CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Pekerja Pos Dikecam, Ganas Sungguh Baling Bungkusan Pelanggan Ke Dalam Trak

26-11-2022 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 787| Komen: 2

Description: WASHINGTON – Seorang pekerja Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat (USPS) baru-baru ini tular setelah dirakam membaling bungkusan pelanggan ke dalam trak, lapor akhbar New York Post kelmarin.
WASHINGTON – Seorang pekerja Perkhidmatan Pos Amerika Syarikat (USPS) baru-baru ini tular setelah dirakam membaling bungkusan pelanggan ke dalam trak, lapor akhbar New York Post kelmarin.


Menurut saluran televisyen Fox 10 Phoenix, pekerja itu melemparkan kotak-kotak berisi piring hitam dari kedai muzik The ‘In’ Groove yang terletak di Washington.

“Tiga troli kesemuanya, dia membalingnya sehingga memenuhi ruang,” kata pemilik kedai, Michael Esposito kepada Fox 10 Phoenix.

Kedai itu menghantar sehingga 300 bungkusan sehari sebelum menyaksikan kejadian itu berlaku menerusi rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV).




“Dia membalingnya dengan ganas ke dalam trak dari jarak sekitar 3 hingga 4 meter. Bungkusan-bungkusan itu  jatuh ke tanah setelah trak penuh sebelum dia melemparnya kembali.

“Piring hitam itu berharga kira-kira AS$40,000 (RM180,200) ,” jelas Esposito.

Esposito pada awalnya mahu menegur tetapi mengubahnya. Dia bagaimanapun sedih kerana pelanggan mengeluarkan wang untuk membeli piring hitam itu.

“Kami tekejut melihat rakaman ini kerana ini bukan cara kami melatih pekerja. Ini jelas merupakan tingkah laku yang tidak boleh diterima yang tidak mencerminkan usaha beribu-ribu pekerja profesional dan berdedikasi.

“Kami dalam proses menangani isu ini. Kedua-dua pekerja dan pengurusan kanan USPS telah menghubungi untuk memohon maaf kepada pemiliknya,” kata Pengurus Komunikasi Strategik USPS, David Rupert menerusi e-mel kepada laman berita Fox News Digital. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 26-11-2022 12:24 PM
[youtube]lWEyi8YGuWQ[/youtube]
Quote KamikuP 29-11-2022 05:10 PM
Hai apa kabar

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.089216 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top