CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

"Pentingnya Memanusiakan Manusia," Pegawai Polis Tular Layan Piala Dunia Dengan Banduan

24-11-2022 05:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1223| Komen: 11

Description: Tindakan seorang pegawai polis di Indonesia yang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 bersama tahanan meraih pujian orang ramai.
Tindakan seorang pegawai polis di Indonesia yang menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 bersama tahanan meraih pujian orang ramai.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok milik pegawai polis itu sendiri, memaparkan beberapa tahanan sedang menonton perlawanan bola sepak melalui tirai besi.


Dengan kapsyen ‘pentingnya memanusiakan manusia’, video itu telah tular dan meraih perhatian orang ramai, sekali gus mengundang pelbagai komen yang memuji tindakan pegawai tersebut.




“Saya hormat dengan abang, mereka juga memerlukan informasi dan perkembangan dunia luar contohnya hiburan seperti ini,” komen seorang pengguna TikTok.


“Mereka juga manusia, tiada berbeza dengan kita semua, cuma mereka ada salah dalam dunia sementara, tabik hormat untuk awak tuan,” komen pengguna TikTok yang lain.

“Terima kasih kerana menjadi orang baik, jangan bosan jadi orang baik, mungkin mereka ini akan menolong abang jika mereka keluar penjara suatu hari nanti,” komen pengguna TikTok itu.

Sementara itu, terdapat juga orang ramai yang berpendapat bahawa perlu ada sifat kemanusiaan dalam apa jua perkara kerana semua manusia itu tidak sempurna dan bukan tugas manusia untuk menghakimi mereka.

“Saya tidak bangga dengan duit yang abang ada, pangkat yang abang sandang tapi saya bangga dengan sifat kemanusiaan abang dalam memanusiakan manusia,” komen pengguna yang lainnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epullipan 24-11-2022 05:17 PM
Tu kat lokap ke penjara tu
Quote CariMalay 24-11-2022 05:26 PM
“Saya tidak bangga dengan duit yang abang ada, pangkat yang abang sandang tapi saya bangga dengan sifat kemanusiaan abang dalam memanusiakan manusia"

Hahahah... kelako bila orang bodoh cuba memuji orang lain. Kot ye pun nak memuji, jangan la sampai cakap tak bangga dengan pangkat harta yang orang tu ada, seolah2 perlekehkan dan merendahkan kelebihan dan keistimewaan orang tu.
Quote zuuu 25-11-2022 02:47 AM
Oklah tu banduan pon nak tngok world cup jugak[em:4:]
Quote sangbara2020 25-11-2022 09:04 AM
demi kemanusiaan atau demi viral?
Quote gideoncross 25-11-2022 10:29 AM
sangbara2020 replied at 25-11-2022 09:04 AM
demi kemanusiaan atau demi viral?

Utk zmn skrg, iol lbih mmilih pilihan utk famous.
Quote rosedemon 25-11-2022 11:10 AM
eleh content la tu puih
Quote HabukBesi 25-11-2022 12:14 PM
sangbara2020 replied at 25-11-2022 09:04 AM
demi kemanusiaan atau demi viral?

demi bola
Quote doubleharmonic 25-11-2022 01:28 PM
pentingnya membabikan babi
Quote lazim 25-11-2022 01:50 PM
Bpk iols dan bosnya penah je bawak banduan tgk bola kt stadium.  "Hampa nk tgk bola?  Nak tuan!  Ok kami bukak gari jgn lari.  Klu lari dapat balik kami teranjang cukup2"????

Pastu bwk video tape kj mlm tgk movie escape from alcatrez la.  Yg ni mak aku bising jgk tkut banduan dpt idea lari.
Quote MarryPottet 25-11-2022 01:58 PM
Kalau team yg disokong kalah jangan merusuh pulak kat lokap tu ya
Quote Cassieopeia 25-11-2022 02:06 PM
banduan yg baik ni kot xkaki gaduh..

Lihat semua komen(11)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-11-2022 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.087469 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top