CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Fazura Bagi "Hint" Bakal Kembali Berlakon? - "Tolong Berlakon Semula Faz, Rindu Nak Tengok Faz Kat TV"

26-11-2022 01:35 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 7257| Komen: 111

Description: Baru saja melancarkan koleksi tudung terbaharunya semalam, hari ini Fazura berlepas ke Singapura pula untuk bertemu dengan peminatnya disana.



Baru saja melancarkan koleksi tudung terbaharunya semalam, hari ini Fazura berlepas ke Singapura pula untuk bertemu dengan peminatnya disana.


Dalam satu hantaran di Instagramnya, isteri Fattah Amin itu meluahkan rasa berat hati berjauhan dengan anaknya Fatima namun terpaksa demi tanggungjawab kerjayanya.


"Ada ni.. nak ke Singapura bertemu darlings Faz di sana. Never easy buat seorang ibu untuk tinggalkan anak nya ya.. but mommy’s got to work.  #rinduanakdah #suamipunjauh #lamatakberlakondrama" katanya.


Meninjau ruangan komen, netizen turut berkongsi rasa yang sama bila terpaksa berjauhan dengan anak demi tugas.

Namun apa yang lebih menarik, tanda pagar #lamatakberlakondrama turut menjadi tumpuan netizen. Rata-rata menyokong Fazura kembali berlakon kerana rindu untuk melihat artis kesayangan ramai ini muncul dalam drama di kaca televisyen.



Terdahulu, Fazura memaklumkan akan kembali membintangi sebuah drama bersiri berkonsepkan Islamik selepas sambutan Hari Raya tahun ini namun mengakui beliau tidak mahu lagi memegang watak wanita yang merebut lelaki serta mempunyai jalan cerita seakan cinta tiga segi. 

Jadi korang rindu dan sokong tak jika Fazura kembali berlakon? - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Masukkeluar 26-11-2022 01:30 PM
tapi nampak mcm ke arah nak bersara dan focus pd bisnes je?
Quote slyfynx 26-11-2022 01:35 PM
Namun apa yang lebih menarik, tanda pagar #rindunakberlakondrama turut menjadi tumpuan netizen. Rata-rata menyokong Fazura kembali berlakon kerana rindu untuk melihat artis kesayangan ramai ini muncul dalam drama di kaca televisyen.


Bukan ke #lamatakberlakondrama?
Quote Kak.Nah.Bosan 26-11-2022 01:36 PM
kalau akak dok tempat dia duit dah banyak..bisnes pun masyuk akak tak nak susahkan diri berlakon lagi.. baik fokus bisnes dan keluarga jah
Quote SonicSiLandak 26-11-2022 01:40 PM
tolong la jangan
Quote jajahoney 26-11-2022 01:43 PM
ok jer dia nak berlakon balik tapi tak kan drama... filem la baru letups
Quote mayaBB 26-11-2022 04:21 PM
jajahoney replied at 26-11-2022 01:43 PM
ok jer dia nak berlakon balik tapi tak kan drama... filem la baru letups

Tak silap last filem sheols berlakon cerita j revolusi dengan zul arifin..tak best ceritanya
Quote lucky_peace 26-11-2022 04:25 PM
mayaBB replied at 26-11-2022 04:21 PM
Tak silap last filem sheols berlakon cerita j revolusi dengan zul arifin..tak best ceritanya

J revolusi lama dah sblm dia kawen.. lps dia kawen rasanya filem last dendam pontianak.
Quote I.K.A888990 26-11-2022 04:45 PM
mmg ternanti2 bila faz nk berlakon balik
Quote sofyayra 26-11-2022 04:51 PM
Suka tgk movie dia Cinta Cappadocia tu, tup tup jodoh ada dalam pilem sama. Haha, jodoh pun masa tu muka budak skema lagi
Quote miamiot 26-11-2022 05:10 PM
lucky_peace replied at 26-11-2022 04:25 PM
J revolusi lama dah sblm dia kawen.. lps dia kawen rasanya filem last dendam pontianak.

Siti Norbaya film Indo rasanya
Quote jiwarasa 26-11-2022 06:33 PM
Tak yah lah berlakon sebab kalau bukan cerita cinta macam tak best je
Quote Nozot 26-11-2022 06:47 PM
jiwarasa replied at 26-11-2022 06:33 PM
Tak yah lah berlakon sebab kalau bukan cerita cinta macam tak best je

Mesti tak tengk cerita Rendang untuk Mertua kan..Gol & Gincu pun bukan cerita cinta..cinta selit sikit ja..Cerita Pisau Cukur pun bukan cerita cinta.
Quote DeLuna85 26-11-2022 06:50 PM
SonicSiLandak replied at 26-11-2022 01:40 PM
tolong la jangan

Kau Jangan. Dkt thread sebelah aku kutuk sikit je pun pajura ni. Habis kena hencap.
Quote SonicSiLandak 26-11-2022 06:52 PM
DeLuna85 replied at 26-11-2022 06:50 PM
Kau Jangan. Dkt thread sebelah aku kutuk sikit je pun pajura ni. Habis kena hencap.

berani bdk2 ni belasah aku

etis2 berkulop CI lagi aku belasah

ini kan pulak bdk2 penyembah artis

prffffffffffffffffffffffght


Quote SonicSiLandak 26-11-2022 06:53 PM
satu je telemovie raya dia berlakon bagus

yang dia menantu kena buli dengan keluarga laki dia

yang bapak mertua dia kencing dalam seluar tu

tu je la satu

Quote jiwarasa 26-11-2022 08:36 PM
Nozot replied at 26-11-2022 06:47 PM
Mesti tak tengk cerita Rendang untuk Mertua kan..Gol & Gincu pun bukan cerita cinta..cinta selit s ...

Dulu tak minat sangat faz...gol & gincu tu je pernah tengok tapi dah lupa macam mana ceritanya.lain2 tu tak pernah dengar
Quote habisnamadahni 26-11-2022 09:15 PM
Nozot replied at 26-11-2022 06:47 PM
Mesti tak tengk cerita Rendang untuk Mertua kan..Gol & Gincu pun bukan cerita cinta..cinta selit s ...

rendang untuk mertua tu best betul cita dia..mana leh tgk ek
Quote Nozot 26-11-2022 09:23 PM
habisnamadahni replied at 26-11-2022 09:15 PM
rendang untuk mertua tu best betul cita dia..mana leh tgk ek


Tak tahulah..ada kat youtube tapi macam sekerat - sekerat ja
Quote Nozot 26-11-2022 09:25 PM
jiwarasa replied at 26-11-2022 08:36 PM
Dulu tak minat sangat faz...gol & gincu tu je pernah tengok tapi dah lupa macam mana ceritanya.lai ...

Best, cerita budak - budak urban tapi berkait isu sosial..ada woman empowerment..

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-1-2023 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.087251 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top