CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Ustazah Afifah Kata Makan Ubat Tahan Sakit Haram, Mati Masuk Neraka?

25-11-2022 03:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6696| Komen: 146

Description: Ustazah Siti Afifah sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas dia memuat naik satu video mendakwa pengambilan ubat tahan sakit yang didakwa haram.Netizen yang mendengar mengakui keliru dengan cera ...
Ustazah Siti Afifah sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas dia memuat naik satu video mendakwa pengambilan ubat tahan sakit yang didakwa haram. 

Netizen yang mendengar mengakui keliru dengan ceramah yang disampaikan olehnya.



"Ada orang bila sakit sikit, makan ubat tahan sakit sehingga tubuh badan kita ini dekat dengan kematian masa tu mulut tak boleh berbicara tetapi mata kita melambangkan tercengangnya kita dengan kepakaran yang hebat ni. Dengan duit habis banyak, dengan kepakaran manusia ia menyebabkan apa yang dimasukkan dalam tubuh yang haram dan meragukan maka kamu sedang berhadapan sesuatu kepanasan yang amat dahsyat. Tapi tak boleh dibicarakan kerana Allah dah kunci lidah kamu. Kamu tidak mampu hingga sendi-sendi kamu, dan tidak ada kemampuan untuk berbicara."


Tambahnya, amalan dan doa seseorang itu tidak akan diterima oleh Allah SWT sekiranya sesuatu benda haram masuk ke dalam tubuh badan mereka. 

Malah mereka juga akan mati dalam keadaan yang hina dan masuk neraka kerana telah melanggar hukum syariat Islam.



"Ingat! sesuatu benda yang haram, setitik yang haram masuk dalam tubuh badan kita, 40 hari amalan tidak diterima oleh Allah, doa tidak diangkat. Sekiranya Allah ambil nyawa kamu dalam tempoh itu, maka matinya kamu mati dalam keadaan hina yang melanggar hukum syariat Allah.

Sebab itu Nabi ingatkan, orang kafir ada caranya, orang Islam ada caranya. Apa pun perubahan zaman, apa-apa yang mereka letakkan agenda, Allah Taala itu yang menjaga manusia kecuali manusia itulah sendiri kembali semula kepada Allah dan mendekatkan kepada Allah." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 25-11-2022 04:06 PM
Apa masalah dia ni..gangguan minda .. depression?
Quote saviour_09 25-11-2022 04:06 PM
makin merapu-rapu
Quote airfilterkotor 25-11-2022 04:06 PM
Saki baki penganut kultus anti beksin ke ni...?
Quote pinggan 25-11-2022 04:07 PM
Siapa dia ni? Soalan serius.
Quote airfilterkotor 25-11-2022 04:08 PM
Semakin Di Depan, Satu Hati, Membodohkan Umat.
Quote SedihPedih 25-11-2022 04:08 PM
apa masalah wanita ini?
Quote Login_ID 25-11-2022 04:09 PM
mohon report polis. dia ni sesat dan menyesatkan
Quote sufi^_^ 25-11-2022 04:09 PM
Acik gila isim ni nak kata painkiller tu haram ke?

Alamak, aku baru je telan ibuprofen, 40 hari amalan tak diterima, kalau mati masuk melaka.
Quote naina 25-11-2022 04:11 PM
Apa dia cakap tu. Tak faham
Quote noorhairiahma 25-11-2022 04:11 PM
ustazah asma harun, sila komen ni.

jangan sibukkan hal retis je. sibukkan juga hal para setajah2 ni. aiyooooo.
Quote sangbara2020 25-11-2022 04:13 PM
masukkan dia jap lam tanjung rambutan...mungkin boleh centre jap otak dia
Quote Timortimur 25-11-2022 04:18 PM
Acik ni mabuk ketum ke?
Betul ke terpelajar ni
Sape2 tak nak tegur ke , laki,anak2 tak malu ke? Org yg mcm nilah buat org2 agama digelar taliban.
Quote lolita737 25-11-2022 04:20 PM
alamakkkkk..kena buat solat taubat la gini.. hari tu kena covid saya telan panadol..

panadol kategori ubat tahan sakit x??huhuhu..
Quote sufi^_^ 25-11-2022 04:20 PM
naina replied at 25-11-2022 08:11 AM
Apa dia cakap tu. Tak faham

haah, sebenarnya apa point dia nak sampaikan, celaru. Dengar 2,3 kali pun tak sampai mesejnya. Painkiller haram? Apa dalilnya?
Nilah akibat nak berceramah dah la tak de ilmu, teks pun yilek.



Quote Timortimur 25-11-2022 04:20 PM
noorhairiahma replied at 25-11-2022 04:11 PM
ustazah asma harun, sila komen ni.

jangan sibukkan hal retis je. sibukkan juga hal para setajah2 ni ...

Ustazah kentut suka memcabup bab2 artists je
Quote Claudia_Lestat 25-11-2022 04:22 PM
Kegilaan apalah pulak afifah ni.. aku x boleh brain.
Quote Goodluckdontcry 25-11-2022 04:22 PM
Oiii samdol... cukup2 la bahasakan simakcik sewel ni sbg ustazah...sbb dia bukan ustazah pun...yg kome semua beria..gelar org ni org nu ustaz ustazah father mather rabi rabu sesuka hati dah knp?? Suka no upgrade org budus sombong jd ikutan..bodoh piang ke apa??? Harktuihhhhh
Quote She-Ra 25-11-2022 04:22 PM
scroll tiktok.. ternampak la org share hal ni
iols malas nk dgr dan tgk abis.. baca komen je.. penat gelak "kkm tlg tidurkan dia"
Quote renko 25-11-2022 04:22 PM
sikit hari dia kata
nama dia jela paling islamik
nama orang lain suma kapir
babi punya situa ni

Lihat semua komen(146)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.104082 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top