CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Payah Nak 'Telan', Wanita Sedih Teman Lelaki Lafaz Ijab Kabul Dengan Kakak Sendiri

20-1-2023 07:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3531| Komen: 31

Description: Tular sebuah klip di Indonesia memaparkan situasi seorang wanita menahan rasa sedih ketika menghadiri perkahwinan bekas teman lelaki bersama kakak kandungnya sendiri.Memetik portal Wolipop, video itu ...
Tular sebuah klip di Indonesia memaparkan situasi seorang wanita menahan rasa sedih ketika menghadiri perkahwinan bekas teman lelaki bersama kakak kandungnya sendiri.

Memetik portal Wolipop, video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @jodohnya57k.



TikTok

Wanita berbaju ungu itu mengaku tidak dapat menahan rasa sedih melihat detik-detik ijab kabul dan majlis perkahwinan tersebut.

“Kejutan awal tahun 2023, teman lelaki saya menjadi suami kepada kakak kandung saya sendiri. Saya tidak membenci, saya tidak marah dan tidak menyimpan dendam tetapi saya mahu menjerit di tengah-tengah orang ramai.

“Saya belum bersedia dan saya tidak cukup kuat untuk menerima kenyataan pahit ini, saya lemah,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.




Dalam video berdurasi 13 saat itu, wanita berkenaan mengatakan bahawa tiada seorang pun dalam keluarganya yang memahami perasaannya. Dia masih berasa sakit hati dan tidak mahu bersedih sendirian.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 20-1-2023 07:35 PM
Dah bkn jodoh.. nak wat camne..
Quote dani-rox 20-1-2023 07:37 PM
ai suka part yg dia tengah bg evil eyes dgn pasangan pengantin
Quote sukacactus 20-1-2023 08:06 PM
Jangan ko ngorat plak abg ipar ko tu nnt
Cari la org lain, move on
Quote Bawang123 20-1-2023 08:10 PM
dani-rox: ai suka part yg dia tengah bg  ...

Tgh kirim ain.
Quote CiliPadiSedap 20-1-2023 08:12 PM
Jangan nikah kt siam pula.
Quote adiputras 20-1-2023 08:48 PM
Terkadang kita tidak memahami dan menyalahkan perancangan Allah yg ingin menyelamatkan kita dan memberikan jodoh yg lebih baik utk kita sebenarnya.
Quote printercomel 20-1-2023 08:52 PM
3some je la dikk. Buat apa sedih sedih.
Quote dani-rox 20-1-2023 09:57 PM
evil eye


Quote green~tea 20-1-2023 10:08 PM
Ehhh good riddance lah daripada terkawen jantan rambang mata tak setia camtu
Quote hyie 20-1-2023 10:41 PM
bab perasaan dan nak remove orang dari hati ni memang sukar yach, tak semudah cari je orang lain gitu.

kat kampung meols ada macam ni jugak, bf kakak dia bila datang ke rumah, nampak adik dia lagi lawa, so dia pegi kawin dengan adik dia. Pastu kakak dia frust. Kesian sheols. Budak tu kawan sekolah kakak iols. Rasanya sekarang dah ok.
Quote -Suri- 20-1-2023 10:53 PM
Perkahwinan akak dia, 1st day dah timbul konflik. Moga bahagia
Quote edayildiz 20-1-2023 10:53 PM
mcm ferit korhan..pergi pinang suna..kawen ngn seyran..tp dlm masa yg sama skendel ngan pelo..skt hati
Quote Atata 20-1-2023 11:10 PM
Sapa yang rakam dia waktu dia renung2 pengantin tu? Mcm demi content je nih.
Quote Hikariful 20-1-2023 11:14 PM
mesti lepas ni kakak dia takkan rasa secure kan?

Mesti hati dia sentiasa takkan tenang takut laki dia terpikat balik dengan si adik.. terutama kalau bila dah beranak pinak nanti.. sentiasa takut kena rampas balik
Quote epuepy 20-1-2023 11:33 PM
Mcm konten je. Tak kan la kakak dia sanggup terima boyprrn adik tuk jdi laki? Unless akak dia dh desperate nk laki.
Quote jas7512 21-1-2023 12:05 AM
The best revenge is to lead a happy life....persetan sama org lain ..baiki hubungan dgn Tuhab..be content and happy
Quote Jitu 21-1-2023 12:31 AM
jas7512 replied at 21-1-2023 12:05 AM
The best revenge is to lead a happy life....persetan sama org lain ..baiki hubungan dgn Tuhab..be co ...

cakap mmg senang tp bila frust aduh peritnya rasa
klu tak akan jumpa lg smpi bila2 takpe la jugak

btw indon ni mcm bt content je
Quote che-cikL 21-1-2023 12:40 AM
berita caprut.jpg

77_3000_0.jpg
Quote jejaka_hensem 21-1-2023 12:51 AM
Haritu boyfriend kawin dgn mak girlfriend,
Hari ni si kakak nikahi boyfriend adik.

Esok pulak,ayah kawin dgn boyfriend anak

Lihat semua komen(31)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-3-2023 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.100163 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top