaan dibuat serta menganggap ia adalah satu fitnah yang boleh menjejaskan nama baiknya.

"Saya sangat sakit hati! Sebab saya seperti difitnah kerana dianggap tidak profesional," jelasnya.

Selepas mendengar kenyataan tersebut, hakim memutuskan perbicaraan bersambung pada 23 Disember depan bagi hujahan lisan kedua-dua belah pihak.

Konflik dua selebriti ini bermula apabila A. Aida mengambil tindakan saman terhadap Amelia dan juga seorang lagi pelakon iaitu Idris Khan kerana menarik diri pada saat-saat akhir penggambaran drama berkenaan.

Idris yang sebelum telah menghadiri perbicaraan bersetuju untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah dan perkara itu turut disambut baik oleh A. Aida.

Namun Amelia pula bertegas mahu kes ini dibicarakan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 24-11-2022 05:09 PM
sakit hati kau je yg tau….ikut lah
fake gle dia nih …
ada pod cast pun asyik cakap pasal diri sendirik….
Quote Lucavendetta 24-11-2022 06:36 PM
Stay strong Ame! Iols suka the idea of Studio Sembang dan jadi my go-to show every week
Quote Fazsemput 24-11-2022 11:20 PM
Iols x fahm
. Kenapa die x suke jln cerita drama tu..  Xde ape ape yg kontroversi pun

Quote mamajawie 25-11-2022 10:53 AM
tu bukan jill liyana ke?makin kurus ye..
Quote rosedemon 25-11-2022 11:16 AM
sukati kolah acik
Quote marchikobonzo 25-11-2022 11:35 AM
Go Amy..semoga menang!!
Quote jihyomelly 25-11-2022 11:38 AM
mamajawie replied at 25-11-2022 10:53 AM
tu bukan jill liyana ke?makin kurus ye..

ha ah jill..makin kurus skarang join hiking merata2 pegi
Quote Acikgomen 25-11-2022 11:50 AM
Fazsemput replied at 24-11-2022 11:20 PM
Iols x fahm
. Kenapa die x suke jln cerita drama tu..  Xde ape ape yg kontroversi pun

Bukan pasal jalan cerita sgt rasanya
Lebih kpd dia kena sidai
Lepas dah miting semua casting dgn crews, patutnye ikut jadual dia dpt skrip dah, ini skrip tah kemana berbulan2
Dia mmg dah lock job lain pulak
Sari sebelum shooting kot tak silap acik baru skrip drama org bagi kat dia
Dah la shooting pun delayed
Gitu kisahnye version ame
Quote Cleocatra 25-11-2022 02:10 PM
Kat court nanti, bila acik a aida kena soal, mesti cakap sebijik2. Sheols kontrol takut sleng ganu kita terkeluar.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-11-2022 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.076221 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top