CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Gajah Mati Direnjat Elektrik Semasa Cari Makan Di Ladang Nangka

26-11-2022 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 579| Komen: 2

Description: BANGKOK – Seekor gajah liar mati akibat terkena renjatan elektrik di sebuah ladang nangka di wilayah Chachoengsao, timur Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.
BANGKOK – Seekor gajah liar mati akibat terkena renjatan elektrik di sebuah ladang nangka di wilayah Chachoengsao, timur Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.


Kejadian itu berlaku disebabkan perbuatan seorang petani memasang wayar elektrik di sekeliling ladangnya bagi mengelak buah nangkanya dicuri gajah.

Pegawai Balai Polis Tha Thakiab menerima laporan mengenai seekor gajah jantan yang ditemui mati di kaki gunung Pong Kan Lueang, mukim Klong Takrao pada pukul 1 tengah hari (waktu tempatan) Rabu lalu.


Foto: Khaosod

Beberapa pegawai dari Pusat Perlindungan Hidupan Liar Khao Ang Rue Nai kemudian pergi bersama polis ke ladang nangka itu yang terletak di dalam hutan tebal dan hanya boleh diakses dengan berjalan kaki.


Mereka menemui bangkai gajah itu berada dalam keadaan terlentang berhampiran wayar elektrik. Perut gajah itu kembung dan mengeluarkan bau busuk, kata polis.

Polis bertemu pemilik ladang, Boontham, 68, yang menemui gajah itu sekitar waktu tengah hari. Bootam berkata, gajah itu mencuri buahnya yang mahal sehingga dia memutuskan untuk memasang wayar elektrik sebagai perlindungan tambahan.

Pegawai akan terus menyiasat kes itu dengan lebih lanjut. Tidak jelas sama ada Boontham telah melakukan kesalahan jenayah atau tidak pada peringkat ini.

Jika pagar elektrik menyebabkan kematian manusia di Thailand, Mahkamah Jenayah meneliti setiap kejadian berdasarkan kes. Penggunaan pagar elektrik untuk mempertahankan harta benda kadang kala dianggap sebagai hak yang sah.

Bagaimanapun, arus elektrik itu pasti sangat kuat sehingga mampu membunuh seekor gajah. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 26-11-2022 12:44 PM
Kasihan gajah, demi sesuap rezeki
Quote Buritan 26-11-2022 07:02 PM
missbigrockstar: Kasihan gajah, demi sesuap rez ...



Kann... sian diaa..

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.077041 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top