CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Mental Koyak Anak Baru 6 Bulan Dah Mengandung Lagi, Nak Gugurkan Tapi Suami Ugut Cerai

26-11-2022 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5170| Komen: 116

Description: Seorang wanita yang tidak mendedahkan identiti diri meluahkan rasa buntu dan dilema kerana belum bersedia menimang cahaya mata baharu memandangkan anak sulungnya masih kecil.
Seorang wanita yang tidak mendedahkan identiti diri meluahkan rasa buntu dan dilema kerana belum bersedia menimang cahaya mata baharu memandangkan anak sulungnya masih kecil.


"Saya ada bayi lelaki berusia 6 bulan, bersalin normal tapi dah 'ter-accident' mengadung enam minggu. Saya tak ready, penat saya mengandung, bersalin sebelum ini pun belum habis.

"Mental saya semakin nak jadi gila. Saya penat, saya letih yang teramat sangat. Saya kalau mengandung, mabuk teruk sampai rasa nak baring je macam kena santau tak boleh makan langsung," luahnya.


Gambar Hiasan

Disebabkan terlalu tertekan dengan situasi yang dialaminya, wanita ini nekad mahu menggugurkan kandungannya.


Bagaimanapun, hasrat tersebut ditentang habis-habisan oleh si suami sehingga menimbulkan pergaduhan.

"Suami marah tapi saya bertegas. Dia kata tak nak tanggung apa-apa. Semalam kami bergaduh lagi dan dia terlepas cakap, kalau saya gugurkan, talak satu.

"Saya rasa terjerat, suami tak cuba nak faham saya. Selama ni dia bantu sikit-sikit tapi tetap saya rasa penat. Saya nak anak kedua tapi saya cuma mahukan rehat setahun dua.

"Saya tak sempat pasang implan sebab duit tu saya bagi suami pinjam untuk baiki motor pergi kerja," kongsinya.

Ugutan 'talak' yang dilafaz oleh suaminya membuatkan wanita ini buntu dan tertekan memikirkan perkara berkenaan.

"Saya orang yang tak boleh stres walau sikit. Lafaz talak itu sah atau tidak? Sebab dia cakap selepas saya yang cabar dia. Saya cakap saya tak layak jadi isterinya.

"Saya suruh dia ceraikan saya dan cari perempuan lain yang boleh beri dia anak ramai dengan jarak yang dekat," kongsinya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berpandangan pasangan berkenaan perlu berbincang dari hati ke hati kerana melibatkan soal nyawa ketiga dan juga hukum agama.

Netizen menyarankan wanita berkenaan merujuk kepada yang pakar kerana masalahnya membabitkan nyawa dan hukum agama.

"Sedih juga bila baca akak nak gugurkan. Tapi saya faham. Apa pun cuba minta nasihat yang pakar. Suami akak pun silap juga sebab mudah lafazkan cerai tanpa pujuk untuk bawa jumpa pakar.

"Minta petunjuk pada Tuhan, jumpa pakar kesihatan mental, minta pendapat atau nasihat daripada keluarga dan kawan. Menyesali perkara yang sudah berlaku adalah perkara yang tidak mungkin dapat diulang.

"Family planning ni sangat penting, ia bukan sahaja merangkumi financial family yang bakal terganggu, bahkan kesihatan mental dan juga jaminan masa depan anak-anak," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 26-11-2022 12:00 PM
Entahlah tktau nak komen..
Bila kurang ilmu ttg perancangan keluarga mcm ni la
Quote krustykrab 26-11-2022 12:14 PM
Laki pun hmmmm....sengkek...pinjam duit bini tp tak reti merancang kuarga
Quote nazzse 26-11-2022 12:19 PM
Laki bini ego.. Si laki sengkek si bini plak ko nak hidup tanpa stress sampai bila? Aman nau hidup takda stress
Quote amyfaha 26-11-2022 12:22 PM
Repair motor pun pakai duit bini. Lelaki bernafsu kuda papa kedana x sedar diri gini tak lama keluarlah bersamamu dgn ank berderet minta bantuan minta simpati. Puii puii  
Quote winstonpepel 26-11-2022 01:01 PM
kondom berapa hinggit je pon. malas nak beli
Quote airfilterkotor 26-11-2022 01:15 PM
Pastu laki dia jugak komplen bini badan barai la, gemok la, takde selera la.

Sepak laju-laju pun bagus jantan gini.

Quote Prickford 26-11-2022 01:20 PM
Masalah orang skang, gini la. Mostly wanita penat beranak. Iolls yg masih TTC ni sampai jadi takut tengok ipar & biras yg tertekan peknen anak kedua. Ada yg anak 1st umur dah 5-6 tahun, ada yg anak 1st baru umur 1-2 tahun, masing2 pregnant anak kedua. Isunya pertama sekali duit la, penat sakit tu jatuh nombor 2.
Quote green~tea 26-11-2022 01:27 PM
Bodoh.. perlu ke mengadu kat sos med.... sila jumpa doc....
Quote green~tea 26-11-2022 01:28 PM
Eh bodoh la org gini... period cycle apps ade kat free je.. bukan kena kira mcm dulu2... bodoh laaaa
Quote Nurul8001 26-11-2022 01:33 PM
Toklaki tu sengkek atau tak?
Kalo sengkek, ko tinggalkan je lah.
Tak malu, duit betulkan moto pun minta bini, ada hati nak ugut2.

Yg perempuan ni pun bodo. Ko patutnya pasang implant dulu baru tidur sama.

Tak payah la gugur kot. Bahaya. Ntah.
Quote tepisket.. 26-11-2022 01:45 PM
Tu la x mo ikut perancang kluarga dgn kkm. Diorg siap follow up lagi bila last period. Ubat perancang kasik free pon xmo amik.
Quote SonicSiLandak 26-11-2022 01:48 PM
baguslah

subur

Quote jazaa100 26-11-2022 02:38 PM
Edited by jazaa100 at 26-11-2022 02:43 PM

Teringat akak aku dulu....
Mcm ni lah....anak kecik lg, dah mengandung....setahun sorang, tarikh lahir pun sama bln jan/feb setiap thn utk 6org straight tanpa henti.....bygkn aku darjah5 dah kena dukung ank dia....tapi nasib baik tak duduk sekali, kena jaga masa dlm pantang je.....

Sampai skrg aku rasa penat sgt....
Bodoh punya olang....lain kali kepit peha tu rapat²
Quote lightheaded67 26-11-2022 02:46 PM
aiols paling tak suka laki ginih, suka main veto kt bini. laki pun tak reti nk tolong jernih kan pikiran bini yg tgah serabut, ugut cerai pulak lagi. apoo. senang lah ckp bukan bdn dia. tp kan entah2 esok baby tu gugur sndiri je huhu
Quote lostnfaun 26-11-2022 03:08 PM
winstonpepel replied at 26-11-2022 01:01 PM
kondom berapa hinggit je pon. malas nak beli

Bukan malas tapi ego. Alasan apa barang guna sarung tak feel. Beza guna yg ori. Kalau dgr sembang org laki suma tak kalah tak pakai sarung kononnya.
Quote Decaffeinated 26-11-2022 03:10 PM
Saya suruh dia ceraikan saya dan cari perempuan lain

Bingo! Ko cabar dia dulu kan? Buku bertemu ruas.
Quote Atata 26-11-2022 03:18 PM
green~tea replied at 26-11-2022 01:28 PM
Eh bodoh la org gini... period cycle apps ade kat free je.. bukan kena kira mcm dulu2... bodoh laaaa

Kiraan cycle valid utk org yg period teratur je. Kalau pcos tak boleh rely guna cara tu. Ada org ovulate waktu period, haa..bahaya la, xleh rely. Dulu iols waktu ttc guna method kira fertile window guna apps + ambil basal body temperature + guna opk. Ok lah iols jenis period teratur. Mmg nampak pada hari opk positif mmg BBT (suhu badan) mmg tinggi jgk. Tp ada org tak dpt guna cara tu la sbb badan lain.
Quote airmineral 26-11-2022 03:21 PM
laki dia lagi teruk drpd babi
ko da la nak repair motor pun pakai duit bini, mengesek xhingat dunia, anak nak berderet² tp keperluan anak bini xmampu nak bagi
helok ko pukul je kepala ko yg bawah tu kalau time ko rasa nak mengesek biar ko ingat sket realiti dunia ni mcmn
Quote airmineral 26-11-2022 03:22 PM
Atata replied at 26-11-2022 03:18 PM
Kiraan cycle valid utk org yg period teratur je. Kalau pcos tak boleh rely guna cara tu. Ada org o ...

1st time dgr blh ovulate masa period

Lihat semua komen(116)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.101576 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top