CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Yusry Tak Halang Lisa Surihani Berlakon, Tapi Hanya 12 Jam Sehari

25-11-2022 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2156| Komen: 20

Description: Datuk Yusry Abdul Halim tidak pernah menghalang isterinya, Datin Lisa Surihani untuk terus aktif berlakon.
Datuk Yusry Abdul Halim tidak pernah menghalang isterinya, Datin Lisa Surihani untuk terus aktif berlakon.

Jelas Yusry, Lisa tahu tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, namun masih lagi terbuka sekiranya produksi mampu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan.


Foto: IG

“Saya tak pernah kata tidak. Itu pilihan dia. Cuma, dia boleh jalani penggambaran selama 12 jam sehari. Itu ketetapan yang dia berikan.

“Jika ada penerbit setuju, saya fikir Lisa tidak ada masalah. Saya sendiri sekarang mengamalkan masa penggambaran tidak lebih 12 jam.

“Kalau shooting terlalu lama, mood dan emosi boleh lari. Saya mahu kekalkan momentum, emosi kru serta pelakon. Jadi, saya tetapkan had masa kerja selama 12 jam sahaja,” katanya.



Pengarah Nenek Bongkok Tiga yang bakal ditayangkan tahun depan itu ditemui ketika pelancaran program baharu platform penstriman, Viu Upfront 2023, di sini.

Dalam pada itu, Yusry juga memaklumkan, dia bakal mengarahkan dua filem tahun hadapan, namun merahsiakan genre dan barisan pelakon yang terlibat.



“Kita lihat momentum penerimaan penonton terhadap filem tempatan sangat mengagumkan. Saya gembira melihat industri perfileman negara kembali bernafas, malah lebih kencang.

“Saya sedang meneliti dan berbincang. Tetapi, perancangan untuk menghasilkan dua filem itu sudah ada. Tak boleh bagitahu dulu genre apa.




“Ramai yang harapkan filem epik seperti Mat Kilau. Tetapi saya fikir, tidak bolehlah kita mahu guna formula sama. Apa yang penting jalan cerita dan skrip,” ujarnya.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 25-11-2022 10:54 PM
ku ingatkan sudah mau meninggalkan dunya glamour [em:10:]
Quote Perawankota 26-11-2022 03:46 AM
Betul.. Ada sesetengah production, memang pukul 7am start shooting, 7pm dorg wrap..

Cuma, ingatkan LS ni dh x nk berlakon2 dah.. Kadang2 OK, most of the time kaku.. Movie dia yg aku paling suka Istanbul aku datang tu jer.. Tu jer lakonan dia yg aku rasa paling best..
Quote Cleocatra 26-11-2022 03:59 AM
Tudung singkat ke lepas ni? Kita nantikan…
Quote AKAZ85 26-11-2022 05:21 PM
Toksah laa berlakon dah.. Bukan tak kaya laki ko.. Ko pon bukan best berlakon dengan kayunye.. Cakap pon kelam kabut.. Dok umah jaga anak jaga perut laki udah lerr macam sariyanti tu..
Quote cm_vungtau 26-11-2022 06:24 PM
Dia ni dah rupa ustazah soc med dah. Takyah la berlakon. Penuh aje tv nanti dengan pelakon kontrol ayu
Quote puanserama 26-11-2022 06:36 PM
AKAZ85 replied at 26-11-2022 05:21 PM
Toksah laa berlakon dah.. Bukan tak kaya laki ko.. Ko pon bukan best berlakon dengan kayunye.. Cakap ...

Setuju.. buat mcm sari yanti tu.. lek2 jer
Quote Fly_over 26-11-2022 07:04 PM
susah kot nak istiqomah nanti.. kila peri tu pn dah berhijaboobs skrg pstu kena kecam.
Quote Diamje 26-11-2022 07:25 PM
Kalau 12 jam shooting.. kalau scene malam tu mcm mana ek.. amik.. 12 tghari - 12 mlm. Cmtu?.. comel je lisa bila sederhana cmni..
Quote cm_vungtau 26-11-2022 08:44 PM
Gambar Yusry rambut kerinting tu sebijik macam anak Edry, Emil
Quote azlinazakarya 27-11-2022 12:39 AM
So..ko ambik je la bini kau belakon. Settle masalah 12 jam. Neexxt!!!
Quote tulip-rain 27-11-2022 03:29 AM
Tak payah berlakon dah lah. Tak best pun. Kayu.
Quote amityusa 30-12-2022 10:50 AM
I really like the information you share. Thanks to that, I know many more interesting and useful things. drift boss
Quote MistrezHermanaz 30-12-2022 11:07 AM
tgk dlm meletop br ni..singkat tudung nya
Quote Hoshhi 30-12-2022 11:11 AM
Kau dah pakai tudung labuh show off alim pun sibuk nak berlakon! Tak payah berlakon la. Kau sebut R pun tak betul sampai ke harini! Sakit telinga aku dengar kau cakap R tu teruk sangat
Quote makcun14 30-12-2022 06:40 PM
Aiols sampai hari ni pelik macam mana LS boleh tahan lama dalam industri. Ingat lagi first time tengok sheols dalam movie i'm Not Single pasangan dia Farid kamil, dah lah kayu pelat pula tu. Kalau yuci bukan laki sheols entah femes lagi ke tak. Yuci pun takkan tak sedar bini tak reti berlakon.
Peliks bin ajaib
Quote missbigrockstar 30-12-2022 06:50 PM
Dia ni kalau berlakon tak natural. Nampak overdo. Entah camana boleh menang award pelakon wanita terbaik entah. Bersara total lah, tumpu pada family. Dah berhijrah ke arah lebih baik kan. Jauhi industri lagha.
Quote gucci_advocate 30-12-2022 06:56 PM
Lisa laku sebab dia ada aura. Itu saje. And dia cantik plus ada connections dalam industry (tak silap aku)
Quote gucci_advocate 30-12-2022 06:57 PM
Tapi 12 jam shooting kira lama jugak kan? Tak payah berlakon sudah. Focus on growing business
Quote Lampuled 30-12-2022 07:05 PM
Lisa tak sesuai berlakon mgkin sbb dia seorang yg genuine. Berlakon kena pandai in character.
Lisa lebih sesuai jd host rancangan mcm mhi ke, wanita hari ini ke.. atau apa2 talk show.
Jadi model pun sesuai sbb dia photogenic and naturally beautiful.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.091470 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top