CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Zahid Harap Negara Bertambah Baik Bawah Pentadbiran Anwar

25-11-2022 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 584| Komen: 2

Description: Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengharapkan negara akan bertambah baik di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ujarnya, semua p ...
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengharapkan negara akan bertambah baik di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ujarnya, semua pihak juga wajib menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya bekerjasama membangunkan negara serta mengelakkan kemelut politik yang boleh merencatkan ekonomi dan pembangunan negara.


FB Zahid

"Ucapan jutaan tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu hari ini menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.

"Meskipun mengambil masa beberapa hari dan diikuti oleh seluruh dunia proses yang berlaku ini, namun kita bersyukur kepada Allah SWT ia berjalan dengan baik tanpa sebarang kejadian tidak diingini.


"Keputusan ini perlu diterima dengan baik oleh semua pihak kerana ia sudah diperhalusi dengan sebaiknya oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara pada jam 5 petang Khamis.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pelantikan tersebut berikutan perkenan Seri Paduka Baginda selepas mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada sebelah pagi hari yang sama.

Anwar dipercayai akan menerajui kerajaan Persekutuan baharu menggabungkan dua parti terbesar iaitu PH dan BN dengan majoriti kerusi Parlimen iaitu 112.

Kemelut penubuhan kerajaan Persekutuan dan pelantikan Perdana Menteri bermula apabila keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu lalu menyaksikan tidak ada gabungan parti mendapat majoriti mudah.

Pada PRU15, PH memenangi sebanyak 82 kerusi Parlimen, diikuti Perikatan Nasional (73 kerusi), BN (30 kerusi), Gabungan Parti Sarawak (22 kerusi), Gabungan Rakyat Sabah (enam kerusi) dan calon Bebas dua kerusi.


Sumber: Sinar Harian





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 28-11-2022 08:50 PM
najib-ahjib.gif
Quote mojarean_X 28-11-2022 08:55 PM
Zahid terbaik utk berganding sbg TPM Bang Non zahid-hamidi-barisan-nasional.gif

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

31-1-2023 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.081924 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top