Gara-gara gagal mencuri barang berharga, sekumpulan tiga perompak yang memecah masuk ke sebuah rumah bertindak memasukkan botol ke dalam dubur mangsa.
Perkara itu didedahkan oleh mangsa yang merupakan lelaki warga emas kepada doktor. Dalam kejadian di di Palo Negro, Venezuela, lelaki berusia 79 tahun itu mengejutkan doktor sebelum botol tersebut dikeluarkan. Lelaki berkenaan hadir sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Imbasan x-ray mengesahkan sekurang-kurangnya sebahagian daripada kisah lelaki itu, dan dia dipindahkan ke hospital lain bagi menjalani pembedahan kecemasan.
Laporan memberitahu botol tersebut tidak dapat dikeluarkan dengan tangan kerana objek tersebut berada terlalu dalam di bahagian rektum. Laporan polis dibuat selepas pembedahan dijalankan. Menurut Web MD, pembedahan kecemasan biasanya diperlukan apabila terdapat tanda-tanda jangkitan dalam perut, lubang pada usus, atau pendarahan serius dari dubur. -CARI Sumber: mStar/ Daily Star
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
29-1-2023 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.069297 second(s), 30 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.