CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Masalah Kotak Suara Dan Gangguan Pernafasan, Hael Husaini Minta Maaf Awal Kalau Nyanyian Tak Menyengat

25-11-2022 05:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2294| Komen: 24

Description: Sukar mencari penyanyi gantian, Hael Husaini memutuskan mendendangkan sendiri lagunya, Sama Seperti Dulu pada pentas Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) ke-37, esok.
Sukar mencari penyanyi gantian, Hael Husaini memutuskan mendendangkan sendiri lagunya, Sama Seperti Dulu pada pentas Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) ke-37, esok.

Hael yang pada mulanya tidak mahu beraksi atas faktor masalah kotak suara dan gangguan pernafasan berpanjangan selepas dijangkiti COVID-19, awal bulan ini, terpaksa mengharungi detik itu biarpun mungkin sukar.

Foto: IG

"Ketika lagu saya diumumkan bersaing pada SFMM37, saya berbelah bahagi akibat masalah kotak suara dan gangguan pernafasan.

"Jika persembahan biasa, saya tidak kisah... Ini pertandingan besar. Saya meminta pendapat pihak produksi, penasihat vokal dan syarikat rakaman sebelum membuat keputusan.

"Saya tidak pernah tarik diri kerana mahu lagu ini bertanding biarpun didendangkan penyanyi gantian.



"Namun, saya gagal mendapatkan pengganti kerana kesuntukan masa. Selepas berfikir panjang, saya setuju beraksi semampu yang boleh asalkan lagu saya lepas ke SFMM37," katanya kepada BH Online.

Hael yang mengungguli AJL32 dan AJL33 memohon doa peminat agar lagu Sama Seperti Dulu yang dicipta bersama Iqie Hugh dapat dipersembahkan dengan baik, esok.



"Kemampuan nyanyian saya agak menurun ketika ini. Namun, saya berjanji cuba memberi yang terbaik.

"Saya ingin minta maaf awal-awal jika banyak kekurangan kelak," katanya.

Hael juga terbuka menerima komen peminat selepas melihat dirinya beraksi di pentas SFMM37.



"Saya tidak dapat mengawal komen dan pendapat penonton atas persembahan saya. Apa-apa pun, saya terima sahaja dan hormat pendapat semua orang.

"Saya hanya ingin memenuhi tanggungjawab sebagai penyanyi dan komposer lagu itu bersama Iqie... Doakan saya iya," katanya.



SFMM 37 bakal berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam selama dua hari mulai hari ini dan esok pada jam 3 petang.

Sebanyak 30 lagu bersaing merebut 12 tempat pada AJL37.-CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote olezzeli17 25-11-2022 05:49 PM
Lainnya muka dik Hael.
Quote Goodluckdontcry 25-11-2022 05:54 PM
Mslhnya dik..kotak suara ko xde mslh pun, suara ko tetap tak best pd pendengaran kotak telinga den...so?????? Boleh blah...
Quote Mulotkoyak 25-11-2022 06:04 PM
Kalo nyanyi pun dh mmg xsodappp… ak xtau mane sodappp nye sore ko tuh. Mmg adik bradik ngn nabila razali and baby shima erkkk? Spesis suara ke jambatan tamparuli????????????????
Quote gideoncross 25-11-2022 06:31 PM
Goodluckdontcry replied at 25-11-2022 05:54 PM
Mslhnya dik..kotak suara ko xde mslh pun, suara ko tetap tak best pd pendengaran kotak telinga den.. ...

Boleh nangis brbaldi2 Haelina bca komen uol ni haha.
Quote doubleharmonic 25-11-2022 06:33 PM
recycle balik alasan bella chipmunk ke ko ni babi
Quote amyfaha 25-11-2022 06:58 PM
Iol ni mmg tak minat mat tempe ni. Dgn muka.& Hidung alter dia, trying hard nak keputihan, dgn feeling korea versi belacan dia. Tapi semalam terjumpa dia di the curve sama2 tengah makan dolly dimsum. Mashaaa allah menjadi betul alter dia. Hansomenyaaaa depan2. [em:7:] [em:7:] terkelu iolss sib baik ovari x pecah. Hahahaha. Betul la org kata, x kenal maka tak cinta, da kenal jumpa sekali.. omg.. hahahahaha
Quote Carcosa 25-11-2022 07:12 PM
Muka kau ni kan, aku gerammm je tgk tau. Rasa mcm nak slipar2 je. Muka jenis acah2 hot. Pdhal mcm muka budak Cambodia yg ada daddy2 jenis berduit tapi atuk2.
Quote supernaturalee 25-11-2022 09:10 PM
Alasan ni xblh pakai
Marsha dh membuktikan diri ms ajl hr tu


Quote missyL 25-11-2022 09:15 PM
amyfaha replied at 25-11-2022 06:58 PM
Iol ni mmg tak minat mat tempe ni. Dgn muka.& Hidung alter dia, trying hard nak keputihan, dgn feeli ...

Dah terjatuh cinta ke
hahaha
Tinggi mane u
Quote Afifi82 25-11-2022 11:37 PM
Mintak la Acik Dayang ganti. Haaa.
Quote I.K.A888990 25-11-2022 11:48 PM
ok la dik non
Quote amyfaha 25-11-2022 11:53 PM
missyL replied at 25-11-2022 09:15 PM
Dah terjatuh cinta ke
hahaha
Tinggi mane u

Hahaha. Heols kat luar mmg cover2 acah terpaling korea gitu. Tp mmg hansome. Menjadi betul alternya. Cantik hidung baru dia mcm leeminho. betul2 melepak habis satu badan dikloroknye. Bibir bergincu kalah vida. Spec tak pakai masa tu. Mmg hansome. Sis angau jap depan2. Tgk balik gmbar2 dia, meluat balik. Haha
Quote missyL 25-11-2022 11:57 PM
amyfaha replied at 25-11-2022 11:53 PM
Hahaha. Heols kat luar mmg cover2 acah terpaling korea gitu. Tp mmg hansome. Menjadi betul alterny ...

Hahahaha
Kene cek buah pinggang si haelina nie
Putih sgt tuuuu

Die rendah je kn u
Quote silampumeja 26-11-2022 12:49 AM
Goodluckdontcry replied at 25-11-2022 09:54 AM
Mslhnya dik..kotak suara ko xde mslh pun, suara ko tetap tak best pd pendengaran kotak telinga den.. ...

Kotak telinga i jua..
Quote silampumeja 26-11-2022 12:50 AM
Sekali mac budak UPSI yg buat content masak dan review makanan tu pulak ... Budak tu suka masuk filter gak video tu.. hahahaha
Quote anony-mous 26-11-2022 12:53 AM
amyfaha replied at 25-11-2022 06:58 PM
Iol ni mmg tak minat mat tempe ni. Dgn muka.& Hidung alter dia, trying hard nak keputihan, dgn feeli ...

Haha kelakar baca komen u

Tahi (dilempar)



Lepas ni makin ramai alter muka jd korea. I tgk dlm ig dia actually mmg menjadi juga la korean look tu cuma takut long term jd pelik mcm mat salleh yg obses
Quote asfaz 26-11-2022 01:21 AM
Betul ke dia kena covid awal bulan ni?
Quote September14 26-11-2022 01:26 AM
Gaya dia ni mcm poyo jgk tp x rasa mnyampah mcm nymph kt naim danial tu…
Quote wikedsaikel 26-11-2022 06:24 AM
missyL replied at 25-11-2022 11:57 PM
Hahahaha
Kene cek buah pinggang si haelina nie
Putih sgt tuuuu

Rendah tu mcm 164cm ke?

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.189803 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top