CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Gempar Bayi Perempuan Lahir Ada Ekor Berbulu. Pakar Tak Jumpa Punca

26-11-2022 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 805| Komen: 1

Description: Pasukan perubatan digemparkan dengan bayi perempuan yang baru lahir mempunyai ekor sepanjang enam sentimeter (sm).
Pasukan perubatan digemparkan dengan bayi perempuan yang baru lahir mempunyai ekor sepanjang enam sentimeter (sm).

Dalam kejadian di Mexico, bayi berkenaan dilahirkan secara pembedahan caesarean.

"Kanak-kanak itu tidak mempunyai sejarah pendedahan radiasi, atau jangkitan semasa kehamilan.

"Kedua-dua ibu bapanya yang berusia lewat 20-an juga sihat," menurut Journal of Pediatric Surgery.


Foto: Daily Star

'Ekor' tersebut berukuran panjang 5.7sm, dengan diameter antara 3 milimeter (mm) dan 5mm.


Ia juga berbentuk silinder dan menghala ke hujungnya.

Doktor menyatakan bahawa struktur seperti ekor itu diliputi kulit dan bulu, malah bayi itu menangis apabila bahagian tersebut dicubit.

Mereka melakukan X-ray Lumbosacral - ujian pengimejan yang membantu doktor melihat anatomi bawah punggung, tetapi tidak menemui bukti anomali atau struktur tulang di dalam ekor.

Pakar perubatan menguji pelbagai masalah perubatan dan mendapati tiada masalah membabitkan bayi tersebut.

Imbasan MRI kanak-kanak itu juga mendedahkan tiada anomali otak, dan negatif untuk keabnormalan tulang belakang. - CARI

Sumber: mStar/Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 26-11-2022 01:09 PM
Harap dpt operate buang ekor tu tanpa memudaratkan bayi tu.

Lihat semua komen(1)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.329745 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top