CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Buaya 'Bawa Pulang' Jasad Budak 4 Tahun Yang Hilang Mati Lemas

21-1-2023 06:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3571| Komen: 32

Description: Tular rakaman seekor buaya membawa jasad kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dikenali sebagai Ziyad yang dilaporkan mati lemas ketika bermain di Sungai Mahakam, Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur, ...
Tular rakaman seekor buaya membawa jasad kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dikenali sebagai Ziyad yang dilaporkan mati lemas ketika bermain di Sungai Mahakam, Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur, Indonesia pada Rabu.


Menerusi video berkenaan, buaya itu membawanya sehingga ke tebing sungai selepas dua hari menghilangkan diri.



Pasukan Operasi Menyelamat, (SAR) mengesahkan insiden itu apabila buaya tersebut dilihat membawa mayat kanak-kanak terbabit dengan menggigit bahagian badan belakang mangsa.

Ketua Balai Pencarian dan Bantuan Basarnas Kalimantan Timur, Melkianus Kotta berkata, berdasarkan maklumat diterima, buaya itu membawa mangsa dengan menggigit punggungnya sehingga ke tebing sungai.

"Individu pertama yang menyedari kejadian itu adalah dari pihak syarikat keselamatan di sekitar lokasi berkenaan.

"Ketika itu, pihak terbabit terlihat akan pergerakan seekor buaya yang sedang menuju ke tebing sungai bersama mayat.


"Dari tengah sungai, buaya berkenaan berenang kira-kira hampir 200 meter untuk tiba di bahagian tebing," katanya.

Sebaik tiba di permukaan darat, buaya berkenaan dilaporkan mati selepas dilihat berusaha sebanyak tiga kali untuk melepaskan mangsa di pinggir sungai.

"Buaya itu mati dalam percubaannya kali yang ketiga ketika membawa mayat kanak-kanak berkenaan," jelasnya.


FB Majoriti

Sebaik buaya terbabit mula menjauh, keluarga terkorban kemudiannya terus menghampiri jasad Ziyad dengan menaiki sebuah bot.

Hasil siasatan daripada pihak keluarga mendapati, pihaknya percaya bahawa mangsa akan ditemui satu hari nanti namun tidak menyangka dengan cara seperti itu.


Sumber: Majoriti



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerpressor 21-1-2023 06:55 PM
[youtube]gQ_wnBVAVEQ[/youtube]

Awesome bam awie ..new rendition of bujang senang..

Caya ler....


Quote noor2 21-1-2023 10:56 PM
Kenapa buaya tu mati?....
Quote Belibis 21-1-2023 11:09 PM
noor2 replied at 21-1-2023 10:56 PM
Kenapa buaya tu mati?....

Mungkin kena badi mayat..
Sambungan dari benang jumpa mayat masa cari daun palas.
Quote mr_cool5885 21-1-2023 11:46 PM
noor2 replied at 21-1-2023 10:56 PM
Kenapa buaya tu mati?....

Tapi kat bawah tu tulis "sebaik buaya menjauh, keluarga pun datang pada mayat budak tu" mati ke x buaya ni lepas letak mayat budak tu kat tebing?
Quote green~tea 22-1-2023 12:45 AM
Baik nya buaya tu...
Quote green~tea 22-1-2023 12:47 AM
mr_cool5885 replied at 21-1-2023 11:46 PM
Tapi kat bawah tu tulis "sebaik buaya menjauh, keluarga pun datang pada mayat budak tu" mati ke x  ...


Aku pun rasa buaya tu tak mati...

Mcm LAME giler mati sbb letak mayat budak kat tebing.. hellooo... buaya kot.. kerbau pun dia buleh wat aksi sommersault putuskan kaki
Quote PanadolExtend 22-1-2023 12:55 AM
noor2 replied at 21-1-2023 10:56 PM
Kenapa buaya tu mati?....

iols pun kompius. Jap buaya mati, jap buaya jauh
Quote Imkhai 22-1-2023 01:20 AM
Tgk vid ni kt fb xada la tebing pon tgh2 sg jgk buaya ni tinggalkn yg ambik mayat adik ni bot nelayan
Quote rogayahtop 22-1-2023 04:23 AM
Jauh bebeno summarynya dok putarbelit fakta nak menyedapkan cerita. majoriti ni dkt tiktok pun sama kuat belit
Quote stingerpressor 22-1-2023 05:51 AM
green~tea replied at 22-1-2023 12:45 AM
Baik nya buaya tu...

Ko yg bodoh...buaya tak makan kecuali yg dah jadi bangkai.....tak immediate....hence kata anak jiran aku yg 3 tahun iteww probably dia letakkheun mayat budak iteww yang masih fresh walau dah jadi mayat ketepi seblum dia datang lagi...baru santap...

Dulu takda pi taman buaya melaka utk diberi penerangan keww ttg habitat buaya?

Baghal

Kahkahkahkah

Quote Dwdrum 22-1-2023 06:01 AM
Edited by Dwdrum at 21-1-2023 02:02 PM

Sslalu nya buaya akan simpan mayat dahulu baru makan... If dia bagi balik mayat memang ada yang tidak kena dengan buaya ter sebut... Depa bukan makan raw fresh flesh so far yang aku tahu...
Quote slyfynx 22-1-2023 06:08 AM
“The crocodile swam from the middle, about 200 meters, to the edge of the river. He had appeared and sank three times,” said Melkianus.

Arriving at the edge of the river, the crocodile immediately let go of Ziyad’s body, like delivering it to his parents.


Aku still x paham dari celah mana wartawan CARI dapat yang buaya tu mati selepas 3 percubaan.

Sumber
Quote FOTHER-MUCKER 22-1-2023 09:03 AM
Beberapa tahun lepas ada krjadian sama seperti ini. Di Indonesia juga Jikalau tak Sila
Saya.
Quote Supersirap 22-1-2023 11:50 AM
Cuba perjelaskan isu ini dengan cara yang mudah difahami dan singkat
Quote Decaffeinated 22-1-2023 12:01 PM
Semalam sebelum tido sempat klik thread ni aku ingat aku sorang ja yg rasa cam sampah ja style reporting

Inilah hasilnya bila dialah wartawan dialah editor dah macam Family Mart.



Quote mejaputih 22-1-2023 12:07 PM
mr_cool5885 replied at 21-1-2023 11:46 PM
Tapi kat bawah tu tulis "sebaik buaya menjauh, keluarga pun datang pada mayat budak tu" mati ke x  ...

Tu la iols confused..mula2 mati ..pastu menjauh...
Quote stingerpressor 22-1-2023 12:08 PM
Dwdrum replied at 22-1-2023 06:01 AM
Sslalu nya buaya akan simpan mayat dahulu baru makan... If dia bagi balik mayat memang ada yang tida ...


Tapi dengar citer org yg badan banyak freckles macam ko buaya memang tak sentuh walau setelah ko jadi bangkai, corpse......syukur ler ko drum.....hikmah freckles satu badan ko....buaya tak berselera...buaya darat je yg nyum nyum nyum  .


Kahkahkahkahkah
Quote airfilterkotor 22-1-2023 12:12 PM
Astagaaa... huduh giler wartawan punya komprehensyennn.


Dibawah ni menjelaskan maksud yang sebenerr.
"Itu dari tengah sungai buayanya berenang jaraknya sekitar 200 meter itu lalu ke pinggir sungai," tuturnya.

Saat berada di pinggir sungai, buaya tersebut sempat tenggelam sambil membawa tubuh korban sebanyak 3 kali. Saat kali ketiga buaya tersebut melepaskan jasad bocah tersebut.

"Sampai di pinggir sungai buaya itu awalnya tenggelam sambil bawa tubuh korban sebanyak tiga kali, nah yang ketiga tubuh korban muncul, sedangkan buaya itu sudah menjauh," paparnya.


Quote airfilterkotor 22-1-2023 12:16 PM
Jasad korban ditemukan di Perairan Muara Jawa, Kutai Timur. Jarak dari lokasi kejadian dengan tepi muara sekitar 1,5 kilometer.

"Jaraknya dari lokasi kejadian itu 1,5 kilometer. Saat buaya berada di dekat keluarga, langsung dilepaskan korban," tuturnya.

Melkianus mengatakan jasad Ziyad selanjutnya langsung dievakuasi ke rumah duka. Saat dicek tak ada bagian tubuh yang hilang. "Nggak ada yang hilang, semua utuh. Jadi buaya ini kalau di kita malah membantu menemukan pencarian korban," ucapnya.


Baca artikel detiknews, "Tenggelam 2 Hari, Jasad Bayi Utuh Diantar Buaya ke Tepi Sungai Mahakam" selengkapnya https://news.detik.com/berita/d- ... epi-sungai-mahakam.

Lihat semua komen(32)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-3-2023 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.086677 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top