CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Tak Kenal Mummy Ke? Kenapa Baru Sekarang Nak Berkokok? - Mas Idayu

24-1-2023 06:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5057| Komen: 104

Description: Mas Idayu menyelar tindakan segelintir selebriti tempatan mengkritik cara penjuriannya menerusi program realiti Famili Duo yang dikatakan kasar agar berhenti daripada terus 'berkokok'.Mas atau Mas Ida ...
Mas Idayu menyelar tindakan segelintir selebriti tempatan mengkritik cara penjuriannya menerusi program realiti Famili Duo yang dikatakan kasar agar berhenti daripada terus 'berkokok'.

Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, turut mempersoalkan mengapa selepas 16 tahun dia bergelar juri profesional baru ada di antara mereka menyalak caranya memberikan komen tegas terhadap peserta.


"Siapa yang berkokok tu? Mereka memang tak kenal Mummy (panggilan Mas) ke selama 38 tahun dalam industri dan 16 tahun kerja sebagai juri? Kenapa baru sekarang mereka nak berkokok?


IG

"Saya tak peduli dengan kata-kata mereka kerana saya hanya melakukan kerja saya. Saya mohon, jangan masuk campur urusan kerja penjurian saya.

"Kalau ada yang kata saya menjatuhkan maruah peserta, terserah mereka. Itu mungkin tanggapan mereka sahaja kerana saya tahu cara saya menegur adalah kerana sayang dan bukan bersifat peribadi," katanya ketika dihubungi mStar.


Dalam pada itu, Mas menjelaskan dia hanya menjalankan tugas dengan memberikan komen ikhlas terhadap persembahan Sissy Imann dan Naim Daniel yang menjadi perdebatan ramai sejak beberapa hari ini.

Tambah penyanyi lagu Cintaku 100% itu, sebelum menandatangani kontrak program berkenaan, dia tidak diberi sebarang amaran oleh pihak produksi untuk tidak memberikan komen pedas kepada peserta.

Jelasnya, ini bermakna pihak TV3 sendiri suka dengan karakternya dan tidak pernah melarang dia bersikap tegas ketika memberi penjurian.

"Saya hanya menjadi diri sendiri dan sebelum menandatangani kontrak pun, pihak produksi tidak memberi sebarang syarat cakap jangan terlalu marah, jangan terlalu kasar.

"Dalam mana-mana program stesen TV pun saya tidak pernah diberi amaran. Ini bermakna mereka suka dengan karakter saya. Betul tak? Bila kita tidak ditegur maksudnya karakter itu memang diperlukan," ujarnya.

Sementara itu, Mas berharap agar Sissy dan Naim mengambil positif dengan kritikan yang diberikan kerana niatnya hanya untuk menjadikan mereka lebih baik.

"Kepada Sissy dan Iman, awak kenal Mummy,kan? Saya marah sebab saya sayang. Saya tahu mereka berdua memang berbakat besar.

"Cuma silapnya pada minggu tersebut mereka membuat persembahan di luar kemampuan mereka. Peserta lain patut cemburu kerana saya marah Sissy dan Naim bermakna saya peduli tentang mereka," jelasnya.

Terdahulu, Mas memberi kritikan hebat kepada persembahan Sissy dan Naim menerusi lagu Jampi nyanyian Hael Hussaini kerana menganggap nyanyian mereka sangat kasar dan tidak sedap.

Susulan daripada itu, beberapa selebriti tampil membuat kenyataan memberi pendapat bahawa sebagai juri, Mas tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana boleh menjatuhkan maruah orang lain di televisyen.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Piramida 24-1-2023 06:43 PM
Bkn tak kenal... Tp dah tiba masa mommy tone down.. Relax... Tenang2 menjalani hidup... Dah berumah tangga pun kan hihi

No need lah terpekik2 terjerit2.. Dah tua2 ni buat malu kat org je.
Quote olezzeli17 24-1-2023 07:00 PM
Rasanya setiap kali dia jari juri je, mesti ada isu macam ni. Setiap kali tu jugak la ada yg berbunyi menegur. Tapi dia tak kisah pun sebab dia kata jd diri sendiri dan tu memang cara dia menjuri. So nk kata apa kalau pihak produksi masih lagi suka nk ambik dia. Gitu je la sampai ajm.
Quote rayna_raynes 24-1-2023 07:01 PM
KAU SIAPA? AKU TAK KENAL KAU!
Quote Dolmat 24-1-2023 07:06 PM
Tak bleh tahannnnn cara kauuuu terpekik terjerit terlolong.. berdesing macam nak lesinnng!
Quote slyfynx 24-1-2023 07:33 PM
"Cuma silapnya pada minggu tersebut mereka membuat persembahan di luar kemampuan mereka. Peserta lain patut cemburu kerana saya marah Sissy dan Naim bermakna saya peduli tentang mereka," jelasnya.


Sape yang nk ko sayang sgt dengan deme tu?
Ko bernasib baik nama naik sbb Black suara power.
Quote innocentsangat 24-1-2023 07:48 PM
Kenal? U mean with the rude attitude? Takkkkk. Hahaha. Pernah dgr lagu dia pun tak.
Quote September14 24-1-2023 07:49 PM
Smoga kali ni ko kena cancel… n apa yg ko buat selama ni memalukan org terkena kat ko balik…
Quote krustykrab 24-1-2023 07:51 PM
Kat rumah, ko marah anak ko camtu gak ke?
Quote cikperiukkera 24-1-2023 07:54 PM
Dia ni menyanyi x seberapa tp menjuri kemainn mcm sheols penerima terbanyak anugerah grammy chuolsss…pakar dlm segala mala hal berkaitan nyanyian kekdahnya…meols hairan yang diva2 mcm nek Zz,nek ecah,tok nora poligami even dayang jarang2 dipanggil jadi juri…
Quote Rogue98 24-1-2023 07:56 PM
Peserta2 tu sure ada pakar2 yg guide diaorang kan. Nak tegur tu tak payah nak menengking n menghina. Cer tengok Hetty koes endang...dia komen, kritik n mendidik jugak...semua terhibur tengok. Camtu barulah orang respect.
Quote ninja boy 24-1-2023 08:23 PM
Ini pertandingn biasa2 je setakat asal cari duit dikalangan artis,  kenapa terjerit2 marah sana sini emosi sana sini, agak2 ada penonton /rakyat mau pedajal
Quote pichee 24-1-2023 08:28 PM
Apa kelayakan die utk mengelar diri sbg juri professional?
Quote she 24-1-2023 08:29 PM
Cite dia
Ekau bingit kakkkk

Quote fefeeling 24-1-2023 08:32 PM
Sori la acik, lagu2 ko takat stok buat karoke jelah ko tau tak.. tu je taraf ko nyahh kau dari kaca tv rakyat melesia
Quote Joysparta 24-1-2023 08:34 PM
serius igt dia tone down sket lps kawen..sbb nampak sisi lembut dia masa dia nk annouce kawen semula aritu..

Tp...ermmm..masih
Quote jalfa 24-1-2023 08:36 PM
Nyanyi sendiri pon sengau
Quote codenamedream 24-1-2023 08:42 PM
Yang lain dah lama berkokok mommy oiii. Ko je yg pekak.
Quote Nurul8001 24-1-2023 08:43 PM
Baru tengok YouTube, ok je lagu Jampi versi Naim n Sissy tu. Saya tak tengok tv3. Memang teruk ke? Tapi, sound system tv3 kadang2 memang tak best
Quote ___ 24-1-2023 08:45 PM
Mohon laki dia bawak pergi ruqyah... terpekik terlolong macam kena rasuk. Bingit

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2023 08:32 AM GMT+8 , Processed in 1.383462 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top