CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Elizabeth Tan Alami Keguguran Rambut Kritikal, Dah 12 Kali Alami Tompokan Botak

25-11-2022 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1945| Komen: 16

Description: Elizabeth Tan mendedahkan menghadapi masalah alopesia atau keguguran rambut kritikal akibat penyakit autoimun yang dihidapi sejak kecil.
Elizabeth Tan mendedahkan menghadapi masalah alopesia atau keguguran rambut kritikal akibat penyakit autoimun yang dihidapi sejak kecil.

Menurut Elizabeth atau lebih dikenali sebagai Lizzy, dia menghidapi alopesia semenjak 2018.

Foto: IG

“Saya alami autoimun sejak berusia setahun yang menyebabkan saya menghadapi masalah kulit.

“Pada 2018, autoimun menjadi penyebab saya mengalami alopesia. Akibatnya saya mengalami tompokan botak di rambut dan kadang-kadang ia merebak menjadi lebih besar.


“Masalah ini tiada penyembuh, jadi saya hanya bergantung kepada krim steroid untuk menghentikan tompokan botak itu merebak. Sehingga kini, sudah 12 kali alopesia terjadi,” katanya.

Tidak mendedahkan penyakit yang dialami sebelum ini, Lizzy enggan meraih simpati orang ramai.


“Sebelum ini, saya tidak pernah mendedahkan perkara itu kepada orang ramai, terutamanya peminat.

“Setiap kali tompokan botak baru timbul, saya rasa sedih dan tertekan.



“Saya tak mahu orang rasa kasihan dengan penyakit yang saya alami. Tetapi, saya rasa sudah tiba masanya saya beritahu orang mengenai perkara ini.

“Saya pun baru sahaja menolak tawaran untuk membintangi sebuah filem yang memerlukan saya memotong rambut seperti lelaki.



“Saya takut rambut lambat tumbuh dan alopesia kembali menyerang selepas saya memotong rambut,” katanya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 25-11-2022 04:28 PM
Tak semua org cerita apa penyakit dorg kan.. Tapi ada jugak yang jenis, semua jenis penyakit dia claim ada kat diri dia
Quote bulalof 25-11-2022 04:34 PM
get a life lah bimboooooooooooooooo...........
Quote LadyCarefree 25-11-2022 04:59 PM
mcm han byul pula gambar 1st tu
Quote teen_angelJB 25-11-2022 05:32 PM
Suka nawww amik gambo dgn laki buat muka horny..merluatttt hokeyyyy
Quote gideoncross 25-11-2022 06:37 PM
Kmain gmbr last tpi sheol non Muslim, so x kisah lh tpi jejantz ummah Mulayu Melesia msti tension tngok hahahaha.
Quote missbigrockstar 26-11-2022 08:57 AM
Patut dia sentiasa rambut fesyen fringe depan. Kalau rambut dia belah tepi mcm gambar last baju hitam tu lawa.
Quote stingergrumpy 26-11-2022 09:02 AM
LadyCarefree replied at 25-11-2022 04:59 PM
mcm han byul pula gambar 1st tu

Tundukkheun pandangan...so not soleh...bak kata @mbhcsf
Quote berserkneigh 26-11-2022 12:57 PM
I was attempting to locate that as well as some thorough guidelines for creating an introduction splatoon 3
Quote Prickford 26-11-2022 01:22 PM
Sedara iolls penah mcm ni. Tiba2 satu part kat kepala tu bulat je takde rambut mcm tempat UFO mendarat. Tapi tak penah la diagnos ke apa. Dia biar je, lama2 tumbuh balik pulak.
Quote SonicSiLandak 26-11-2022 01:53 PM
banyak makan bak kut teh cam tu arr
Quote sukacactus 26-11-2022 01:57 PM
Kawan adik aku ada sorang yg menghidap alopesia ni
Tp dia dah kronik la kot rambut xde, kening pun xde
Dah early 30s, dia xnak kawin sebab dia rasa xde laki boleh terima dia dlm keadaan camtu. .sian
Quote makita 26-11-2022 04:07 PM
sukacactus replied at 26-11-2022 01:57 PM
Kawan adik aku ada sorang yg menghidap alopesia ni
Tp dia dah kronik la kot rambut xde, kening pun x ...

Alaaaa kesian lah. Moga Allah kurniakan kegembiraan wpon apa jua situasi. Aamiin
Quote sukacactus 26-11-2022 06:05 PM
makita replied at 26-11-2022 04:07 PM
Alaaaa kesian lah. Moga Allah kurniakan kegembiraan wpon apa jua situasi. Aamiin

Baik budaknya, lurus
Rajin, rupa pun comel gak la
Tp dia xnak laki rasa tertipu
So soal kawin mmg dia buang jauh2
Thanks doakan dia
Quote doubleA 26-11-2022 06:08 PM
Patut la attention seeker, nak gembirakan diri sendiri sbb ada penyakit rupanya
Quote jiwarasa 26-11-2022 06:37 PM
Stress tu..tak pun stress
Quote DeLuna85 26-11-2022 06:48 PM
Prickford replied at 26-11-2022 01:22 PM
Sedara iolls penah mcm ni. Tiba2 satu part kat kepala tu bulat je takde rambut mcm tempat UFO mendar ...

Maaf tergelak part UFO tu. Ada jugak Kenal someone mcmni. Mmg lama2 tumbuh balik.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.094835 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top